CHAPTER 65- AKU RINDU KAU

10.7K 589 205
                                    

"Asha..."

"Asha..."

Ibu?

"Asha..."

Pandanganku gelap. Tapi aku terasa bagaikan tubuhku jatuh dari tempat yang terlalu tinggi. Tubuhku terlampau sakit dan aku tak mampu untuk bergerak. Seketika kemudian, aku rasakan satu cengkaman kuat di dadaku dan aku tak boleh bernafas.

"Doktor! Doktor!" Terdengar jeritan kuat di sebelah kiriku. Aku masih sesak nafas!

"Tolong bagi laluan," terdengar satu suara lain.

Aku kat mana? Kenapa semuanya gelap? Dan kenapa aku langsung tak boleh tarik nafas?!

"Sayang..." terdengar satu suara asing dari arah lain. Suara seorang lelaki yang kedengaran agak garau. Suara siapa itu?

"Kau dah pulang..."

............

Kedengaran pintu dibuka. Aku terus menoleh melihat ke arah pintu.

Asha!" Maya berlari menuju ke arahku dan terus memeluk erat tubuhku. Dia menangis teresak-esak.

"Aku rindu kau! Aku betul-betul rindukan kau!"

Aku tergelak kecil dan terus menepuk-nepuk belakang badannya.

"Iyalah, iyalah. Aku pun rindukan kau jugak."

"Sejak pihak polis jumpa kau kat hutan tu, dua bulan kau tak sedarkan diri. Kau tahu tak aku risau sangat-sangat kat kau. Aku ingat kau takkan bangun lagi," Maya masih menangis teruk. Geli-geleman pulak aku bila Maya menarik hingusnya kuat di tepi telingaku.

Aku masih keliru. Apa sebenarnya yang aku buat kat dalam hutan? Aku tak ingat apa-apa.

Menurut kata polis yang datang untuk membuat siasatan pagi tadi, aku dah hilang sejak empat bulan yang lalu. Dua bulan selepasnya, aku dijumpai pengsan di sebatang pokok besar yang tidak berdaun. Dan selepas dua bulan, barulah aku sedar dari koma.

Aku koma? Bagaimana aku boleh koma begitu lama. Doktor katakan tubuh aku tiada kesan luka atau cedera. Malah, organ dalaman pun okay. Tapi doktor pun tak tahu punca aku koma begitu lama.

"Dahlah. Kau tak payahlah sedih-sedih. Aku ada dah ni depan mata kau. Tengok, aku dah sihat."

Maya merenggangkan tubuhnya dariku.

"Betul ni kau dah sihat?"

"Ya. Tengok ni, haa," aku mula menumbuk angin. "Bukan setakat dah sihat, belasah orang pun aku dah boleh."

Maya memeluk aku kembali. "Kau ni, tumbuk angin pun macam pondan."

"Kuang asam kau eh!"

"Hihi..." Maya ketawa kecil lalu sambung menangis lagi.

...........

"Kau dah siap ke?" Tanya Maya sebaik saja masuk ke dalam bilik wad. Aku yang sudah siap mengemas-ngemas barang terus bangun dan mengangkat beg sandang.

"Dah."

"Okay. Urusan untuk keluarkan kau dari wad pun dah siap. So... jomlah!"

"Alright, let's go!"

Tiba-tiba Maya berhenti hingga aku terlanggar belakang tubuhnya.

"Eh, kejap! Kejap! Sebelum aku lupa!"

"Apa lagi kau ni? Terkejutlah aku!"

"Ni ha..." Maya menyeluk poket seluar jeansnya dan mengeluarkan sebentuk cincin dan diberikan kepadaku. "Tadi ada nurse ni bagi aku suruh serahkan kat kau. Dia kata masa first time kau sampai sini, kau pakai cincin ni. Nah, ambiklah!"

"Cincin?" Soalku dengan dahi berkerut. Cincin emas dari tangannya aku ambil dan aku telek.

"Cincin aku ke?"

"Iyalah, cincin kaulah. Dahlah, jom!"

Aku masih tercengang-cengang melihat cincin itu. Sekejap! Sejak bila aku pakai cincin?

Atau mungkin aku yang lupa kot sebab lama sangat koma? Persoalan itu aku biarkan saja ianya tergantung. Cincin itu terus aku sarungkan ke jari manis sebelum aku mengikut Maya dari belakang.

...........

Hari-hariku berjalan seperti biasa. Pergi kelas, belajar, balik kelas, tidur. Keesokan harinya pun sama. Pergi lagi, balik, tidur. Tak ada apa yang berbeza untuk seorang pelajar mahasiswi seperti aku.

Tapi, aku dapat rasakan sesuatu yang berbeza. Ada sesuatu yang lain dalam diri aku. Aku sendiri tak tahu adakah itu cuma perasaan aku saja. Atau sebenarnya memang ada sesuatu yang berubah. Aku tak faham.

Harini kelas aku habis awal. Dan tiba-tiba saja aku rasa rajin untuk berjoging di sekitar kawasan universiti petang-petang macam ni. Untuk orang yang bukan sejenis aktif bersukan macam aku, mungkin kelihatan agak buang tebiat di situ. Tapi, apa salahnya. Lagipun pagi tadi aku dah bersarapan nasi lemak ayam goreng. Pada waktu tengah hari pula aku dah melantak lima potong pizza bersaiz besar. Emm pizza chicken pepperoni lagi. Dan aku masih tak boleh brain macam mana orang boleh kenyang makan pizza sedangkan bagi aku ia ibarat lalu di celah gigi saja. Dah, dah. Tak payah nak kira calorie intake aku. Emm.

Aku mula berjoging. Tiba-tiba aku rasa hari ini adalah hari produktif aku. Fuh, bangga dengan diri sendiri. Aku mulakan dari kawasan hadapan pagar kolej dan akan diakhiri di sini juga. Selamatlah kawasan universiti aku berbentuk bulatan. Aku akan mula dari kawasan kolej perempuan, terus ke kawasan universiti hingga ke kawasan kolej lelaki. Selepas itu akan sampai ke kawasan kolej perempuan semula.

Kawasan kolej perempuan memang berdekatan dengan kawasan hutan. Entah mengapa, aku seakan tertarik untuk melihat hutan itu. Hutan dimana aku dikatakan telah dijumpai di situ. Aku berhenti seketika dari berjoging.

Kenapa... aku rasa.... aku rindu pada seseorang?

Hutan itu ibarat menarik aku untuk datang kepadanya. Perlahan-lahan, aku berjalan menghampirinya. Aku tak tahu ke mana sebenarnya arah tujuanku, tapi aku rasakan seperti ada seseorang yang sedang melihatku dan menungguku di situ.

Tiba-tiba kakiku tersangkut pada akar pokok dan aku terjatuh. Dan... seseorang telah menangkap tubuhku.

Aku merenung wajahnya. Cuba memproses otak dan memutar semula segala ingatan tentang siapa dia yang sebenarnya.

"Aku rindu kau..."

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now