CHAPTER 39- KERIS WARISAN

7.6K 513 88
                                    

POV Asha

"Nah. Makan!" satu pinggan daging panggang disua dihapanku. Tangan aku silangkan di bawah dada. Aku masih memandang ke arah lain. Acah jual mahal.

Emm.. Sebenarnya aku takut. Tapi aku masih tayang muka poyo. Cool, Asha. Cool.

"Makan! Kau untung aku masih nak bagi kau makan. Dah, makan!" sekali lagi petapa itu menjerit. Bahuku terhenjut kerana terkejut.

Nak tak nak, aku capai juga sepotong daging yang masih panas dari pinggan dan suap ke dalam mulut. Mata aku jeling kepada si petapa yang turut menyuap daging ke dalam mulut.

Jap, daging apa ni?

"Daging apa ni?"

"Kambing. Kenapa?"

Ohh.. Memanglah.. Rasa pun memang daging kambing.

"Kenapa? Kau takut aku bagi kau makan daging manusia?"

"Urghh!" hampir terkeluar daging yang sedang aku kunyah tadi. Cepat-cepat aku tutup mulut yang hampir muntah. Aku memandang si petapa dengan pandangan tajam. Dia tersengih sambil menyuap daging ke dalam mulut.

"Aku tak makan manusia. Aku cuma minum darah dia saja," akuinya. Aku menelan air liur mendengar pengakuannya.

"Nampaknya orang kampung bunian tu kena cari manusia baru. Aku tak boleh jadikan kau korban aku. Si lelaki yang bersama kau itu pun aku tak boleh aku jadikan dia korban. Sebab dia sudah berkahwin. Dia bukan bujang sewaktu dia datang ke sini."

Korban baru? Itu bermakna, mereka harus perangkap manusia lain lagi.

Tiba-tiba aku teringat Hawa. Ciss! Tak guna punya bunian! Mesti dia saja nak aku keluar dari kampung tu, lepastu pergi kawasan si petapa tak guna ni! Lepas tu petapa ni tangkap aku!

Aku pun satu. Kenapa aku bodoh sangat percaya cakap dia! Bodoh aku ni tak boleh bawak bincang betul! Macam manalah aku boleh percaya yang dia nak tolong aku keluar dari alam ni, balik ke alam aku sedangkan aku tahu yang dia memang tak suka aku. Lagipun memang dari awal, dia memang nak korbankan aku.

Aku dah agak yang Ibrahim tak boleh jadikan korban. Bila dia cerita yang dia pernah kahwin, ada anak, dia memang tak layak sebab syarat mereka adalah manusia tu harus dara atau teruna.

"Kenapa tak ambil aku je jadi korban kau?" soalku mendatar. Aku memandangnya dengan pandangan yang tajam, sambil menunggu jawapan darinya.

"Sebab kau harus jadi isteri aku. Faham?"

"Kau ingat aku nak ke jadi isteri kau? Aku lagi sanggup mati daripada jadi hamba tebusan kau dalam gua yang tak semenggah ni!"

"Tak.. Tak.. Jangan panggil aku begitu. Panggil aku, Mus...ta...fa. Abang... Mustafa. Hehe," jawabnya sambil tersengih senget. Aku menyeringai kegelian. Abang? Apa ke tebiat nak panggil dia abang. Umur dia tu entah dah berapa ratus tahun.

"Eeeiii aku tak hinginlah nak berabang-abang dengan kau!"

"Tak apa. Sekarang mungkin kau tak hingin. Tapi bila nanti aku dah jinakkan kau. Buat kau suka aku. Tapak kaki aku pun kau cium. Hehehe..." dia ketawa lagi sambil menyuap daging ke dalam mulut.

Jinakkan aku? Dia nak bagi aku minyak dagu ke apa?

Dia petapa. Ilmu-ilmu macam tu tak asing untuk dia. Kalau tak, takkanlah dia boleh hidup ratusan tahun di antara dua alam ni. Bukan alam manusia, bukan alam bunian.

"Tak. Aku takkan sukakan kau. Sampai bila-bila pun aku takkan sukakan kau!"

Potongan daging diletakkan semula ke dalam pinggan. Matanya tepat memandang aku sambil tersenyum lebar.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now