CHAPTER 18-AHLI NUJUM

8.8K 668 25
                                    

"Makan, nak. Tambah lagi," kata ibu sambil menyedok lagi nasi lemak ke dalam pingganku.

"Sedapnya ibu masak. Asha dah lama tak makan masi lemak sedap macam ni. Terima kasih, ibu," ucapku bersama senyuman. Kali ini ayam goreng dan sambal bilis pula diletakkan ke dalam pingganku. Aku yang memang berselera pagi itu hanya melihat tangan ibu mencedok lauk untukku bersama senyuman.

"Ibu?" tegur Indra. Aku dan ibu lantas memandang Indra.

"Kenapa? Asha tak boleh panggil mak cik ibu? Selain Indra, Asha pun anak mak cik juga," jawab ibu.

"Tapi Indra sendiri tak pernah panggil mak cik ibu. Tiba-tiba Asha yang dapat," Indra sudah membuat muka monyok. Aku tertawa kecil melihat gelagatnya. Tak ubah macam budak kecil.

"Ala... Ala. Merajuk pula dia. Sejak Indra kecil, Indra sendiri yang tak mahu panggil mak cik ibu."

Indrawan masih membuat muka sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulut.

"Alaa... Merajuk betul anak ibu seorang ni. Dah, tak mahu merajuk. Buat malu saja lelaki merajuk depan perempuan begini. Makan lagi," pujuk ibu seraya mencedok nasi lemak dan diletakkan ke dalam pinggan Indra.

"Ibu tak makan?" soalku.

"Makanlah dulu. Ibu tunggu Pak Ghazal kamu tu. Dia belum balik dari masjid lagi. Ibu mahu ke dapur sebentar, kamu teman anak ibu yang merajuk ni makan dulu ya," kata ibu lagi lalu mengusap kepala Indra sebelum bangun ke dapur. Aku tertawa melihat wajahnya yang masih cemberut.

"Entah mana si Yusuf ni? Dari semalam tak balik-balik lagi. Aku pening betullah dengan anak seorang ni," sempat ibu membebel sendirian sewaktu bangun ke dapur. Aku tertawa kecil mendrngar bebelan ibu.

Jujur... Lama sekali aku tidak mendengar bebelan seperti itubdari seorang ibu. Aku rindu.

"Hei," aku mencuit lengan Indra. Dia lantas menoleh. "Awak merajuk ke?"

Tiada jawapan.

"Awak tak bagi saya panggil Mak Endang ibu?"

Masih tiada jawapan.

"Kalau awak tak bagi, saya tak panggil dah. Tapi janganlah diam dengan saya," kataku lagi. Suaraku separuh merajuk. Iyalah, dia biarkan sahaja aku bercakap seorang diri. Macam cakap dengan kayu.

Indra mengeluh perlahan. Air teh yang tinggal separuh dalam cawanku ditambah lagi oleh Indrawan hingga penuh. Selepas itu, cawan itu disua kepadaku.

"Mana ada aku merajuk. Takkanlah benda kecil begini aku nak ambil hati," wajahnya tidak tegang seperti tadi. Malah, satu senyuman bersama lesung pipit terbit di tepi bibirnya. Aku mengambil cawan itu lantas menyisip sedikit air.

"Iyalah tu? Tadi tu muka monyok semacam je bila saya panggil Mak Endang ibu."

"Mana ada. Kau tu yang fikir lain," balasnya. Aku mencebik. Eleh, iyalah tu. Malulah tu hendak mengaku.

"Lepas ni, kita pergi bersiar-siar dalam kampung ni nak, tak? Kita boleh tengok pemandangan tasik besar depan kampung tu. Aku bawa kau pergi pasar. Kita cari kuih yang kau suka. Kau suka kuih kacang kole, kan?"

"Mana awak tahu saya suka makan kuih kacang kole ?" soalku kembali dengan dahi berkerut. Pelik. Rasanya aku tidak pernah beritahu dia yang aku suka makan kuih itu.

Indra terjeda seketika. Kemudian dia tersenyum kembali.

"Aku agak saja. Tapi kalau betul, maknanya itu aku ni ahli nujum. Aku pandai tilik apa yang engkau suka," selorohnya lagi. Aku tertawa geli hati mendengar selorohnya. Aku rasa, cara layanan Indra padaku sedikit berbeza dari biasa. Sejak malam tadi, dia terus berubah.

"Ohh, ahli nujum rupanya. Kalau betul awak ahli nujum yang bijak laksana, cuba awak teka apa yang ada dalam hati saya?"

Indra lantas memusingkan badannya dan menghadapku. Aku tertawa apabila sebelah tangannya menarik badanku menghadapnya lantas matanya tajam menusuk ke dalam anak mataku.

"Kesakitan," ucapnya pendek. Tawaku terus terhenti. "Aku nampak kesakitan itu, Asha. Kesunyian yang membelenggu hidup kau. Kau usaha untuk tutup semua penderitaan batin yang kau tanggung selama ini dengan senyuman dan gelak ketawa kau. Tapi apabila malam, kau kalah. Dan saat itulah kau menangis."

Aku terpana seketika.

"Aku nampak semua itu dalam mata kau."

Anak matanya masih lagi tajam memandang aku.  Mulutku seakan terkunci untuk berkata apa-apa.

Betul. Semua yang dikatakannya. Semua itu betul. Aku tak kuat untuk hadapi semuanya sendiri. Jadi aku terpaksa memakai topeng supaya tiada siapa yang mengenali diriku yang sebenarnya.

Sejak aku melangkah masuk ke dunia universiti, aku berazam untuk menjadi orang yang baru. Ashanty yang baru. Aku berazam untuk mengejar cita-citaku. Aku berazam untuk menjadi orang yang paling cemerlang. Setiap sem, aku akan pastikan yang aku mendapat anugerah dekan. Aku libatkan diriku dalam pelbagai bidang kokurikulum, menjadi presiden dalam kelab-kelab di universitiku sampaikan orang memanggil aku dengan gelaran 'Miss President'.

Entah apa yang mereka pandang, tapi mereka berkata bahawa aku cantik. Mereka kata aku full package, cantik, pandai, ceria, periang, aktif kokurikulum, aktif sukan, dan yang kelakar, aku dipanggil misteri.

Semua itu aku lakukan adalah untuk membersihkan nama ibu. Aku memang takkan balik ke kampung itu lagi, tapi aku mahu orang-orang kampung yang tak berguna itu mengenal aku dari luar sebagai seorang yang berjaya. Satu saat nanti, setiap orang akan menyebut-nyebut namaku hingga namaku sampai ke kampung tak guna itu dan mereka akan melupakan segala kisah silam yang menghancurkan nama aku dan ibuku.

Satu saat nanti, aku akan berada di atas, dan mereka akan memandang aku dengan mendongak dari bawah. Itu janji aku pada ibu sebelum ibu meninggal dunia. Dan janji itu aku pegang hingga ke hari ini dan akan sampai bila-bila.

Tapi, apabila malam datang, malam itu terlalu hening dan sunyi hingga aku terlampau rindu pada ibu. Aku penat bermuka-muka kepada semua orang. Aku penat untuk mengejar menjadi seorang yang sempurna. Hakikatnya aku lemah.  Aku masih kanak-kanak kecil yang mahu menangis di riba ibunya saat dia mengigau di tengah malam. Aku masih kanak-kanak kecil yang mahu didodoi ibunya. Aku mahu cerita segalanya kepada ibu, seperti aku cerita dahulu sewaktu aku dibuli kawan-kawan, saat kasutku dicampak ke longkang, saat air dari mangkuk tandas dijirus ke baju sekolahku dan saat aku ditampar cikgu kerana dituduh mencuri dalam bilik guru.

"Asha," tegur Indra lantas mengembalikan aku ke alam nyata.

"Maafkan aku," tangan Indra menyentuh tubir mataku dan jarinya mengesat air mata yang mengenang.

"Aku dah buat kau menangis. Maafkan aku."


Sorry sayang-sayang semua. I final sampai 16hb ni. In shaa Allah lepas tu I active menulis semula. Apapun, please doakan I boleh jawab semua paper dengan baik dan cemerlang, even terpaksa jawab paper dengan demam+batuk sekali *uhukk uhukk*🤕🤕 stress gila kan kalau kena demam time nak amek exam ni.

Anyway, HAPPY NEW YEAR FOR ALL MY READERS🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉 sorry sebab lambat wish untuk korang semua. Hehe. So, apa azam korang tahun baru ni?

Untuk saya, HAPPY 1K VIEW🐝🐝🐝🐝🐝🐝 Thanks banyak-banyak sebab sudi baca cerita yang tak seberapa ni. Rasa terubat demam ni bila tengok view tu bertambah. Sayang korang sangat-sangat😘😘😘😭😭😭

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now