CHAPTER 49-SELAMATKAN IBRAHIM

7.2K 466 22
                                    

Aku dan Indra terpaku seketika tatkala aku mengucapkan kata-kata tadi. Wajahnya tampak serius.

"Teruk betul..."

"Apa yang teruk?" Soalku.

"Waktu genting seperti ini pun masih nak berkata begitu," ucapnya dengan wajah serius sambil menyilang tangan ke dada.

Jantungku berdegup kencang. Opss! Aku salah cakap! Conferm dia marah!

"Sorry..." ucapku perlahan. Kepala aku tundukkan ke bawah sambil mengemam bibir.

"Hiks..." tiba-tiba Indra tertawa kecil. Aku terus mengangkat wajah melihatnya tersenyum. Aku jadi blur seketika apabila senyuman Indra semakin melebar. Dia terus memandang tepat ke wajahku sambil tersengih. Aku yang baru faham bahawa dia saja je acah-acah nak kenakan aku, kononnya nak marah aku terus melarikan anak mata daripada bertentang mata dengannya. Tapi dia terus-menerus mencari anak mataku dan melihat ke dalamnya sambil tersengih.

Eeeiiii, dia ni! Saja je kan nak kenakan aku!

"Indra! Awak ni saja je kan?! Jangan nak main-main boleh tak?" Aku terus menegaskan nada suara. Geram diperlakukan sebegitu. Sumpah, aku ingat tadi dia nak marah betul-betul.

"Betul kau sayangkan aku?" Soalnya lagi. Senyumannya makin melebar. Eeiii geram aku tengok dia tersenyum-senyum macam tu. Annoying sangat!

"Mana ada! Jangan nak perasan!"

"Hahahaha...." di tertawa besar. Aku dah tergeleng-geleng kepala melihat dia. Dahi sengaja aku kerutkan sambil memandang garang padanya. Padahal masa tu, wajahku panas bukan main. Macam manalah kata-kata tu boleh keluar dari mulut aku? Aku tak pernah ucapkan kata- kata itu pada sesiapapun sebelum ni. Malu dia bukan main.

"Aku...sayang dia." Sekali lagi aku ucapkan dalam hati. Jantungku berdegup hebat tatkala kata-kata itu bermain di dalam hati. Apatah lagi apabila aku melihat terus-menerus anak matanya. Serasa seluruh darah naik terus ke muka.

Indra tertawa lagi melihat wajah singaku. Mataku pula memandang wajahnya sambil berkerut. Emmm Tuhan sajalah yang tahu hati ini rasa nak meletup dah. Malu, tapi dalam masa yang sama, rasa annoying kat dia ni.

"Baiklah, baiklah. Maaf."

Tanganku terus diambilnya dan digengggam. Sengihan masih lagi di bibirnya. Sempat mataku mengerling lesung pipit yang terbentuk pada pipinya.

"Janganlah muka tu masam sangat. Kata sayang aku. Kita keluar sama, ya? Aku pun takkan benarkan dia apa-apakan kau. Apatah lagi untuk ambil kau dari aku."

"Ambil kau dari aku?" Entah kenapa hatiku berbunga mendengarkannya. Jarang sangatlah nak nampak sisi Indra semacam ini. Selalu annoying dan dingin. Haa, tu betul dia. Tapi yang semacam ni, aku tak pernah jumpa. Senyuman yang hampir terbit dibibir, cepat-cepat aku kemam semula bibir, menelan kembali senyuman itu.

"Tapi kalau awak pertahankan saya, awak mungkin akan mati. Seluruh kampung mungkin akan musnah kalau dia mengamuk."

Indra tersenyum kembali dan lesung pipit di pipi terbentuk lagi. Sekarang ni waktu genting, kan? Kau berapa kali nak senyum, Indra?

"Aku ada cara."

"Cara apa?"

"Kau lihat ni..."

Indra menarik sebilah keris dari pinggangnya.

"Keris apa ni?"

"Keris untuk membunuh petapa tu."

"Betul ke ni? Maksudnya petapa tu takkan kebal dengan keris ni?"

"Aku pun tak tahu. Cuma yang aku tahu, keris ni warisan dari leluhur nenek moyang aku. Dan mereka dapat petunjuk bahawa cuma dengan keris nilah, petapa tu akan mati."

"Tapi... dia betul-betul akan mati, kan? Dan awak akan okay je, kan?" Soalku lagi. Kerisauan masih menebal dalam hatiku. Aku tak mahu dia diapa-apakan gara-gara aku. Aku tak sanggup.

Indra tersenyum tawar.

"Yang penting sekarang, aku cuma nak kau selamat. Selebihnya, biar Tuhan saja yang menentukan."

..............

"Sekarang ni kau tolong ambilkan aku semangkuk air," ucap Indra. Aku terus mengangguk lalu berlari menuju ke bahagian dapur.

Setelah beberapa minit, aku datang bersama semangkuk air kosong dan terus aku berikan padanya. Indra menyambut air itu lalu diletakkan di tepi Ibrahim. Seutas rantai dikeluarkan dari lehernya lalu loket yang bertahtakan batu berwarna merah pada rantai itu dimasukkan ke dalam mangkuk tersebut. Kelihatan air pada mangkuk itu bertukar warna menjadi warna merah yang terang dan bercahaya.

Setelah beberapa ketika loket itu dikeluarkan dari mangkuk itu tetapi warnanya masih kekal menjadi warna merah. Air itu dituang sedikit ke telapak tangan Indra lalu diusapkan pada wajah Ibrahim dan kepalanya. Indra mengambil secarik kain lalu kain itu dicelup ke dalam mangkuk dan dilap pada luka-luka di tubuh Ibrahim. Aku yang berdiri di samping Indra hanya melihat sambil terpegun.

"Aku harap dia pulih."

"Loket apa tu?"

Indra cuma tersenyum mendengar soalanku lalu dia berpaling semula melihat ke Ibrahim. Aku mengerut dahi, tidak faham dengan apa yang dia lakukan.

Tiba-tiba bahagian tubuh Ibrahim yang dilap dengan air berwarna merah tadi mengeluarkan cahaya yang amat terang. Aku berpaling ke kiri menutup mata kerana silau dengan cahaya itu. Apabila cahaya itu semakin pudar, aku membuka mata kembali. Seketika itu juga, mataku membulat. Aku seakan tak percaya.

"Awak..." panggilku pada Indra. Tangan kananku menyentuh lengan Indra. Aku terus melihat Indra.

"Mana.. luka-luka tadi tu?"

Indra tersenyum lalu memakai kembali rantai tersebut.

"Rantai tu... dah pulihkan luka-luka Ibrahim? Macam tu?" Soalku yang masih lagi terkejut dengan keajaiban yang berlaku di hadapan mata.

"Kau tak perlu risaukan apa-apa lagi sekarang ni."

"Tapi... wow. Hebatnya!" Jeritku teruja. Mana taknya, luka-luka di badan Ibrahim boleh hilang macam tu je. Aku dahlah jakun tengok benda-benda macam ni.

"Jadi sekarang ni kita tunggu sajalah sampai dia sedar."

Aku tersenyum lebar. Aku terus melihat ke arah Ibrahim yang masih menutup mata. Seluruh lukanya telah sembuh total, ibarat dia tak pernah terluka walau sedikitpun. Cuma yang tinggal bekas-bekas darah yang telah kering pada kulitnya saja.

"Ibrahim.... Ibrahim...." panggilku berkali-kali sambil menggoyang-goyangkan lengannya.

"Ibrahim..."

"Mungkin dia masih tak sedar lagi. Macam aku malam tadi, lepas berlawan dengan pontianak tu, dekat tengah hari jugak baru aku sedar."

"Awak berlawan dengan pontianak? Lepas tu awak pengsan? Maknanya teruklah awak semalam sampai pengsan ni? So sekarang ni awak macam mana? Okay tak?" Soalku berkali-kali. Indra tersengih sambil menyilang tangan ke dada. Dia melabuhkan punggung ke batu tempat Ibrahim berbaring.

"Macam yang kau lihat sekaranglah. Aku baik-baik saja, kan?"

"Habis tu pontianak tu macam mana?"

"Dia? Sudah..." Indra membuat syarat ibu jari ke bawah dan jemari lain digenggam."Mati."

"Alhamdulillah. Selamat awak tak ada apa-apa. Dan sekarang ni tinggal petapa tu jelah, kan? So sebelum petapa tu balik tiba-tiba, lebih baik kita pergi dari sini."

"Mari."

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now