CHAPTER 32-MANUSIA ABADI

7.6K 461 14
                                    

"Sebab itulah, ada orang mengatakan yang mati itu lebih baik daripada hidup terkongkong. Selagi si petapa itu hidup, kami satu kampung akan terjerat dalam perjanjian dengan dia. Kau lihat ni," Hawa membuka satu butang bajunya dan mendedahkan kulit dadanya.

"Kau tengok bekas ni."

"Apa ni?"

"Aku antara salah satu mangsanya," jelasnya. Aku menekup mulut seakan tak percaya. Ia adalah tatu yang dicacah dengan tulisan dan simbol yang aku sendiri tak faham. Setelah itu, dia membutangkan kembali bajunya.

"Maksud awak?"

"Aku pernah menjadi hamba nafsunya. Setiap perempuan di kampung ini yang menjadi hambanya akan dicacah di tubuh sebagai tanda bahawa kami adalah kepunyaan dia. Kau rasa, siapa lagi yang mahu kahwin dengan aku selepas ini?"

Aku masih menekup mulut tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Jadi, mereka di sini bukan mengorbankan manusia kerana kehendak mereka. Tapi mereka terpaksa patuh dengan si petapa bangsat tu (astaghfirullahh. Kenapa aku guna perkataan macam ni)

"Saya... Tak sangka sampai tahap macam ni..."

"Percaya kata aku. Kau lebih rela mati berbanding jadi hamba pemuas nafsu dia," katanya lagi tanpa ada sedikitpun riak pada wajahnya. Malah, satu titik air mata pun tak kelihatan.

"Macam mana awak boleh terlepas?"

"Mungkin tuah aku. Kerana itulah, aku sangat sayangkan kampung ini. Perempuan-perempuan di kampung ni. Keturunan kami. Kerana itu kami persembahkam korban, supaya dia tak mengganas pada kampung ini."

"Tapi mesti ada cara kan untuk hapuskan petapa tu? Kalau tak sampai bila kampung ni nak terseksa? Sampai bila kampung ni nak korbankan nyawa manusia? Kita semua akan tersiksa sebab dia."

"Cara apa yang ada? Dia manusia abadi. Dan dia ada kuasa. Siapa yang boleh lawan dia? Kau? Aku? Indra?"

"Saya yakin, dia pun mesti ada kelemahan. Takkanlah dia selamanya kuat."

"Kau tak tahu apa-apa tentang kampung ni. Tapi aku akan cuba selamatkan kau. Kalai kau tak keluar dari sini, aku yakin, lambat-laun kau akan dikorbankan."

"Betul ke... Awak boleh selamatkan saya?"

Hawa tersenyum lagi.

...............

Aku berlari di balik orang- orang kampung yang masih mengemas rumah mereka. Kalau betul kata Hawa, aku kena cepat sampai ke tempat itu sebelum matahari terbenam. Kalau tak, memang tak sempatlah aku!

Tiba-tiba aku ternampak Ibrahim sedang mengemas kawasan kandang kambing yang sudah roboh separuh. Kambing-kambing yang telah mati akibat serangan semalam dikumpulkan di satu tempat dan kayu-kayu yang bersepah dikemas.

Aku kena ajak dia. Menurut yang aku dengar hari itu, dia akan menjadi mangsa korban untuk kali ini. Aku tak boleh selamatkan diri aku sorang-sorang.

Aku terus berlari menuju ke dia.

"Ibrahim."

Ibrahim yang sedang menunduk mengambil kayu terus mendongak melihat aku.

"Asya? Apa kau buat di sini?" soalnya sambil mengelap peluh di leher.

"Awak kena ikut saya. Ada benda yang saya kena bagitahu awak. Sekarang."

"Ke mana?"

Aku memandang sekeliling. Kelihatan beberapa orang kampung turut mengemas kawasan rumah mereka dan kawasan rumah mereka memabg dekat dengan tempat kami berada.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now