CHAPTER 42- PENGAKHIRAN BUAT INDRA

7.6K 505 97
                                    

POV Indra

Cahaya malap dari bekas kelip-kelip membantu aku untuk bertarung dengannya dalam kegelapan malam. Tenaga pontianak memang berbeza antara waktu malam dengan waktu siang. Pada waktu malam, dia lebih bertenaga dan kuat!

"Hiyarghhh!!" Aku melompat ke hadapan sambil menghayun hujung keris. Sedikit lagi saja mahu mengena tepi dada si pontianak. Dia sempat melompat ke kanan dan menyakar belakang tubuhku.

"Arghh!!" Aku menjerit kuat tatkala kukunya itu menyiat kulitku. Mengalir cecair merah dari balik kulit yang telah robek.

"Hahahahha. Hihihihi..." si pontianak mengilai-ngilai melihat aku menahan kesakitan yang teramat.

Aku menguatkan diri lalu maju ke hadapan. Tapi belum sempat aku menghayun keris, pontianak itu telah melibas kukunya hingga menyiat lenganku.

"Arghhh!" Sekali lagi aku menjerit kesakitan. Darah menitis-nitis membasahi lengan bajuku. Belum sempat rasa sakit itu hilang, sekali lagi dia merobek perutku dengan kuku panjangnya.

"Arghhhh!"

"Hahahaha. Kau memang lemah. Lagi lemah dari keturunan kau. Ada hati nak bunuh aku? Hi hi hi hi..." ejek si pontianak. Aku masih menyeringai menahan sakit. Nafasku kian sesak menahan rasa sakit di sana-sini. Si pontianak masih ketawa mengejek.

Aku usaha untuk bangun, tapi tubuhku semakin memberat.

"Hahahaha. Masih tak puas lagi? Masih nak berlawan? Kau tahu? Kau sama macam bapak kau. Nak pertahankan isteri konon. Tapi berlawan pun tak tahu. Lelaki bacul! Ada hati nak lawan aku. Hahahahahaha!!!"

Aku menggeletar menahan rasa marah, mataku mencerlung memandang si pontianak. Aku menggenggam tangan kuat sambil menahan dada yang berombak kuat. Tak guna! Dia sengaja memperolok-olokkan ibu bapa aku setelah dia bunuh mereka depan mata aku?!

Aku menarik nafas panjang dan sekali lagi aku melompat tatkala dia masih lagi ketawa.

"Ha!"

Zapp!!

Kerisku merobek kulit pada perutnya. Mujur dia mengelak, kalau tak memang keris ni dah terbenam dalam perutnya!

"Hah, tak usah banyak cakap! Kau tu tak lain hanyalah makhluk terkutuk! Untuk apa kau hambakan diri pada manusia? Untuk apa kau mendewakan dia?!" jerkahku lagi.

Ya, untuk apa jadi hamba pada manusia? Terlalu ramai makhluk ghaib yang berkhidmat dan mendewakan manusia. Kita semua dijadikan Tuhan sebagai makhluk yang merdeka dan hanya layak mengabdikan diri padaNya. Bukan manusia.

Dan manusia pula ramai yang tersalah langkah, mereka mengabdikan diri kepada syaitan. Apabila mereka ada kuasa ghaib, mereka fikir merekalah yang paling berkuasa. Padahal mereka tak tahu, syaitanlah yang menghasut mereka dan memberi mereka kuasa ghaib itu.

"Kau memang nak mati!" si pontianak mula berang. Nafasnya berdengus kasar. Dia langsung terbang hendak menyerangku tapi cepat-cepat aku lompat ke belakang dan bersedia dengan kerisku. Tatkala dia terbang sekali lagi sebelum sempat menjejak ke bumi, aku terlebih dahulu melompat ke atas lalu menghunus hujung keris ke arahnya ingin menembusi dadanya.

"Arghhhh!!!" Si pontianak menjerit lagi lalu jatuh ke bumi.

Aku tersengih senget. Si pontianak mengerekot menahan sakit. Aku terus melulu ke arahnya hendak menikam sekali lagi.

"Sekejap! Sekejap! " si pontianak mengangkat tangan padaku. Langkahku terus terhenti.

"Jangan bunuh aku..." rayu pontianak perlahan. Dia masih memegang dadanya yang kesakitan.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now