CHAPTER 7-DIKEJAR PONTIANAK

11.5K 543 46
                                    

Aku membuka tudung periuk dan menjenguk ke dalam periuk. Wah, ada ayamlah!

Terus teringat pesan Indrawan sebentar tadi.

"Kalau kau lapar, makan lauk ni. Sup ni boleh kembalikan semula tenaga kau yang hilang," katanya waktu dia sedang memasak. Aku yang sedang berdiri di sebelahnya mengangguk-anggukkan kepala.

Hari ini aku berasa lebih segar dari semalam. Siap boleh bangun dari katil dan mengacau si Indrawan memasak lagi. Siap boleh berdiri seperti tugu di sebelah dia, melihat dia memasak. Luka-lua pun semakin kering dan mengecut. Demamku pun dah semakin kebah berbanding dengan semalam.

Tiba-tiba dahiku ditolak dengan belakang tapak tangannya. Aku terus terdongak ke atas.

"Panas lagi ni..." gumamnya sendiri. Lah... Dia sentuh dahi aku sebab nak rasa panas atau tidak? Hampir terkehel leher aku dibuatnya!

"Ganasnya awak!"

"Nanti aku tambah herba pada ayam ni. Pastikan kau makan nanti. Jangan tak makan pula," pesannya sambil sambung mengacau sup ayam. Indrawan mengambil sudu di tepi dapur dan mencicip sup buatannya lalu mengangguk sendiri sebelum mencapai semangkuk akar kayu yang telah kering dan memasukkannya ke dalan periuk berisi ayam.

Aku menjeling Indrawan yang hanya sibuk membuat kerjanya. Hendak membantu, aku tidak tahu apa yang patut aku bantu.

"Lagi satu, petang nanti jangan lupa panaskan. Takut basi," sambung Indrawan sambil tangannya sibuk memotong daun sup dan dimasukkan ke dalam sup herba ayam yang mendidih. Aroma herba dari sup itu mula memenuhi ruang rumah.

"Panaskan lauk? Saya mana tahu guna dapur kayu ni. Yang awak ni pun peliklah, gunalah dapur biasa. Kan senang," dalihku. Ya, memang pelik Indrawan ni. Sudahlah nama dia macam nama orang-orang dahulu, bahasa... Bahasa melayu dahulu, dan sekarang, pakai dapur kayu pula. Takkanlah sebab duduk dalam hutan sampai tahap dia tidak tahu langsung  kemajuan dunia luar?

"Dapur biasa? Maksud kau?"

"Dapur gas. Awak tinggal 'tik, tik.' Dah hidup api," kataku seraya melakonkan gaya menghidupkan api dapur.

"Ha?" dia menunjukkan wajah pelik. "Ahh.. Apa-apa sajalah. Yang penting petang nanti kau panaskan ayam ini."

"Saya tak tahu," jawabku lagi.

"Pandai-pandai kaulah," katanya tanpa mengendahkan aku yang setia berdiri di sebelahnya. Aku menjelingnya, geram. Dia masih lagi sibuk memasak, sedangkan aku sibuk melihat dia memasak. Ah, terpulang dialah. Nanti kalau aku menjawab lebih-lebih, silap cakap nanti senduk ditangannya tu sampai ke kepala aku.

Kata-kata Indrawan sebentar tadi terngiang-ngiang di telingaku. Dia suruh aku makan kan kalau lapar? Dan sekarang memang aku sudah lapar. Padahal aku baru makan bubur untuk sarapan tadi dua, tiga jam yang lalu.

Terus aku cedok nasi yang berada di periuk sebelah ke dalam pinggan dan aku ambil sup herba ayam yang dimasak oleh Indrawan sebelum dia keluar mencari kayu tadi. Aku mencicip sup herba dengan hujung sudu. Ermm... Sedap! Aku tak pernah merasa sup herba ayam tetapi sumpah, inilah sup paling sedap yang pernah aku rasa! Indrawan memang chef terbaik dari ladang!

Kerusi aku tolak dengan hujung kaki sebelum aku duduk menghadap meja dan sambung kembali makan. Ermm... Memang sedap! Cawan di atas meja aku capai dan aku tuang air kopi ke dalamnya. Terus aku teguk air kopi yang sudah sejuk masuk ke dalam mulut. Terngiang-ngiang lagi kata-katanya saat dia membuat air kopi tadi.

"Kopi ni aku mesin sendiri," kata Indrawan bersahaja seraya mengacau air kopi di dalam jag kaca. Keluar buih-buih hitam berpusing-pusing di dalam jag dan dari buih tadi terbit aroma kopi yang sangat kuat, pekat dan wangi. Aku terus membuat riak terkejut dan teruja.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now