CHAPTER 34- PEREMPUAN KORBAN

8.5K 740 64
                                    

"Arah sana! Bawa dia ke sana!"

"Tolong! Tolong! Tolong!!!"

"Cepat bawa dia. Sebelum detik tengah malam!"

Pandangan mataku masih lagi gelap dan telingaku masih lagi terasa sakit akibat bunyi yang bingit tadi. Tapi, aku terdengar bunyi suara-suara asing  dari sekitarku.

"Tolonggg!!! Tolonglah lepaskan aku!"

Aku menggosok-gosok mataku supaya semakin terang. Perlahan-lahan, pandanganku kembali pulih. Aku tidak lagi berada di bawah pokok besar tadi. Dan Ibrahim pun tiada bersama aku. Di mana aku sekarang?

"Lepaskanlah aku! Janganlah buat aku begini!"

Aku bangun dan berlari ke arah suara perempuan yang menjerit-jerit dari tadi. Ada dua orang lelaki sedang memikulnya dan mereka menuju ke satu kawasan yang aku sendiri tidak pasti. Aku mengikuti mereka diam-diam.

"Abang Kassim! Tolong saya Abang Kassim! Abangggg!!!"

"Diam!"

"Lepaskanlah saya. Tolonglah lepaskan saya!"

"Aku kata diam!"

Satu tamparan mengena ke pipi perempuan itu. Kawan kepada lelaki yang menampar wanita tadi terus menepuk belakang badan lelaki itu.

"Kenapa kau ni?!"

"Perempuan ini bising sangatlah! Pening kepala aku!"

"Sepatutnya dia ini kita layan baik-baik. Dia yang akan selamatkan kampung kita. Kau tak boleh buat dia begitu!"

Terdiam sahabatnya itu.

Mereka menuju ke satu kerumunan orang yang ramai. Di situ terdapat satu tiang tinggi. Mereka seakan-akan menunggu kehadiran tiga orang itu.

Setelah sampai di tengah kerumunan orang di situ, seorang lelaki meletakkan beberapa tangga ke tiang. Lalu mereka menarik perempuan itu naik ke tiang tersebut.

"Aku tak nak! Aku tak nakkk! Tolonggg! Abang Kassim tolonggggg!!!"

Aku yang sedang menyorok di balik rimbunan pohon rendang yang berdekatan di situ terkaku dan terkesima dengan apa yang aku lihat. Apa semua ni? Kenapa mereka tarik perempuan tu naik ke tiang? Dan kenapa semua orang cuma memandang sahaja tanpa berbuat apa-apa? Satu perasaan tak senang terbit dalam hatiku.

Setelah sampai di atas tiang, mereka mengikat tangan dan kaki perempuan itu pada tiang. Ia tak ubah seperti disalib. Setelah mereka mengikat perempuan itu, mereka turun ke bawah.

Seorang lelaki keluar dari kerumunan ramai orang itu bersama mangkuk kemenyan yang telah diasap dan menuju ke tiang itu. Sekejap, aku macam kenal lelaki tu. Aku cuba untuk perhatikan dia dengan lebih teliti.

Dia.... Dia Pak Ghazal!

Jadinya.... Ini... Ini orang kampung bunian!

Bagaimana aku boleh pengsan dan tersedar di sini? Dan apa yang tengah berlaku sebenarnya?

Terlampau banyak persoalan yang bermain dimindaku. Tapi mataku masih melekap pada Pak Ghazal yang sedang membaca-baca sesuatu lalu diasapkan asap kemenyan pada tiang tempat perempuan itu dipasung.

Tiba-tiba langit berdentum kuat. Kilat dan bunyi petir silih berganti. Bulan penuh yang tadinya terang kini ditutupi awan tebal. Semua orang yang berkumpul itu terus lari meninggalkan kawasan itu. Aku tidak tahu mahu berbuat apa. Tapi kakiku seakan dipasung ke bumi untuk terus berada di situ.

Setelah beberapa ketika, Pal Ghazal berhenti membaca dan bekas kemenyan itu diletakkan di bawah tiang. Dia juga berlalu pergi dari situ.

"Tolonggg sayaaaaa! Tolonglahh... Sesiapaaa... Tolonglahhhh..."

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now