CHAPTER 61- BUKAN DUNIA KAU

6.5K 411 19
                                    



Aku melihat biasan diriku di balik cermin. Rambut yang sudah siap aku sanggulkan itu aku kemaskan. Gincu merah di atas meja aku ambil lalu aku oleskan sedikit pada bibir. Setelah itu aku kemamkan bibir supaya gincu tadi sekata.

"Siap!"

Aku terus berdiri dan melihat lagi diriku di dalam cermin. Baju kebaya hijau yang melekap di tubuh aku betulkan. Kalau boleh, aku nak nampak betul-betul cantik hari ni.

Malam tadi aku tak boleh tidur. Aku rindukan Indra sangat-sangat. Seakan masih terasa tubuh hangatnya memeluk dan menenangkan diriku. Bahang dari tubuhnya mengalir lembut dan menghilangkan kedinginan malam dan kedinginan hati. Aku merasa selamat ketika tangannya menepuk-nepuk lembut belakang badanku. Aku merasa selamat ketika bersamanya.

Agaknya, di mana dia? Apakah dia sudah bangun? Tadi masa aku keluar mandi, pintu biliknya masih lagi tertutup rapat. Dan aku tak nampak dia di dalam rumah. Mana dia pergi agaknya?

Dan antara lain yang menjadi tanda tanya padaku dari tadi adalah bunyi bising dari luar rumah. Macam ramai sangat orang yang datang pagi ni. Pagi-pagi buta pulak tu. Aku dengar bunyi tu sejak aku baru bangun tidur. Seolah-olah ada persiapan majlis atau kenduri yang sedang mereka lakukan. Aku terus menjenguk dari dalam bilik. Ibu yang lalu di hadapan bilik sambil membawa setepak sirih dan kemenyan terus aku sapa.

"Ibu, kenapa ramai sangat orang kat luar rumah tu? Ada apa?"

"Kami nak hantar Ibrahim balik ke dunia dia," jawab ibu bersama senyuman kelat. Setelah itu, ibu berlalu meninggalkan aku.

Balik ke dunia dia? Ke alam manusia?

Aku? Aku bagaimana?

Tiba-tiba jantungku berdetak laju.

"Asha," panggil satu suara. Aku terus menoleh ke arah suara itu. Kelihatan Indra sedang berdiri di pintu masuk rumah sambil tersenyum. Walaupun dia tersenyum, tapi wajahnya nampak muram.

"Cantik kau harini. Bagaimana malam tadi! Nyenyak tidur?"

Aku tak boleh tidur sebab terfikirkan kau. Desis hatiku.

Aku mengangguk sambil tersenyum.

"Aku takut kalau kau masih tak sihat sepenuhnya. Aku baru ingat nak jenguk kau dalam bilik."

"Suka betul eh masuk bilik tidur anak dara orang. Tak tahu malu!" usikku.

"Ohhh, tak bolehlah? Habis tu semalam yang kau peluk-peluk aku tu tak apa?" Balasnya lagi sambil memeluk tubuh. Nada suaranya seperti marah tetapi wajahnya seakan cuba menyembunyikan senyuman. Aku terus mencubit lengannya.

"Eeii, jahat!"

Indra mengundur ke belakang seraya tertawa. "Iyalah tu. Jahat-jahat ni jugaklah yang kau suka peluk, kan?"

"Indra!!"

Wajahku dah berbahang kerana malu. Apalagi bila Indra mentertawakanku. Tak tahulah nak sorok muka ni kat mana. Dia terus- menerus merenung dalam anak mataku, membuatkan aku bertambah malu.

"Kau dah siap?" Soal Indra tiba-tiba. Senyumannya hilang dan diganti dengan wajah sayu. Kenapa wajahnya begitu?

"Siap untuk apa?" Soalku kembali.

Soalanku dibiarkan tergantung. Indra merenung lagi anak mataku. Terlihat segaris kesedihan dari matanya. Tangannya diangkat dan mengelus lembut rambutku. Aku cuba untuk mengertikan apa yang berada di fikirannya tapi aku tak boleh.

"Kenapa ni?" Soalku pendek. Indra masih membiarkan soalanku. Dahiku berkerut-kerut, cuba untuk memahami apa yang dia sedang fikirkan.

"Ayuh, ikut aku sebentar," katanya lalu tanganku ditarik.

"Ke mana?"

"Ada hal aku nak bagitahu."

Jangan-jangan...

Aku terus menekup mulut, sukar untuk percaya dengan apa yang terlintas di fikiranku. Air mata terus mencucuk-cucuk dan ingin keluar.

"Saya tak nak!" Aku terus menarik tangan.

"Asha..."

"Saya tak nak ikut awak..." ucapku perlahan sambil menggelengkan kepala. Wajahnya tampak sayu. Melalui ekspresi wajahnya, memang betullah tekaanku. Memang itu yang dia nak lakukan.

Aku terus berlari masuk ke dalam bilik, merebahkan tubuh ke katil. Aku terus memeluk bantal dan menangis sekuat hati. Aku tahu, dia nak hantar aku pulang ke dunia aku! Aku tahu! Tapi kenapa dia tak bincang langsung dengan aku pasal hal ni? Kenapa dia tak beritahu awal-awal?! Bila semua persiapan dah siap, dia terus nak suruh aku balik. Kenapa?!

Terasa tilam terhenyak dan satu tangan menyentuh bahuku.

"Asha..."

"Awak jahat! Awak tipu saya! Awak jahat!"

"Asha. Jangan begini..."

"Awak tipu saya, Indra! Awak kata awak sayang saya, tapi awak pun nak hantar saya balik macam awak hantar Ibrahim, kan? Awak sebenarnya tak sayang saya! Awak tipu saya!" Aku menangis tersedu-sedu. Aku fikir segalanya dah kembali normal dan selamat. Aku fikir aku boleh bersama dengan Indra.

Aku fikir dia betul-betul cintakan aku dan nak hidup dengan aku!

"Kalaulah kau tahu betapa sayangnya aku pada engkau..." lirihnya perlahan. Aku terus bangun dan pegang erat tangannya.

"Kalau awak sayang saya, kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa, Indra?"

"Sebab kau nak balik ke dunia asal kau. Dan aku tak ada hak untuk halang kau dari pergi." Indra tertunduk lemah.

Aku terkedu. Ya, aku yang nak balik. Aku yang bersungguh nak balik sampaikan aku sanggup lari dari kampung ni.

"Tapi tu sebelum saya tahu yang saya cintakan awak," ucapku. Indra mengangkat wajah dan memandangku.

"Awak... saya tak nak balik. Awak tahu kan? Saya tak ada sesiapapun dekat sana. Saya tak ada keluarga atau saudara-mara macam Ibrahim. Tak ada sesiapa yang sayang saya dekat sana macam awak sayang saya," ucapku lagi.

"Kau tak nak balik?"

Aku menggelengkan kepala.

Indra tersenyum manis. Kedua bahuku dipegang dan dielus lembut. Aku tersenyum melihat senyumannya.

"Kau sanggup tinggal di kampung terperuk ni, tinggal di dunia yang bukan dunia kau?"

"Asalkan saya ada awak. Saya nak hidup dengan awak."

Senyuman Indra semakin melebar. Aku kemam bibirku, terasa malu kerana aku yang mengatakan segalanya itu.

"Aku cintakan kau. Cinta kau sangat-sangat."

"Saya pun..."

"Aku nak hidup selamanya dengan kau. Aku pun tak nak kau tinggalkan aku. Sebab aku sayang kau sangat-sangat."

Air mataku menitis mendengar pengakuannya. Terasa sayu hatiku, dan terasa seluruh hidupku penuh.

Aku benar-benar cintakannya.

Tiba-tiba ekspresi wajahnya bertukar. Dia seakan-akan teringatkan sesuatu. Tubuhku ditolak ke belakang dan dia terus bangkit dari katil.

"Tak boleh, Asha! Tak boleh!"

"Indra? Kenapa? Apa yang tak boleh?"

"Kau tak boleh tinggal sini, Asha. Dunia ni tetap bukan dunia kau.." lirih Indra perlahan dan terus keluar dari bilikku. Aku terus bangun dan ingin mengejarnya.

"Indra!"

Indra sudah tiada. Mungkin dia sudah keluar dari rumah. Aku menggenggam erat tepi pintu.  Sebenarnya aku bingung. Tak faham apa yang dia katakan tadi. Kenapa tak boleh? Semuanya dah aman, kan? Kenapa aku tak boleh tinggal di sini?

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now