CHAPTER 38- HAMBA ATAU ISTERI

7.7K 465 67
                                    

POV Asha

Aku terpisat-pisat bangun. Seluruh badanku berasa sakit yang amat. Malah, tubuhku berasa seram sejuk.

Aku cuba untuk menggerakkan badan. Tapi seolah-olah badanku diikat dan aku tak boleh bergerak walau sedikitpun. Kepalaku masih berpinar-pinar. Aku terlalu sukar untuk membuka mata kerana terlalu silau.

Ahhh... Apa yang terjadi dekat aku?

Dengan mata yang masih berat, aku usaha sekali lagi untuk membuka mata. Dan apa yang ada di hadapanku adalah lampu besar yang terlalu kuat cahayanya. Aku berpaling ke kiri dan usaha untuk membuka mata sekali lagi.

"Ib...rahim..."

Nafasku tersangkut di tenggorokan. Aku terkejut bukan kepalang. Ibrahim berada dekat denganku dengan keadaan diikat dan berlumuran darah. Apa yang terjadi dengan Ibrahim?

"Ibrahim..." aku cuba memanggil sekali lagi. Tapi aku berasa terlalu lemah sampai aku tak mampu mengeluarkan suara aku. Aku berusaha bergerak untuk mengesot padanya. Tapi badanku berasa diikat dengan kuat. Aku memandang ke bawah. Rupanya tangan dan kakiku diikat pada besi yang besar.

"Ahhh... Apa yang berlaku ni? Kenapa aku tak ingat..."

"Ibrahimmm..." panggilku lagi. Tapi dia masih lagi begitu. Masih tidak sedarkan diri.

Ke.. Dia dah mati?

Ah, tak mungkin! Tak mungkin!

Aku melihat sekeliling. Yang aku nampak cumalah batu-batu coklat dan terdengar deruan air. Aku seperti berada di suatu gua besar. Cuaca terlalu sejuk tetapi juga menghangatkan. Aku cuba untuk memandang lagi ke atas. Lampu besar itu masih bernyala dan kuat cahayanya.

"Ya Allah... Kenapa aku tak ingat apa-apa ni..."

Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki datang ke arah kami. Aku cepat-cepat menutup mata, berpura-pura masih lagi pengsan.

Debushh!!

"Arghh!!"

Satu baldi air disimbah kepada aku. Aku bangun dalam keadaan terkejut.

"Bangun! Kau tak payah nak berpura-pura pengsan lagi. Bangun!"

Aku ditarik secara kasar dan aku didudukkan. Aku mengaduh kesakitan yang teramat. Seluruh badanku ibarat ditusuk-tusuk dengan pisau. Terlampau sakit!

Seorang lelaki yang mungkin dalam lingkungan 30-40 an duduk mencangkung di hadapanku. Aku melihat pada wajah dan tubuhnya. Dia seorang yang agak tinggi dan bertubuh sasa. Kulitnya kecoklat-coklatan. Tubuhnya yang tidak berbaju itu dipenuhi tatu-tahu yang berbentuk tulisan-tulisan yang aku sendiri tidak tahu bahasa apa. Misai nipis menghiasi atas bibirnya yang sedang tersengih lebar. Aku menggeletar ketakutan tatkala tangan kasar milik lelaki itu menjalar di sisi mukaku. Dia menelek wajahku dan dipalingkannya ke kiri dan ke kanan.

"Jadi kaulah korban untuk aku tu? Huh?" soalnya sambil tersengih senget.

"Si... Siapa kau?" soalku tersekat-sekat. Wajah cuba aku larikan dari tangannya.

"Kau tak kenal aku?"

Aku menggeleng-gelengkan kepala.

"Aku tuan kau. Dan kau adalah hamba aku."

"Ha?"

Sengihannya semakin melebar. Bibirku menggeletar ketakutan. Dengan tangan yang masih terikat ke belakang, aku usaha untuk membuka ikatan itu.

"Kau terlalu cantik untuk aku hirup darah kau. Bukankah lebih baik kalau kau aku jadikan hamba aku? Betul, kan?" tangannya kini mengelus lembut rambutku yang sudah terurai dan sedikit menggerbang.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now