CHAPTER 30-SLEEP PARALYSE

8.2K 564 48
                                    

"Ibu, kita nak kemana ni?"

"Ibu nak bawak sayang keluar dari sini."

Tiba-tiba aku terdengar bunyi air yang mengalir deras. Tapi aku masih tak nampak apa-apa di hadapanku melainkan warna hitam.

Semakin lama bunyi air itu semakin kuat. Udara sejuk terasa dari hujung lorong itu. Aku dapat merasakan tanah yang aku pijak itu semakin basah kerana aku tidak memakai kasut. Aku cuma berkaki ayam.

Tiba-tiba satu cahaya seperti kilat menerpa di hadapanku. Aku terus menutup mata dengan tangan kerana silau dengan cahaya itu.

"Sayang, jom ikut ibu," kata ibu sambil menarik tanganku.

"Cahaya apa tu ibu?"

"Jangan takut. Ibu ada dengan Asha. Jom, ikut ibu."

Aku masih menutup mataku. Perlahan-lahan aku cuba melangkah mengikuti ibu.

Tiba-tiba aku merasa tubuhku dipeluk kuat dari belakang. Terlalu kuat hingga aku tak dapat bernafas.

"I... I... Buuu..."

Aku cuba memanggil ibu. Nafasku semakin sesak. Tanganku tergapai-gapai mencari tangan ibu dengan mata tertutup.

Sebelah tangan itu menarik leherku sementara sebelah lagi menarik perutku rapat ke badannya. Sempat aku merasa tangan itu. Tangan yang besar itu berbulu kasar dan terdapat lendir-lendir pada bulunya. Aku berasa jijik apabila lendir pada bulu itu mengena baju dan kulitku.

"I... Buuu..."

Semakin aku usaha memanggil mama ibu semakin tubuhku dipeluk kuat. Aku semakin hilang pernafasan.

Tiba-tiba tubuhku ditarik dari belakang secara cepat. Entah bagaimana aku boleh terawang-awang dan tak mampu meronta-ronta melepaskan diri.

Tiba-tiba aku dapati yang tubuhku berada betul-betul di tepi gaung. Kanan dan kiriku adalah hutan tebal manakala di hadapanku gaung besar dan hitam. Dahla aku tak boleh bernafas, sekarang aku diletak betul-betul di tepi gaung pula.

Seperti telah aku jangka, tangan itu menolak aku masuk ke dalam gaung itu dengan kuat. Aku terus menjerit sekuat hati.

...............

Tatkala aku membuka mata, aku dapati satu makhluk sedang mencangkung di hadapan mataku. Kedua kakinya betul-betul berada di perutku manakala wajahnya didekatkan pada wajahku. Matanya yang tajam dan merah tu merenung tajam anak mataku. Aku semakin tak boleh bernafas kerana takut melihatnya.

Tubuhnya berbulu hitam dan lebat. Ada dua tanduk kecil berwarna kuning di kepalanya. Tubuhnya tidaklah besar mana. Macam budak umur 5 tahun saja. Tapi beratnya tu nauzubillahiminzalik!

Aku tahu yang aku sedang mengalami sleep paralyse. Apa itu sleep paralyse? Alaaa... Kalau orang Melayu kata, kena tindih. Apa yang aku tahu sleep paralyse ni berlaku kerana otak manusia dah sedar tapi badan masih belum sedar lagi. Jadi manusia dah terjaga sedangkan badan masih belum boleh bergerak. Manusia boleh ternampak macam-macam kerana minda manusia dipermainkan oleh ilusi mereka sendiri. Ermmm... Lebih kurabg macam tulah. Dan selama ni aku tak pernah percaya mitos tentang "makhluk halus" menindih badan manusia ketika tidur.

Tapi... Kau rasa bila kau sendiri dah termasuk kat alam mistik ni a.k.a alam bunian ni, kau masih tak nak percaya mitos tu lagi? Kau masih tak nak percaya hantu, jin, bunian?

Ermmm aku sikit lagi nak terkencing sekarang ni bila makhluk tu tersengih senget padaku.

"Allah... Allah... Allah..."

Aku berusaha mengucapkan kalimah itu. Surah fatihah ke, ayatul qursi ke, tiga qul ke, semua hilang dari mindaku. Tiba-tiba aku teringat lagu Kasih-kekasih nyanyian In-Team.

"Sebelum diijabkabulkan,
Syariat tetap membataskan,
Pelajari ilmu rumahtangga,
Agar kita lebih bersedia,
Menuju hari yang bahgia..."

Hurmm.. Sebenarnya aku nak tampar diri sendiri sebab waktu genting ni pun aku boleh teringat entah apa-apa. Tapi badanku memang tak boleh bergerak langsung. Kaku dan kejung.

"Kau janganlah kacau aku. Aku kan tak kacau kau."

Itu sajalah kata-kata keramat yang mampu terlintas dalan hatiku selain kalimah Allah dan lagu nasyid tadi. Tapi 'dia' masih mencangkung di perutku.

Perlahan-lahan aku menggerakkan jari-jemariku. Masih tak boleh. Aku cuba jari kaki pula. Sedikit demi sedikit jari kakiku boleh digerakkan. Kini aku gerakkan hujung jari tangsn pula. Ya, semakin boleh bergerak.

Aku cuba menarik nafas panjang dan dengan sekuat tenaga aku menggerakkan tangan kiri dan menolak makhluk itu ke bawah.

Dan yesss! Makhluk itu tersungkur ke tepi almari sebelum hilang dibawa angin.

Aku terus terduduk dan menarik nafas panjang setelah dapat menolak si makhluk berbulu itu. Tak sangka berjaya. Memang seram makhluk tu. Berbulu-bulu lebat!

Aku mengelap peluh yang terbit di dahi dan mengalir hingga ke pipi. Mungkin saja peluh yang bercampur dengan air mata. Sebab aku terlalu rindukan ibu dan sebab aku takut dengan apa yang aku nampak tadi.

Makhluk tu cuma khayalan aku semata atau dia memang wujud? Kalau ni dunia bunian, jadi yang berbulu tadi tu apa? Kenapa dia hilang seperti tubuhnya dimakan angin? Ghaib tiba-tiba. Ke makhluk tu pun spesies pontianak jugak?

Pontianak satu tu pun satu kampung huru-hara, lagikan pulak ada pontianak lagi satu. Eh, tapi kejap. Pontianak yang biasa tu dia terbang. Dia wujud sama macam orang bunian di kampung ni wujud. Tapi yang tadi dia ghaib betul-betul macam hantu. Apa sebenarnya tadi tu?

Aku menepuk-nepuk wajah beberapa kali bagi memastikan yang aku betul-betul sedar sebelum berpindah duduk di birai katil. Satu jag air masak yang berada di meja aku tuang ke dalam gelas dan aku minum dengan sekali teguk. Sekali lagi aku menuang air dan aku minum lagi dengan sekali teguk. Tangan kanan aku tongkatkan ke dahi.

"Apa aje semua ni..." keluhku dan seketika kemudian aku tersengih sendiri.

"Ibu."

Ya, aku rindu sangat pada ibu. Selalu aku mimpikan ingatan-ingatan silam. Jarang aku mimpi ibu bercakap-cakap dengan aku. Tapi selepas aku dapat bercakap dengan ibu, aku rasa lega sangat-sangat.

Dalam mimpiku, ibu ajak aku keluar dari sini. Dia sendiri tidak mahu anaknya terperangkap dalam dunia ni. Mungkinkah mimpi tadi salah-satu bantuan atau petunjuk untuk aku keluar dari dunia bunian ni? Tapi, aku tak pasti tempat apa yang aku lalu dengan ibu.

Tempat tu macam... lorong gelap dan bertembok batu. Tembok batu itu sejuk dan licin. Memang rasa dingin saja ketika di dalam lorong itu. Dan apabila jauh sikit berjalan, walaupun aku tak nampak apa-apa, tapi aku dengar bunyi air yang mengalir deras.

Aku rasa, aku kena cari tempat tu. Kalau betullah aku jumpa, mungkin aku boleh keluar dari sini.




Hi guysss!!! Amacam? Okay tak cerita ni setakat ni? I hope semua orang berpuas hati dengan apa yang saya coretkan di sini.

Actually saya happy sangat sebab this novel dapat no. 1 in mistery/ thriller. Horaayyyyy🎉🎉🎉🎉

Sebenarnya banyak sangat novel-novel yang best dan mantopp hasil karya author lain di dalam wattpad ni. And bila ada orang sudi baca novel ni, waaaaa saya rasa terharu dan seronok sangatttt-sangat!! Thanks tau youall. Sebab youall, novel ni dapat no. 1 in mystery tu. Haha mungkin orang lain tu tak ada apa-apa. Tapi bagi saya yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan ni, ini merupakan sesuatu yang amat besar bagi saya.

Okla, stop chit chat. See you next chapter okayy! Byeee 🙋🙋🙋🙋

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now