CHAPTER 60- HIDUP TANPA INDRA

6.6K 405 19
                                    

POV Asha

"Ibu.... ibu... bunuh dia..." tangan ibu yang berlumuran darah itu terketar-ketar. Matanya masih lagi kaku memandang ke arah pisau yang terpacak di dada ayah.

"Ibu.... Ibu..."

"Ibu dah bunuh lelaki tak guna tu..." satu sengihan terbit di bibir ibu. Tapi matanya masih terbeliak memandang ke arah pisau.

"Ibu...."

Tiba-tiba ibu berpaling. Mata merahnya tajam menusuk anak mataku. Ibu menyeringai dan ketawa mengilai.

"KAU PUN SAMA! KAU DAH JADI PEMBUNUH MACAM AKU!"

"KAU PEMBUNUH!"

"Takk!!! Asha bukan pembunuh! Takkk!!"

"Asha... bangun..."

"Asha bukan pembunuh!!"

"YA! KAU MEMANG PEMBUNUH!"

"Tak, ibu! Asha bukan pembunuh!"

"Asha!"

Terasa pipiku ditepuk beberapa kali. Aku terus terbangun dari tidur.

"Indra!" Aku terus memeluk Indra yang sudah duduk di tepi katilku. Dia mengusap-usap kepalaku lembut.

"Shhhhh... kau cuma bermimpi. Aku ada dengan kau di sini."

"Indra... tolong jangan tinggal saya. Saya takut..." aku menangis-nangis teresak-esak di dadanya. Gambaran ibu yang sedang menikam ayah masih ternampak-nampak.

"Aku tak tinggal kau pun. Aku ada di sini."

Aku tarik tubuhku dari pelukannya.

"Saya... saya dah bunuh dia. Saya dah bunuh orang..."

"Kau takut sebab itu?"

"Saya tak nak jadik pembunuh..."

Kedua tangan Indra ditekap di sisi kepalaku. Dalam kesamaran lampu pelita, anak matanya merenung lembut anak mataku. Terbit senyuman dari bibirnya. Dan yang paling indah adalah lekukan lesung pipitnya itu.

"Siapa bilang kau pembunuh. Malah kaulah perwira untuk kami."

"Tapi saya tetap pembunuh. Saya tetap jahat!"

Indra mengelap air mata yang mengalir dari mataku. Aku tertunduk dan mengemam bibir. Ya, itulah kenyataan. Aku sudah jadi pembunuh. Dan itu adalah satu kesalahan yang besar.

Betullah kata-kata mereka. Darah pembunuh sudah mengalir dalam darahku. Lambat-laun, aku tetap akan jadi seorang pembunuh seperti ibu.

"Jadi, kau mahu bilang perwira-perwira yang menuntut keadilan untuk negara mereka, yang mempertaruhkan diri untuk negara mereka, semua itu jahat? Hanya kerana mereka sudah membunuh?"

Aku menggelengkan kepala. Menafikan apa yang Indra katakan.

"Askar-askar di dunia kau, tentera, polis. Semua itu pembunuh? Mereka orang jahat?"

Aku menggelengkan kepala sekali lagi.

"Kau adalah perwira kami. Pahlawan kami. Kalau bukan kau, kami masih di bawah telunjuk petapa tu. Kau sudah bebaskan kampung kami dari kezaliman petapa tu. Kau harus tahu, kau bukan pembunuh tapi kau perwira!"

"Tapi... kenapa ibu harus mati di tali gantung? Sedangkan ibu mempertahankan saya?" Aku terus menekup muka dan menangis tersedu-sedu.

"Semua orang cakap ibu pembunuh. Semua orang cakap saya ni anak pembunuh. Saya tak patut hidup dekat dunia ni. Saya patut mati, sama macam ibu mati..." aku menangis lagi.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now