CHAPTER 14- MARAH LAGI

8.7K 557 61
                                    

Aku memerhati Indrawan yang fokus menghayun dayung ke kiri dan ke kanan dari belakang. Sekali pun dia tidak menoleh ke belakang. Hanya pandang ke hadapan.

Betulkah dia sudah berkahwin? Dia tidak pernah bercerita pun tentang isterinya pada aku. Kalau betul dia sudah berkahwin, mana anaknya? Aku memerhati pula pada jarinya, tiada kelihatan pula cincin di jarinya. Jadi, dia belum berkahwinlah, kan?

Tapi ada jugak, kan orang yang sudah berkahwin tidak pakai cincin?

"Awak!" jeritku apabila sampan bergoyang kuat ke kanan kiri. Kedua tanganku terus berpaut ke tepi sampan. Aku menjeling Indra yang sengaja menggoyangkan sampan sebentar tadi. Ingat aku tidak tahu ke yang dia sengaja?

"Baru terdengar suara. Kalau tak dari rumah tadi bisu saja," kata Indra bersahaja. Kepalanya masih ke hadapan. Kan betul, dia memang sengaja.

Aku mendengus perlahan sambil memeluk tubuh. Menyampah betullah dengan lelaki kaki bebel seorang ini. Ikut suka hati dia sahaja kalau hendak berbuat apa-apa.

Malas hendak melayan si kaki bebel itu, aku hanya ralit melihat pemandangan sungai yang kami susuri.

Sungai itu agak besar. Di bahagian tepinya hanya ada hutan tebal. Perjalanan dari menara hijau ke sungai pun agak lama, aku kira-kira adalah dalam 45 minit perjalanan meredah hutan. Dan sekarang, hampir setengah jam juga kami menaiki sampan, tetapi tiada nampak langsung tanda-tanda ada penempatan di sini.

Aku tidak menyangka ada hutan setebal ini dan sungai yang cantik ini di kawasan hutan belakang universitiku. Dan yang menjadi persoalanku, memang Indrawan ni sengaja duduk di tengah-tengah hutan ke? Memang dia sengaja hendak menjauhkan diri dari orang kampung?

Dan aku rasa, kampung yang kami tuju ini lagi jauh dari universitiku. Takkanlah Indrawan tidak tahu di mana terletaknya universitiku tetapi orang kampung itu tahu?

Arus yang membawa sampan kami semakin deras. Pergerakan sampan juga semakin laju. Aku terus memegang tepi sampan dan sedikit panik.

"Kenapa ni?"

"Depan situ ada air terjun sedikit. Tak tinggi mana pun. Kau jangan risau, kita takkan terbalik," jelas Indra dari hadapan. Dia seboleh-boleh mengawal pergerakan sampan agar tidak terlalu laju.

Selepas kami melewati air terjun, kami sampai ke satu kawasan tasik yang luas. Aku terpegun seketika drngan kejernihan air tasik di situ. Sama seperti air sungai tadi, airnya kelihatan jernih tanpa sedikitpun kesan pencemaran. Bayang ikan-ikan di air pun kelihatan riang berenang-renang.

"Cantiknya kawasan ni!" ucapku penuh teruja. Indra hanya diam di hadapan sambil mendayung.

"Awak, kenapa tak cakap dari awal ada tasik cantik kat sini?" kataku lagi. Mataku liar melihat sekeliling dengan wajah teruja.

"Eh, angsa tu tengah makan ikanlah," kataku lalu menunjuk ke  arah angsa putih yang sedang memakan ikan di tepi sebuah pulau. Indra ikut melihat pada arah aku tunjuk itu.

"Tu bukan angsa, lah. Tu bangau!" katanya sedikit meninggi.

"Ohhh, bangau," aku mengangguk-anggukkan kepala sambil menggigit kuku ibu jari. Terasa dungu pula di situ. Dah besar panjang, binatang pun aku tak kenal.

"Awak, boleh mandi-mandi tak kat sini?" soalku lagi.

"Terjun sajalah kalau nak. Tapi kalau lemas aku tak tahu," balasnya bersahaja. Mataku mengecil memandangnya. Orang tanya baik-baik, kan? Tak payah sarkastik sangat, boleh tak? Hatiku bermonolog.

Salah aku juga, hendak bertanya soalan, tapi tanya soalan bodoh. Memang mendapatlah.

"Awak, cantiknya ikan ni!" ucapku apabila terlihat sekawan ikan yang ikut berenang di tepi sampan kami. Ikan-ikan itu kelihatan berlumba-lumba antara satu sama lain. Aku menyentuh permukaan air. Sejuk. Aku tertawa kecil apabila tanganku tersentuh badan ikan yang sedang berenang.

"Err... Yang kita nak pergi ni, kampung isteri awak ke?" soalku teragak-agak. Tanganku masih menyentuh permukaan air, tetapi ekor mataku melihat padanya. Memang lagi tadi aku hendak bertanya, tapi baru sekarang aku dapat kekuatan untuk bertanya soal itu padanya.

"Isteri?" Indra menoleh ke belakang. Dahinya mengerut, tanda dia tidak faham akan soalanku. Aku terus menarik tanganku dan aku letakkan ke atas kaki. Kepala tumit yang merapat ke atas aku genggam kuat.

"Emmm, bilik... Yang kat atas tu... Bilik isteri awak, kan?"

"Jadi kau naik tingkat atas?" soalnya lagi. Kini matanya semakin tajam melihat aku. Aku menelan air liur apabila jantungku semakin kuat berdegup.

"Ermmm..." apa aku nak cakap ini? Kenapalah mulut aku ni suka cakap perkara yang tidak patut aku cakap. Rasa hendak tampar-tampar saja mulut ini sekarang juga.

"Aku dah cakap kan jangan pernah naik tingkat atas," katanya lagi. Nada suara Indra semakin meninggi. Bahuku sedikit terhenjut apabila suaranya meninggi.

"Kau ni memang selalu menyusahkan. Tak pernah dengar cakap. Lepas ini aku tinggal kau saja dengan Pak Ghazal. Biar dia tolong kau cari jalan pulang. Aku penat dah nak menjaga kau," sambungnya lagi lantas menoleh ke hadapan semula dan mula mendayung.

Aku mengigit bawah bibir apabila mendengar kata-katanya itu. Perasaan sebak datang menyelubungi hatiku. Menyusahkan sangatkah aku ini pada dia? Besar sangatkah salahku? Sampai begini sekali dia benci pada aku.

Air mata yang menitik di tubir mata, aku seka dengan hujung jari. Memang selama aku duduk dengan Indra, dia tidak pernah ramah dengan aku, selalu marah-marah. Tapi kali ini, dia betul-betul marah. Sampaikan dia mengeluh menjaga aku.

Sepanjang perjalanan, aku dan Indra hanya berdiam. Aku tidak berani langsung hendak bersuara. Dan Indra, dia lagilah tidak! Kami berdua hanyut dalam dunia kami sahaja.


Hurmmm, garang betullah Indra tu. Sikit-sikit marah, sikit-sikit marah. Kesian kat Asha tu asyik kena marah je🙄🙄🙄


TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now