CHAPTER 19-AIR TUAK

8.6K 592 44
                                    

Selepas berjalan-jalan di tepi tasik, aku dan Indrawan berjalan ke pasar pagi yang berada berhampiran tasik. Angin sejuk menderu-deru laju hingga aku sedikit menggigil. Sekali-sekala aku gosokkan kedua tapak tangan sebelum aku tiup tapak tangan bagi menghangatkan tapak tangan yang kesejukan.

"Kau sejuk?"

"Sikit je," jawabku bersa senyuman.

"Kau demam lagi ke?" tanya Indra lagi lalu tangannya melekap di dahiku. Tapi kali ini lain, lembut saja belakang tapak tangannya menyentuh dahiku.

"Eh, taklah. Angin pagi ni sejuk sikit. Tapi saya okay je," balasku.

"Kita cari air panas dulu," kata Indra lagi lantas menarik tanganku. Aku hanya mengikutnya dari belakang.

Sesampai di pasar itu, tempat pertama yang Indra tuju adalah gerai. Kami terus mengambil tempat di salah satu meja yang kosong.

"Pak Mail, dua cawan kopi panas, ya," ucap Indra kepada seorang lelaki lewat 50-an.

"Makan, Indra?"

"Kau mahu makan?" Indra bertanya kepadaku pula.

"Tak naklah. Saya kenyang lagi."

"Tak apalah, pak. Lain kali."

"Selepas ini kita jalan-jalan lihat pasar, ya," ucap Indra bersama senyuman. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.

Selepas menghangatkan diri dengan segelas kopi o panas, kami berjalan-jalan di pasar. Ada yang menjual ikan, ayam dan sayuran segar sampailah ke makanan dan pakaian. Kami sempat membeli kuih kacang kole yang dikatakan sedap oleh Indra. Aku sempat mengambil sepotong kuih, ya, memang sedap.

Kami berhenti di satu kedai menjual selendang. Indra terus membelek-belek selendang yang berada di situ.

"Asha," tegur Indra tatkala dia sedang ralit membelek selendang.

"Ya?"

"Kau suka warna apa?"

"Urmmm..." aku menggaru leher yang tidak gatal. "Entah, semua warna saya suka."

"Tapi yang paling kau suka?"

"Putih kot. Kenapa?"

Indra masih membelek-belek selendang yang berada di hadapannya. Melihat dia membiarkan sahaja soalanku, aku pergi ke bahagian lain. Turut membelek-belek selendang yang berada di situ.

Tiba-tiba aku rasakan sesuatu diletakkan ke kepalaku. Aku lantas menoleh ke belakang, rupanya Indra sedang meletakkan selendang berwarna putih itu di kepalaku. Hujung selendang tersebut diselimpangkan ke belakang.

"Sesuai," ucapnya pendek.

"Untuk saya ke?"

"Siapa bilang. Aku mahu belikan untuk mak ciklah," jawabnya bersahaja. Tangannya masih membetulkan kedudukan selendang di kepalaku. Aku mencebik. Bagi harapan palsu betul. Aku baru nak teruja dapat hadiah.

"Untuk kaulah," ucap Indra bersama senyuman sebelum meninggalkan aku di belakang. Dia terus membayar harga selendang dan selepas itu menarik tanganku keluar dari kedai sampai terkocoh-kocoh aku mengikut langkahnya yang besar itu.

Ehhh, sabar jelah dengan lelaki seorang ni.

...........

Aku menghidu seketika bekas buluh berisi air tuak yang baru dibeli oleh Indra sekejap tadi. Baunya agak masam hingga buat aku pening lalat seketika.

"Boleh minum ke ni?"

"Boleh."

"Betul? Awak pasti?"

Indra tertawa seketika mendengar soalanku.

"Iya, Asha. Boleh. Ini air tuak nira. Mestilah boleh minum."

Aku berkira-kira untuk meneguk air tuak itu. Setelah berkali-kali memandang ke arah Indra dan air tuak berselang-seli dan Indra asyik menganggukkan kepala setiap kali aku memandangnya, aku mula yakin untuk meminum air itu.

"Sedap air tuak tu?" soal Indra sewaktu aku meneguk air tuak.

"Yuck!"

"Mengapa?"

"Kenapa rasa dia pelik? Eii, tak naklah!" aku terus berikan pada Indra semula bekas buluh berisi air tuak yang baru aku minum sebentar tadi. Indra terus ketawa melihat wajahku yang bermemek pelik.

"Hahaha. Tadi nak sangat. Bila dah belikan, tak nak pula."

"Alaa... Ingatkan sedap."

"Sedaplah. Tengok aku minum." Indra pula meneguk air itu. Aku mengerut dahi melihat dia menghabiskan separuh air tuak itu.

"Awak habiskan jelah. Saya tak nak," aku menggeleng-gelengkan kepala. Cukuplah sekali aku merasa air pelik itu. Indra sudah tertawa besar melihat aku.

"Tak apa. Aku belikan yang lain saja, ya."

"Indra. Indra," panggil satu suara dari belakang kami. Kami menoleh. Seorang lelaki sedang berlari mendapatkan kami.

"Ada apa, Ghani?"

"Pak Ghazal mencari kau. Rupanya kau ada di sini," jelasnya. Dia berhenti dan tercungap-cungap mencari nafas.

"Mengapa?"

"Kau.. Kau kena ikut aku dulu. Biar Pak Ghazal jelaskan pada kau."

"Tapi aku hantar dia ni balik dahulu. Sebentar lagi, aku pergi."

"Pak Ghazal mahu kau jumpa dia sekarang juga. Ada hal penting," jelas lelaki bernama Ghani itu lagi. Indra terus melihat aku.

"Awak pergi jelah. Saya nak jalan-jalan kat sini lagi," ucapku.

"Kau boleh balik ke?"

"Saya tahulah jalan balik. Lagipun saya nak jalan-jalan sekitar kampung dulu. Lepastu nanti saya balik."

"Jangan lama-lama tau. Bahaya."

"Iya, awak saya tahulah."

"Nah. Ambil duit ni. Beli apa-apa yang kau suka," kata Indra lalu menarik tanganku dan meletakkan sekarung kecil wang ke tapak tanganku. Mataku terus membulat.

"Eh, tak payahlah. Saya cuma nak jalan-jalan je," aku memberikan kembali karung wang itu kepadanya.

"Ambil. Beli saja apa kau mahu."

"Tak naklah."

"Ambil! Kau nak aku marah ke?" Indra mula menunjukkan muka garangnya. Aku terus mencebik.

"Iyalah, iyalah."

Hahaha orang bagi duit, kan? Takkanlah tak nak pula, kan?

"Aku bagi beli apa-apa kau mahu. Tapi bukan habiskan tau. Ingat tu," pesan Indra sebelum pergi. Aku tergelak mendengar pesannya.

Sorry I tulis sikit sangat untuk harini😅.

Nak tanya sikitlah, korang tahu tak air tuak nira?  Selalu air tuak nira ni ada dijual di Kelantan je. So yang Kelantanese di sini pernah rasa tak air tu? Bagi korang, air tu sedap tak eh? Hahaha

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now