CHAPTER 27-PEREMPUAN ASING

8.5K 531 22
                                    

"Minum."

Gelas putih berisi air rebusan herba disua di hadapanku. Haba panas berkepul-kepul dari gelas itu. Aku mencapai gelas putih itu sebelum menyisipnya.

"Pahit..." komenku. Bibir aku kemam rapat dan mataku mengecil. Menahan rasa pahit yang bergelojak di dalam mulut.

Indra ketawa melihat aku. Sempat aku hadiahkan jelingan maut pada dia. Seronok dia ketawakan aku.

"Kalau dah namanya ubat memanglah pahit. Nah, makan buah ni. Buat hilang rasa pahit," Indra menghulur pula buah pelam yang sudah dicucuk dengan batang lidi. Aku terus mencapai buah itu. Emm... Manis sangat. Apabila sepinggan buah pelam diletakkan betul-betul di hadapanku, aku mengambil potongan buah satu lagi.

"Habiskan dulu air dalam gelas tu, baru kau makan buah pelam."

"Pahit sangatlah. Tak ada yang manis sikit ke?"

"Tak da. Ubat ni saja yang ada," jawabnya seraya bersandar ke kerusi dan memeluk tubuh.

"Kalau tambah gula sikit boleh?"

Indra mendengus perlahan sambil memandang aku tepat. Aku terus tayang muncung tajam.

"Alaa... Iyela. Iyela."

Air di dalam gelas itu aku minum lagi. Cecair hangat dan pahit itu mengalir di kerongkong. Dua rasa yang memang tak serasi langsung. Setelah itu, dua potong pelam masuk ke mulut.

"Minum lagi..."

"Kejaplah."

"Kau asyik makan buah saja. Air tu tak luak-luak pun."

"Mana ada. Saya selang-seli makan buah dengan minum air nilah."

"Tengok ni, air ni banyak lagi. Buah tu dah habis separuh. Cepat habiskan air ni dulu," katanya seraya melihat isi air dalam gelas di tangan kiriku. Manakala buah pelam di tangan kananku masuk ke mulut lagi. Emm.. Buruk betul perangai anak dara.

"Kejaplah. Orang dahlah tak tahan pahit."

"Bawak ke mari pinggan tu," katanya lagi lalu merampas pinggan di hadapanku. "Dah, habiskan air tu dulu. Baru aku bagi makan buah."

"Eeiii... Bawak sinilah. Ni buah saya!" aku merampas kembali pinggan berisi buah pelam itu. Dia kembali duduk memeluk tubuh sambil memandang aku dengan pandangan tak puas hati. Aku pula, memang kecik besar kecik besar je pandang dia.

"Minum terus sampai habis lepastu makan buah. Kan tak rasa pahit."

"Dahla air ni pahit, lepas tu panas tahu tak," bidasku lagi.

Dia ni... Ada je nak ajak bergaduh dengan aku. Pasal minum ubat pun, nak bertelagah dengan aku.

Emmm.. Yang aku pun lawan cakap dengan dia dah kenapa?

"Awak... Tak tahan, tak tahan. Pahit sangat! Ada buah lagi tak," aku sudah menggeletek kepahitan. Buah dipinggan pulak memang dah habis. Indra yang lagi tadi melihat aku sambil memeluk tubuh tayang muka selamba.

"Tak ada. Tinggal satu saja di dapur. Aku potong pun sebab aku nak bagi kau minum air herba," jawab Indra. Aku sudah menekup mulut, menahan rasa pahit yang teramat.

"Awak... Tak tahanlah pahit sangat ni."

"Tak kesahlah pahit atau apapun, yang penting air tu habis."

"Err... Sambung esok boleh tak?"

"Tak boleh, tak boleh. Sekarang jugak aku nak tengok kau habiskan air tu. Tadi aku suruh habiskan cepat-cepat air tu, lepastu makan buah, kau degil. Nah sekarang buah dah habis, nak tak nak kau minum jugakla air pahit tu. Cepat. Sekarang!" Indra sudah kembali dengan perangai bebelnya.

Aku sudah mencebik-cebik. Rasa nak nangis bila kena paksa minum benda pahit macam ni. Teringat dulu waktu ibu beri aku makan ubat Paracetamol, ibu akan bancuh Paracetamol dengan sedikit air di sudu, sebab aku tak pandai telan ubat. Ibu akan tuang ubat itu betul-betul di tekak itu tanpa perlu terkena pada lidah. Selepas itu, cepat-cepat ibu beri aku minum air milo.

Sekali lagi aku tayang muka kesian. Harap-harap menjadi. Indra menggeleng-gelengkan kepala sebelum menarik tanganku bangun.

"Mari. Bawa air tu sekali."

Aku hanya mengikut Indra dari belakang. Sampai di dapur, Indra mengeluarkan sebakul buah manggis. Mataku terus membulat melihat buah manggis.

"Wah, kenapa tak cakap ada buah manggis?"

"Dah. Duduk sini."

Aku terus bersila di sebelahnya. Tanganku terus mencapai buah manggis di dalam bakul tapi terhenti apabila Indra menepuk tanganku.

"Minum air tu dulu! Kau tu dahlah kuat makan. Nanti habis pulak buah ni satu bakul," marah Indra lagi. Sempat dia mengutuk aku lagi. Emmm sabar jelah. Satu jelinganaut aku hadiahkan pada dia yang cuma membuat muka dinginnya. Ikutkan hati, nak saja aku cubit-cubit muka tu.

Air di dalam cawan itu aku tiup-tiup. Haba hangat meliuk-liuk lembut tatkala aku meniup ke permukaan air.

"Bawa sini," kata Indra lalu mengambil gelas di tanganku. Setelah itu dia bangun dan mencapai satu lagi gelas di para-para kemudian duduk semula di samping aku.

Air di dalam gelas itu dituang ke dalam gelas satu lagi. Setelah itu, air itu dituang semula ke dalam gelas yang asal. Indra mengulang-ulang menuang air itu beberapa kali hingga haba dari air itu hilang. Dia menyisip sedikit air di dalam gelas itu sebelum memulangkan kembali gelas itu kepadaku.

"Dah tak panas," ucapnya.

Aku yang terkejut dengan tingkahnya tadi terdiam. Bermula dari dia mengambil gelas dari tanganku, kemudian dia sejukkan air itu dan dia rasa sedikit air yang sudah lagi tadi aku minum. Dan sekarang dia kembalikan semula air itu kepadaku.

Entah kenapa tingkahnya buat aku terdiam. Hahaha, aku rasa dia layan aku macam budak kecik.

"Nah..." katanya lagi.

"Oh, okay," aku mengambil gelas itu. Aku terus meneguk laju air itu sementara Indra mengopek buah manggis. Setelah habis satu gelas, aku terus makan buah manggis yang dikopek oleh Indra.

"Terima kasih awak..."

"Untuk?"

Aku tersenyum manis. "Untuk air ni."

Indra ikut tersenyum manis. Wahh, lesung pipit tu timbul lagi di pipinya.

Macam mana lelaki boleh ada lesung pipit? Cemburunya aku!

"Dah... Makan buah manggis ni."

Tiba-tiba kedengaran bunyi orang masuk ke dalam rumah. Kami berpandangan seketika. Ibu dan Pak Ghazal sudah balik ke? Aku dan Indra terus keluar dari dapur menuju ke ruang tamu, melihat siapa yang balik.

"Yusuf..." tegur Indra. Lelaki itu masih membelakangi kami, sibuk mencari sesuatu di almari dan di laci di ruang tamu. Kami berdua mendekatinya.

"Apa yang kau cari?"

Yusuf memalingkan wajah sekilas melihat Indra. Setelah itu dia sambung mencari lagi.

"Apa kau kesah?"

"Tak adalah. Mungkin aku boleh tolong kau sekali."

Yusuf yang sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu itu terus berdiri. Tangannya disilangkan ke tubuh. Apabila menyedari yang aku juga ada di situ, dia terus memandang tepat padaku. Aku yang berasa tidak selesa dengan pandangannya, terus merapatkan diri ke Indra.

"Jadi... Dia nilah perempuan baru di kampung ni? Emmm... Boleh tahan. Cantik," katanya bersama senyuman sinis. Matanya turun naik melihat kepadaku. Aku mengerutkan dahi melihat tingkahnya. Perasaan takut tiba-tiba datang. Aku terus memegang lengan Indra dan menyorok di balik tubuh belakang Indra.

"Tak fahamlah aku. Kau ni memang suka bawak perempuan asing datang kampung ni, kan?"

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now