CHAPTER 55-MALAM PERTAMA

6.9K 380 41
                                    

Aku merenung kosong air sungai yang mengalir di bawah kakiku. Aku hanya berkemban dengan kain batik dan duduk terdiam di atas batu di sungai dalam gua. Mustafa suruh aku bersiap-siap dan memakai baju yang disediakannya. Tapi aku masih di sini, merenung air sungai dan tak mandi-mandi lagi.

Entahlah apa yang akan berlaku selepas ni. Aku betul-betul buat keputusan yang gila. Aku betul-betul mempertaruhkan diri aku. Tapi apa lagi yang aku boleh buat? Apa lagi?

Sanggul di kepala aku lepaskan. Rambut yang separas pinggang aku rapikan gumpalannya sebelum aku ambil tempurung kelapa yang dijadikan sabagai gayung dan mula mencedok air sungai untuk mandi. Terasa segar tubuhku apabila terkena air sejuk dari sungai itu.

"Lambat lagi ke kau nak mandi?" Terdengar sayu suara dari arah belakang. Aku yang terkejut terus sahaja menyilang tangan ke dada.

"Eh, apa ni?! Janganlah kat sini!"

"Aku cuma nak tanya, lambat lagi ke kau nak mandi? Kalau tak boleh aku tolong mandikan," kata Mustafa lagi. Dia sudah tersengih sambil memeluk tubuh dan bersandar di dinding gua.

"Aku pun belum mandi ni. Bolehlah aku ikut mandi sekali," katanya lagi lalu mula menuruni tangga munuju ke sungai sambil membuka baju. Eh, kepala otak dialah!

"Ehh, pergi, pergi, pergi! Mana boleh datang sini! Saya nak mandilah!" Jeritku kuat. Mustafa tersengih lebar mendengar jeritanku.

"Malam ni pun kau akan jadi isteri aku, kan? Apa yang nak dimalukan lagi?"

"Eeiiii... pergilah! Saya nak mandilah!"

"Alahaii garangnya. Tak baik garang-garang begitu."

Garang kepala otak dialah! Dia tu yang gatal gelenyar. Dahlah petapa tua, gatal pulak tu! Berdas-das aku kutuk dalam hati.

"Uhuk, uhuk, uhuk. Tersedak aku. Mesti kau tengah kutuk aku dalam hati, kan?" Ujarnya lagi sambil menepuk-nepuk dada. Dia masih tersengih dengan sengihan yang cukup menjengkelkan.

Aku menjeling dia dengan jelingan maut. Kalau boleh telan, aku dah telan dah dia. Kalau boleh cakar, nak aje aku cakar-cakar badan dia. Baru dia kenal erti penyesalan!

"Baiklah, baiklah. Kau mandilah. Aku tunggu dalam bilik," katanya lagi lalu pergi sambil bersiul-siul. Aku memandang belakang tubuhnya yang penuh dengan tatu itu dengan pandangan yang cukup menjengkelkan. Dalam imaginasi aku, aku hempuk-hempuk kepala gatalnya itu dengan batu.

Setelah Mustafa hilang dari pandangan, aku mengeluh perlahan. Satu bekas berisi pati haruman bunga melati aku ambil dan aku campurkan ke dalam bekas berisi air. Lembut sahaja haruman melati menyapa ke hidung. Setelah itu, air tersebut aku sapu ke seluruh tubuh dan rambut.

Setelah selesai, aku terus naik dan aku aku ambil pakaian yang disediakan oleh Mustafa untukku. Ia berupa sepasang persalinan baju kebaya jarang berwarna kuning beserta kain batik. Cantik, memang cantik. Aku tak tahu mana dia dapat baju secantik ini padahal selama ni dia cuma duduk dalam gua.

Perkahwinan? Kahwin apa kalau dah kat dalam gua ni. Menipu jelah kalau tiba-tiba ada tok kadi datang untuk kahwinkan aku dengan dia. Tok kadi manalah yang gila nak datang sini. Macam tempah maut je.

Setelah selesai memakai baju, aku mula berdandan rambut. Pandangan mata Indra bermain-main dalam fikiranku. Bagaimanalah keadaan dia sekarang ni. Tadi dia nampak sangat-sangat lemah. Memang teruk dia kena belasah. Ibrahim pun belum sedarkan diri lagi walaupun lukanya sudah membaik. Mungkin dia perlukan tempoh satu malam untuk baiki luka dalamannya.

Indra. Aku rindukan dia sangat-sangat. Aku tak sanggup nak buat semua ni. Mesti hatinya sangat hancur sekarang ni. Tapi macam aku cakap, aku tak ada pilihan lain. Aku betul-betul tak ada pilihan lain.

Aku mencari sesuatu yang aku simpan di balik gumpalan baju yang kupakai sebentar tadi. Setelah itu aku selitkan ke pinggang.

...........

"Haaaa, isteri aku. Selamat datang, sayang. Mari masuk," ucap Mustafa apabila dia terlihat bayanganku di balik tirai berwarna kuning. Dia sedang berbaring sambil berdepang tangan di kepala katil. Kaki sebelah kiri yang bersilang di atas kaki kanan digoyang-goyangkan perlahan. Mustafa turut memakai baju berwarna kuning sepertiku. Dan dia tampak sedikit berbeza malam ini. Mungkin kerana dia merapikan rambutnya dan wajahnya.

Mataku melilau melihat ruangan gua itu. Ruangan itu dihias cantik dengan tirai-tirai berwarna kuning berserta lampu-lampu kecil di bahagian atas tirai membuatkan suasana kelihatan sedikit malap tetapi indah. Di sisi katil terdapat sebuah meja kecil yang dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan dan buahan. Lilin-lilin kecil berserta taburan bunga tersusun indah di bahagian tengah meja. Begitu juga dengan hiasan di atas katil. Dengan cadar berwarna putih dan kuning emas beserta taburan kelopak bunga-bunga mawar di atas katil lebih menaikkan seri.

Kejap! Bila dia hias semua ni? Dengan makanan di atas meja semua tu. Bila dia masak?

"Mari, sayang. Duduk dekat aku," panggilnya lagi. Dia duduk di atas katil sambil menunggu aku. Aku mengambil tempat di sisi katil berhadapan dengannya. Aku cuba untuk tersenyum semanis mungkin padahal waktu tu, Tuhan saja yang tahu betapa takutnya aku dan aku rasa macam nak lari je dari situ.

"Aku ada masakkan makanan istimewa untuk kau. Kita makan dulu," ucapnya lagi. Meja kecil yang  diletakkan makanan itu tadi diangkat dan diletakkan di atas katil.

"Awak masak?"

"Ya. Lama benar kau mandi. Sempat aku masak dan hias semua ni. Kalau aku tak panggil kau tadi, mungkin aku sempat tertidur dulu," katanya lagi lalu ketawa kecil. Aku cuma tersenyum mendengar jawapannya.

Lama sangat ke aku mandi? Tak rasa pun macam tu.

"Mari, duduk dekat aku," panggilnya lagi. Lenganku ditarik lembut supaya aku di sebelahnya. Aku tersentak dan jantungku berdegup kencang tatkala dia memegang lenganku.

"Kau takut dengan aku?"

Aku tersenyum dan menggeleng kepala perlahan.

"Aku mintak maaf kalau aku buat kau merasa begitu. Tapi selepas ini aku janji, aku akan jaga kau elok-elok. Aku takkan kasar dengan kau lagi dan aku akan sayang kau sampai bila-bila."

Aku tersenyum sekali lagi. Mustafa turut tersenyum melihat aku begitu. Aku terus mengesot mendekatinya dan duduk betul-betul di sebelahnya. Beberapa potong daging diletakkan di atas pingganku dan sedikit kuah berwarna hitam dituang di atas potongan daging itu. Sesudu sayur saperti salad turut diletakkan di atas pingganku. Air berwarna merah dituang ke dalam gelas kaca di hadapanku.

"Makanlah."

Aku tersenyum lalu mula menyuap daging ke dalam mulut. Sementara itu, dia hanya terus-menerus melihat aku dengan wajah tersenyum.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now