CHAPTER 53- KEJAM

7.7K 429 70
                                    

(Emm entahlahh, saya paling tak tau nak buat tajuk ahahahhahahaah. Ehemm ehem. Ok serius)

Bukkk!! Bukk!! Bukk!!!

Aku sudah menggigil di balik pintu tatkala ayah menumbuk-numbuk pintu kayu bilikku. Rasa takut menyelubungi aku. Terasa basah dahiku dek peluh.

"WOI BUKAKLAH. AKU DAPAT KAU, MEMANG NAHAS KAU AKU KERJAKAN!!!"

Jerit ayah lagi. Kalau aku membatu begini, memang pasti aku akan dibelasah nanti. Pasti batang penyapu akan mencium belakang tubuhku sekejap lagi. Tapi kalau aku bukak pintu, aku tak tahu apa yang ayah akan lakukan. Dan aku sendiri tak tahu ke mana sebenarnya dia nak bawak aku.

Aku melihat sekeliling, mencari jalan untuk menyelamatkn diri. Apa je yang ada, cuma almari kecil dan katil saja. Hendak menyorok pun tak guna. Nak lari pun tak boleh. Macam mana aku nak menyusup keluar dari tingkap nako macam tu.

BANG!!!

Terdengar bunyi tendangan dan tiba-tiba pintu terbuka. Aku terkaku melihat wajah menyinga ayah di depan pintu.

"HEI BUDAK JAHANAM!"

Ayah masuk ke dalam bilik dengan muka yang garang. Rambutku ditarik kuat dan daguku dicengkam hingga aku terdongak. Aku meyeringai kesakitan.

"Ayah sakitt!!!"

"Ouhhh, kau tahu sakit. Tekak aku yang sakit sebab jerit panggil kau lagi tadi tu ada kau kesah? Tak kan?!"

Air mataku menitis-nitis jatuh ke pipi. Aku berusaha untuk melonggarkan cengkaman tangan ayah di daguku, tapi tetap tak berjaya.

"Hei, kau dengar sini eh. Kejap lagi ada orang akan datang sini, ambik kau. Kau kena ikut dia, kau kena ikut apa yang dia suruh kau buat. Kalau tak, nahas kau aku kerjakan!"

"Ikut? Ayah... Asha tak nak ikut siapa-siapa. Asha nak duduk sini. Asha nak tunggu ibu."

"Hei, kau dengar jelah cakap aku! Kau tahu tak, kau ni cuma menyusahkan je. Menyusahkan aku, menyusahkan ibu kau. Kau tahu, siang malam ibu kau kerja semata nak bagi kau makan. Kau tahu tak dia tu penat. Kalau kau ikut dia, aku dapat duit, ibu kau pun tak payah susah-susah nak kerja bagi kau makan! Kau tak nak ke ibu kau senang?"

"Tapi Asha takut..."

"Kau nak takut apa? Bukan orang tu makan kau pun!"

"Tak nak, ayah. Asha takut. Asha nak tunggu ibu. Ibu...." panggilku lagi. Satu tamparan mengena pipiku sementara rambutku masih lagi ditarik kuat.

"Kau tak faham bahasa? Ha! Tak faham bahasa?" Pipiku ditampar beberapa kali oleh ayah hingga kepalaku berpinar-pinar.

"Ayah.... sakit..."

"Kalau aku cakap ikut orang tu... ikutlah!"

Sekali lagi pipiku ditampar kuat. Aku dah tak mampu berkata apa-apa. Jauh sekali hendak menjerit atau melawan.

"Mana baju kau? Mari aku salinkan."

"Ayah... tak nak..."

Aku dicampak ke atas katil. Dengan tenaga yang tersisa, cept-cepat aku mengesot ke kepala katil dan memeluk kaki rapat ke dada. Kepalaku masih lagi berpinar. Terasa cecair pekat mengalir di tubir bibir. Darah!

Tiba-tiba ayah menarik bajuku.

"Bukak! Tukar baju ni!"

"Ayah! Tak nak!" Aku menepis tangan ayah dan kembali mengerekot di kepala katil.

"Aku cakap tukar baju. Baju ni cantik sikit. Aku bukan nak buat apa kat kau. Aku nak tukarkan baju kau tu je."

"Tak payah ayah. Biar Asha tukar sendiri."

"Kau tu lambat. Tunggu kau memang sampai esok tak siap."

Tiba-tiba ayah menarik kolar baju t-shirtku dan koyak ke dada. Aku panik lantas menutup bahagian dadaku yang terdedah.

Ayah terdiam seketika. Tapi aku tak berani bertentang mata dengannya. Aku terlalu takut waktu itu.

"Kau ni... dah lama aku perhati kau....."

Tiba-tiba ayah memelukku dan menindihku. Aku terlalu cemas. Aku menjerit-jerit seperti kerasukan saat ayah mula rakus menciumku.

"IBU!!!!! TOLONG!!!!! TOLONG, IBU!!!!" Aku menjerit kuat dan meronta sekuatnya. Ketakutan menyelubungi diriku.

"IBUUU!!!!!!"

Pang!!

"Diamlah! Hei, kalau kau diam-diam, aku tak akan berkasar dengan kau. Faham!!"

Kepalaku berpinar sekali lagi. Aku dah tak sanggup sangat-sangat. Aku tak sanggup.

"Ayah.... lepaskanlah Asha. Asha janji tak bagitahu sesiapa. Lepaskan Asha, ayah..." rayuku sambil menangis-nangis.

"Lepaskan? Kau tahu tak, aku dah lama perhati kau. Kau ni betul-betul ikut ibu kau. Sama-sama cantik. Cuma kau muda lagi. Ibu kau tu dah tua."

"Asha tak nak, ayah. IBUUUUU!!! IBUUUUUU!!!!"

Pangg!!!

"ARGHHH!!!!"

"HEI, DIAMM!!"

"ABANG!" Jerit satu suara lain. Aku terus menoleh.

"IBUUUU!!!"

"JANTAN TAK GUNA! KAU BUAT APA DENGAN ANAK AKU??!!! HA? KAU BUAT APA?!"

Ibu berlari ke arah kami lalu memukul-mukul belakang badan ayah dengan bakul ditangannya. Ayah terus bangun dan berusaha menghentikan ibu dari memukulnya. Aku terus turun dari katil dan mengerekot di tepi lantai sambil menangis-nangis teresak-esak.

"HEI, PEREMPUAN! KAU GILA KE APA? ANAK KAU TU YANG GODA AKU KAU TAHU TAK? ANAK KAU TU YANG GATAL!"

"TAK! AYAH TIPU! IBU....AYAH JAHAT!!!! AYAH JAHAT!!!!" Jeritku sekuat hati.

"KAU MEMANG JANTAN TAK GUNA! KELUAR! AKU MEMANG BODOH SIMPAN KAU KAT RUMAH NI! KELUAR!!"

Pang!!

"HEI KAU DIAMLAH! KAU DENGAN ANAK KAU MEMANG DUA-DUA BISING! KAU KELUAR! URUSAN AKU DENGAN ANAK KAU TAK SETTLE LAGI!" ucap ayah lalu menarik tudung ibu dan mengheret ibu keluar dari bilik.

"LEPASKAN AKU! LEPAS!!"

"KAU NI MEMANG NAK KENA AJAR!!"

Bukk!! Bukk!! Pangg!! Pangg!!

Kedengaran pelbagai bunyi dari luar beserta raungan ibu. Aku menjadi cemas. Aku terus berlari keluar.

"IBU!!!"

Aku terus berlari mendapatkan ibu yang sudah terbaring lemah di lantai. Aku terus merangkul kepala ibu. Ibu kelihatan betul-betul dalam kesakitan. Darah berlumuran di mulut ibu. Begitu juga dari kedua kaki ibu. Aku panik melihat darah yang banyak dari kaki ibu.

"IBU!! DARAH APA NI?"

"AYAH, TOLONG IBU!!!"

Ayah terdiam seketika. Tiba-tiba ayah menarik tangan aku.

"Kau nak aku tolong ibu kau?"

Aku menganggukkan kepala.

"IKUT AKU!"

Tiba-tiba aku diheret ke dalam bilik. Aku menjadi cemas kembali apabila ayah menghempas aku ke katil. Berkali-kali aku menjerit nama ibu. Pandangan mata ibu mengikuti aku ke dalam bilik.

Ayah terus menghempap aku dari atas. Baju tshirtku yang sudah koyak rabak terus ditarik dari tubuh. Aku menjerit dan menangis sekuatnya. Tapi siapa yang akan mendengar jeritan aku? Rumah kami jauh dari penduduk kampung. Tak ada sesiapa yang boleh selamatkan aku dan ibu saat ini.

"Kau diam! Kau nak aku tolong ibu kau, kan? Kalau nak, baik kau diam!"

Aku menutup mata serapat-rapatnya. Kenapa semua ni terjadi kat aku? Apa salah aku? Apa salah ibu? Aku dah terlampau penat. Aku dah terlampau sakit!

"Arghhhhhh!!!!" Satu jeritan kuat. Tiba-tiba ayah rebah ke tubuh aku.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now