CHAPTER 24-KORBAN?

8.3K 526 13
                                    

"Asha tak sedar lagi ke?" terdengar suara Indra perlahan. Sementara itu aku merasakan tangan seseorang yang sedang membalut kepalaku. Satu keluhan lembut kedengaran dari pemilik tangan itu.

Aku yang saat itu sebenarnya sudah sedar, tapi aku kakukan diri dan pejamkan mata, berpura-pura masih tidak sedar lagi.

"Belum. Tak tahulah bila Asha nak sedar, Indra," suara itu milik ibu.

"Indra, tengok sini. Asha menangis dalam tidur."

Terasa tilam terhenyak sedikit di tepi tempat pembaringanku.

"Dia memang selalu menangis waktu tidur. Indra pun tak tahu mengapa. Waktu Indra jumpa dia pengsan di menara pun, dia menangis waktu Indra rawat dia," jelas Indra.

Ya, aku baru saja bermimpi. Bermimpi tentang semua kenangan silam yang menyakitkan. Mungkin mimpi ini sudah sebati dalam hidup aku.

Satu tangan besar dan sedikit kasar yang aku pasti milik Indra mengelap air mata yang mengalir dari tubir mataku. Terasa ibu jarinya yang kasar itu menyentuh pipiku, meninggalkan satu perasaan yang sukar untuk aku faham. Setelah itu, tangan Indra membelek-belek kepalaku setelah ibu selesai membalut kepalaku.

"Teruk sangat ke luka dia, mak cik?"

"Kalau tengok, dalam jugaklah. Tapi mak cik dah letak herba pada luka dia sebelum mak cik balut. Esok lusa baiklah tu."

"Darah dia ni jenis susah nak kering. Asyik mengalir je. Mak cik tengok ni, keluar lagi," kata Indra lagi.

"Tuhla. Bila hendak kering pun mak cik tak tahu. Mak cik risau kalau dia hilang banyak darah," terasa satu tangan lembut membelai-belai rambutku.

Sungguh, aku sudah terlalu lama tidak rasa perasaan ini. Rasa dikelilingi oleh keluarga. Dahulu, ibulah yang paling risau kalau aku sakit. Dan setiap kali aku sakit, ibu akan tidur di sebelahku, menjaga aku sepanjang malam. Kerana dulu sewaktu aku kecil, aku selalu mengigau ketika tidur kalau tak sihat.

Kenapa... Aku rasakan... Yang mereka ni keluarga aku?

Kenapa... Aku rasakan... Kasih sayang yang dah lama aku tak rasa apabila dengan mereka?

"Sebab tu dia lebih layak," terdengar satu suara lain menyapa. Aku berusaha mengingat milik siapa suara itu. Tapi siapa ya?

"Tapi dia masih sakit," jawab ibu.

"Keadaan dia pun memang nampak teruk. Dengan luka-luka dia semua tu. Muka dia pun pucat lesi tak cukup darah. Jadi, lebih baik kita korbankan dia saja," kata suara itu lagi.

Korbankan?

Korbankan aku?

Tiba-tiba jantungku berdegup kencang. Apa semua ni?!

"Hawa! Lebih baik kau diam!"

"Daripada kita korbankan Ibrahim dan membiarkan Bunga jadi janda, lebih baik kita korbankan dia saja! Lagipun, pontianak tu memang nakkan dia, kan?" suara Hawa juga semakin meninggi.

"Hawa!"

"Kau memang suka kan kalau kampung kita ni musnah! Kau tak kesah! Kau lagi kesah tentang manusia yang entah datang dari mana ni!"

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now