CHAPTER 23-MIMPI

8.5K 490 50
                                    

"Ibu! Ibu!" aku berlari ke arah ibu yang sedang berjual kuih dan nasi lemak di tepi jalan. Muka yang comot dek tangisan dan hingus aku biarkan sahaja. Ibu yang sedang menyusun nasi lemak di atas meja terus melihat ke arah aku. Aku terus berlari dan memeluk pinggangnya.

"Iya, sayang. Lah, kenapa menangis ni?" tanya ibu. Aku terus saja menangis teresak-esak.

"Dah jangan nangis," pujuk ibu lagi seraya memeluk dan menenangkan aku. Belakang tubuhku ditepuk-tepuknya perlahan.

"Ibu... Ibu..." aku merengek berkali-kali. Mukaku tersembam di bahu ibu yang berlapik tudung bawal berwarna kuning cair menyebabkan terbentuk tompok basah di tudung ibu.

"Ya, sayang. Ibu ada ni. Kenapa?"

"Ya Allah..." ibu terus membelek-belek bajuku. "Kenapa kotor sangat ni? Asha main apa?"

"Kawan Asha yang kotorkan baju Asha. Dia orang baling tanah kat baju Asha," jawabku sambil tersengguk-sengguk menangis.

"Kenapa?"

"Dia orang tak bagi Asha main dengan dia orang lagi."

"Kenapa pulak?"

"Sebab Asha sorang je tak de abah. Kawan-kawan semua ada abah," aku kembali menangis di bahu ibu.

"Asha. Lain kali kalau kawan Asha cakap macam tu lagi, cakap kat dia orang yang abah Asha ada je cuma sekarang abah Asha ada kat syurga," kata ibu lantas mengesat air mataku.

"Abah ada kat syurga?"

"Ya."

"Asha pun nak teman abah kat sana jugaklah. Jomlah ibu, kita teman ayah. Kesian abah sorang-sorang kat sana," kataku lagi dengan muka naif. Ibu tertawa kecil.

"Nanti sampai masa kita teman abah ya, sayang. Sekarang ni Asha kena teman ibu dulu, berniaga kat sini. Dah, jangan nangis. Dah tak comel dah anak ibu menangis macam ni," kata ibu lagi sambil mengesat lagi lebihan air mata di pipi.

"Ibuuu..."

"Tak delah, ibu gurau je. Anak ibu ni mestilah comel, cantik. Dah pergi salin baju. Ibu ada bawak baju lebih kat dalam kereta. Lepastu datang sini balik. Teman ibu kat sini, ya sayang. Tak payah main lagi," kata ibu.

.............

"Asha..."

"Ayah!" terkejut aku apabila tiba-tiba ayah tiriku ada di dapur. Bukankah tadi ayah masih tidur? Bila dia sedar ni? Selalunya selagi belum azan zohor, ayah takkan bangun.

Ayah perlahan-lahan mendekatiku saat aku sedang memasak. Aku menggigit bawah bibir menahan rasa takut.

"Ibu mana?"

"Emmm... Ibu kat gerai lagi."

"Belum balik?"

Aku menggeleng-gelengkan kepala dan sambung menumis sayur di dalam kuali. Ayah bergerak dan berdiri tepat-tepat di belakangku, hingga perutnya yang kedepan itu mengena belakangku. Aku yang tidak selesa cepat-cepat bergerak ke sinki, berpura-pura hendak membasuh pinggan-mangkuk.

TERSESAT KE ALAM BUNIANOnde as histórias ganham vida. Descobre agora