CHAPTER 57- TRAUMA SEMALAM

6.5K 398 13
                                    

Zupp!!

"Haaaakkkkkkkhhhh!!!!!" Mustafa menjerit kuat. Dia menggeliat dari tubuhku dan matanya membuntang.

Keris itu aku tarik kembali dari bahagian kiri sisi dadanya. Aku terus menolak dia dari tubuhku lalu aku terus duduk di perutnya.

"Hiyarghhhhh!!!!" Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, keris itu aku angkat tinggi lalu aku benamkan tepat di dadanya. Matanya membuntang dan mulutnya ternganga.

Aku pula seakan-akan tidak sedar apa yang aku lakukan. Aku tarik kembali keris itu lalu aku tikam semula dadanya.

"MATI KAU! LELAKI TAK GUNA! MATI! MATI! MATI!"

Aku menikamnya berkali-kali dengan kedua-dua tanganku sambil menutup mata. Darah tersembur dan terasa basah di bahagian tangan dan tubuhku. Tapi aku masih rasa tak puas hati. Aku tetap menikamnya berkali-kali.

Selepas tikaman ke sepuluh, aku membuka mata. Aku betul-betul terkejut dengan apa yang aku lihat. Tubuh Mustafa tiba-tiba berubah menjadi tubuh ayah.

"Arghhhh!!!" Aku terus bangun dari perutnya dan terjatuh dari katil. Mataku masih lagi membulat melihat tubuh ayah yang berlumuran darah di atas katil. Apa yang berlaku ni? Apa yang aku buat? Macam mana ayah pulak boleh ada dekat sini?

............

"LELAKI TAK GUNA! BERANI KAU NAK SENTUH ANAK AKU! LELAKI TAK GUNA! PATUTNYA AKU BUNUH KAU DARI DULU LAGI! AKU TAK PATUT KAHWIN DENGAN KAU! AKU TAK PATUT BAWAK KAU MASUK RUMAH AKU! AKU TAK PATUT JUMPA KAU LANGSUNG!" Ibu berang dan menikam-nikam tubuh ayah berkali-kali. Nafasku terhenti melihat ibu berkelakuan begitu. Aku mengerekot di bawah katil sambil memeluk tubuh.

"Ibu... tolonglah berhenti. Ibu..." rayuku perlahan. Aku tak sanggup melihat semuanya itu. Aku takut. Terlampau takut.

"MATI KAU! LELAKI TAK GUNA! MATI! MATI! MATI!"

Ucap ibu berkali-kali. Aku menangis teresak-esak di bawah katil sambil menutup telinga. Terdengar jeritan-jeritan ibu. Aku tak tahu entah berapa kali ibu menikam tubuh ayah yang sudah tak bernyawa itu.

"Ibu... tolonglah berhenti. Asha takut..."

Ibu terdiam seketika. Nafasnya termengah-mengah. Sebelah tangannya masih menggenggam pisau itu dan sebelah tangannya lagi ditongkat ke dada ayah.

"Ibu... Ibu... Bunuh dia..."

Kata ibu. Matanya masih kaku merenung pisau di tangannya. Aku pula terdiam. Aku takut. Aku takut sangat-sangat bila aku nampak darah mengalir keluar dari dada ayah yang kaku. Aku takut melihat pisau itu tegak betul-betul di dada ayah. Aku takut melihat tangan ibu yang berlumuran darah segar ayah.

Perlahan-lahan ibu memandang ke arah aku dengan air mata yang masih berbekas di tubir mata. Ibu turun dari tubuh ayah dan melutut di atas katil sambil tangannya dihulur kepadaku.

"Asha, sayang. Asha... Tak ada apa-apa?" soal ibu perlahan.

Aku masih terdiam dan menangis. Aku masih memeluk diri di tepi dinding.

"Asha takut dengan ibu ke?" soal ibu lagi. Tapi aku tetap di tepi dinding dan menangis.

"Sayang... Ibu sayang Asha. Sayang sangat-sangat. Asha... Asha dah tak sayang ibu?"

"Ibuu!!" jeritku. Aku terus memeluk tubuh ibu. Aku menangis sekuat hati dalam pelukan ibu.

"Ibu mintak maaf. Ibu betul-betul mintak maaf. Tolong maafkan ibu..." ucap ibu berkali-kali. Tangisan ibu tumpah dibahuku.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now