CHAPTER 28-SIAPA MARIAM?

8.2K 526 55
                                    

"Kau ni memang suka bawak perempuan asing datang ke kampung ni, kan?" tanya Yusuf. Ekor matanya masih turun naik melihat aku sebelum pandangan tajamnya menikam anak mataku. Dia tersenyum sinis.

Perempuan asing? Siapa asing yang dia bawa selain aku tu?

"Dia ni cantik, sama macam Mariam, perempuan yang kau bawak ke sini dahulu," katanya lagi.

"Siapa Mariam?" soalku pada Indra. Indra kelihatan sedikit terkejut dengan situasi sekarang.

"Ah, tiada siapa-siapa."

"Mariam tu sama macam kau. Manusia," jelas Yusuf pula.

Tiba-tiba aku teringat akan arca kayu yang berada di tingkat dua di menara itu. Mungkinkah arca itu arca Mariam?

Aku terus melepaskan pegangan pada lengan Indra. Indra yang perasan akan perubahanku, terus melihat aku.

"Tapi kau jangan risau. Dia sekarang tiada. Kau boleh dekat dengan Indra. Lagipun aku rasa, Indra memang lebih sukakan manusia berbanding jenis sendiri. Tapi tak apalah. Aku suka bila manusia datang sini," katanya sambil tersenyum sebelum sambung mencari barang.

"Asha..." tangan Indra cuba untuk mencapai tanganku. Aku pantas menarik tanganku dari disentuh olehnya.

"Sorry, saya tak sedap badan. Saya... Masuk bilik dulu," ucapku sebelum meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.

Setelah masuk ke bilik, aku terus menutup pintu sebelum melabuhkan punggung di birai katil. Sebenarnya kalau boleh malam tu aku tak mahu berseorangan. Perasaan takut masih menyelubungi hati aku. Tapi, bila aku dengar Yusuf kata begitu, aku rasa hatiku menjauh. Siapa Mariam yang Yusuf katakan tu sebenarnya?

Indra layan aku baik sangat. Terlalu baik. Tapi mungkin, Indra layan aku sama je macam Indra layan Mariam tu. Kenapa hati aku rasa sakit sangat-sangat bila fikir macam tu?

Sekejap, Yusuf kata Mariam tu manusia macam aku. Dan Yusuf kata, Mariam tu dah tak ada. Tapi di mana dia sekarang? Tak pernah pun dengar Indra sebut tentang dia?

"Keadaan dia pun memang nampak teruk. Dengan luka-luka dia semua tu. Muka dia pun pucat lesi tak cukup darah. Jadi, lebih baik kita korbankan dia saja."

"Daripada kita korbankan Ibrahim dan membiarkan Bunga jadi janda, lebih baik kita korbankan dia saja! Lagipun, pontianak tu memang nakkan dia, kan?"

Terngiang-ngiang kata Hawa yang aku dengar sebentar tadi di telinga. Aku menekup mulut. Tanganku menggeletar hebat.

Jangan-jangan, Mariam tiada sebab dia dah kena korban di kampung ni?

Jadi, memang selama ni Indra dan semua orang dalam rumah ni baik dengan aku sebab nak perangkap aku? Mereka sebenarnya nak jadikan aku korban sama macam apa yang mereka nak buat pada Ibrahim?

Aku menggenggam tangan yang sudah seram sejuk. Mungkin sebab itulah Indra susah sangat nak hantar aku keluar dari sini. Sebab mereka sebenarnya memang nak jadikan aku korban mereka. Tapi, untuk apa sebenarnya korban tu? Apa kaitan dengan pontianak tu?

Indrawan... Sekali lagi hatiku menyeru namanya. Aku sudah hampir hilang kesedaran diri. Pandangan mataku semakin kabur dan gelap.

Zupp!!!

Zapp!!!

Zapp!!!

Terdengar beberapa libasan dari luar puting beliung. Aku segera membuka mata.

"Indrawan..."

Kelihatan Indrawan sedang melompat ke atas dan membelah puting beliung menggunakan parang panjangnya berkali-kali. Hujung parang itu terkena tubuh pontianak itu lantas membuatkan pontianak itu menjerit. Aku yang masih berada dalam pelukan pontianak meronta-ronta mahu melepaskan diri. Lengan kanannya yang terkena hujung parang itu mengeluarkan cecair hitam dan mengalir seperti darah. Baunya... Hampir sama dengan bau bangkai!

"Indrawan! Berani kau kacau aku!" jerit si pontianak. Aku melihat padanya. Dia... Dia kenal Indrawan?

"Lepaskan perempuan tu."

"Tidak. Aku takkan lepaskan. Dia milik aku."

"Lepaskan atau parang ini akan penggal kepala kau!" jerit Indrawan marah. Si pontianak mendengus kasar.

"Kenapa kau kacau aku? Bukankah senang kerja kau kalau aku bantu kau?"

"Aku tak perlu bantuan dari kau. Aku boleh buat sendiri. Sekarang, lepaskan dia!"

"Hahahah. Tak mungkin! Kalau bukan darahnya dijadikan korban, sekurangnya dagingnya cukup buat aku makan selama setahun. Hehehe..."

Bulu romaku berdiri tegak mendengar kata-kata pontianak itu. Darah aku dijadikan korban? Korban apa? Lagi satu dia kata yang dia mahu makan daging aku?

"Lepaskan dia sekarang atau aku bunuh kau. Sesuai perjanjian kita!" ugut Indrawan pula. Si pontianak tersengih.

"Perjanjian itu dah lama berakhir..."

"Tapi kau perlukan itu."

Si pontianak ketawa mengilai-ngilai. Setelah itu dia mencampakku ke bawah. Indrawan lantas menyambut aku ke dalam pelukannya sebelum aku terjatuh ke tanah.

"Ingat. Kalian ada masa lagi 2 minggu. Kalau kalian tipu, kalian tahulah apa yang akan terjadi nanti," kata si pontianak sebelum terbang meninggalkan kami.

Badanku kembali menggigil apabila teringat akan kejadian ketika pontianak itu cuba untuk membunuh aku tetapi diselamatkan oleh Indra. Memang ada perjanjian yang dibuat antara mereka. Mungkin itu perjanjiannya, si bunian memberi tempat tinggal kepada manusia sebelum memberi korban kepada si pontianak apabila sampai waktunya.

What the...

Aku kena keluar dari sini. Walau apapun yang terjadi, aku kena pergi! Aku kena cari jalan keluar dari tempat ni! Hakikatnya, tak ada sesiapa pun yang boleh aku percaya di sini!

Tapi, takkanlah aku nak keluar seorang dan tinggalkan Ibrahim sendiri? Dia akan dikorban kalau dia terus berada di sini!

Kalau ikutkan dari hari pontianak tu serang aku, masih berbaki seminggu sebelum acara korban itu dilakukan. Walau apapun yang berlaku, aku kena selamatkan Ibrahim. Aku tak boleh biarkan Ibrahim mati macam tu je!


Hayooooo. Youall rasa, apa sebenarnya yang berlaku? Indrawan dan keluarganya tu baik ke jahat sebenarnya?

Actually siapa yang Asha boleh percaya di dunia bunian tu? Ke tak ada siapapun yang patut dia percaya, yang boleh selamatkan dia? Patut ke Asha cari jalan sendiri untuk keluar dari situ?

Marilah kita fikir sama-sama nasib si Asha ni😕😕🤔🤔

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now