CHAPTER 33-POHON RAHSIA

7.5K 695 37
                                    

"Ke mana ni?"

Soal Ibrahim dari belakang. Aku memandang sekeliling. Menurut kata Hawa, bila aku berjalan terus hingga ke hujung kampung, aku akan jumpa hutan tebal. Aku kena terusasuk ke hutan tu dan aku akan jumpa satu pokok yang paling besar dari pokok-pokok yang lain. Nah, di kawasan pokok itulah aku akan jumpa jawapan untuk setiap satu persoalan.

"Asha!"

Tanganku ditarik dari belakang secara tiba-tiba.

"Kita nak ke mana ni?"

"Awak nak bukti, kan? Saya tengah nak tunjuk awak buktilah ni. Jom," kataku lagi lalu sambung berjalan.

"Dah lewat petang ni. Sebentar lagi maghrib. Kau tahukan, bahaya kita berjalan malam-malam."

"Kalau kita still lagi kat kampung ni, lagi bahaya."

"Asha..."

"Hutan tu. Kita dah jumpa. Jom!"

Aku menarik tangannya lalu berlari menuju ke hutan.

Tiba-tiba Ibrahim berhenti lantas menarik aku ke arahnya.

"Masuk hutan? Kau betul-betul dah gila! Kalau kita sesat bagaimana?"

"Saya tahu mana nak pergi. Sekarang ni awak cari pokok yang paling besar kat kawasan sini. Tak jauh pun, dekat je. Kat situ semua bukti dan jawapan awak akan awak dapat. Dan lepas tu kalau awak masih tak percaya saya, terpulang kat awak!"

"Tapi kita tak boleh lalu sini. Kau tengok..." Ibrahim menunjukkan kepadaku ke satu arah.

"Kita tak boleh melewati taburan beras pulut kunyit tu. Kampung ni dipagar. Kalau kita keluar dari pagar itu, kita dalam bahaya."

Aku melihat taburan beras itu. Ia ditabur sepanjang kampung dan memisahkan antara kawasan kampung dan kawasan hutan.

"Pagar? Kalau betul kampung ni dipagar, pontianak tu takkan masuk sampai ke tengah kampung."

Ibrahim masih terdiam.

"Terpulang awak. Kalau awak masih nak duduk kat kampung ni dan jadi mangsa korban dalam kampung ni, saya tak boleh nak buat apa. Saya nak balik!" kataku lalu melepaskan tangannya.

Tanpa ragu-ragu, aku terus melangkah melepasi taburan beras pulut kunyit itu dan masuk ke dalam hutan.

Aku yakin, Ibrahim takkan biarkan aku masuk hutan sendiri.

"Asha, tunggu aku!"

"Aku langsung tak percaya kata-kata kau. Aku ikut kau untuk pastikan kau selamat. Dan selepas ini, kalau semua kata-kata kau salah, aku tak nak jumpa kau lagi! Faham!" ugut Ibrahim. Aku cuma tersenyum.

"Jom," ucapku ringkas.

Kami sama-sama mencari pokok yang paling besar. Aku hanya jalan lurus dari hujung kampung sebentar tadi.

"Asha."

"Ya?"

"Pokok itukah?"

Aku turut memandang ke arah pokok yang ditunjukkan oleh Ibrahim itu. Ya, pokok paling besar di antara pokok-pokok yang lain. Kami terus menuju ke arah pokok itu.

"Apa semua ni?"

Kelihatan banyak timbunan tanah yang membukit seakan-akan untuk menimbus sesuatu di sekeliling pokok itu. Dan setiap tanah itu diletakkan sebuah batu sebagai tanda.

Ibrahim meneliti setiap tanah yang membukit itu. Dia menelek batu-batu yang diletakkan sebagai tanda itu.

Aku pula menuju ke arah pokok besar yang menaungi tambusan tanah itu untuk meneliti apa yang ada pada pokok itu. Terdapat banyak ukiran nama-nama pada batang pokok itu.

Pelik, nama siapa yang diukir pada pokok ni?

"Batu ini... Ada nama aku?"

Aku menjongketkan kening, terkejut dengan apa yang dia katakan tadi. Terus aku menuju ke arah Ibrahim.

"Haahlah. Ni nama awak."

Tanpa menunggu lagi, aku terus mengorek tanah yang seakan-akan baru saja ditimbus. Ibrahim turut mengorek tanah itu.

"Ini... Baju aku!"

Ucap Ibrahim lagi.

"Ini baju yang aku pakai sewaktu aku dikejar pontianak dahulu! Kenapa baju aku ditanam di sini?"

"Kalau baju awak ada kat sini, mesti baju saya pun ada ditanam kat sini jugak."

Aku terus mencari kalau ada batu yang turut diukir dengan nama aku. Sedangkan Ibrahim masih mencari barang-barang lain yang mungkin ditanam bersama.

"Kenapa nama saya tak ada?" aku bersuara. Dalam banyak-banyak timbunan tanah di sini, satu pun tak ada nama aku.

"Ibrahim?"

"Ibrahim..."

Ibrahim terdiam memandang sesuatu pada tangannya. Aku menjadi risau melihat keadaannya.

Aku terus berlari mendapatkannya.

"Kenapa ni?"

"Cincin ni...."

Aku melihat cincin yang berada di tangannya dan menunggu dia menghabiskan kata-katanya.

"Aku sudah kahwin, Asha! Aku dah ada anak bini! Tapi kenapa aku lupa semua tu?!"

"Ya, aku dah kahwin. Ni cincin kahwin aku!"

"Kalau kau dah kahwin..."

Ibrahim terus menyarungkan cincin itu di jari manisnya. Tiba-tiba keluar satu cahaya yang sangat terang dari cincin dari itu.

"Arghhhh!!!"

Kami berdua menjerit kuat apabila mata kami kesakitan gara-gara cahaya terang itu. Tiba-tiba kami terdengar satu bunyi yang sangat nyaring dan membingitkan. Kami menjerit lebih kuat.

Aku rasa seakan-akan diriku ditarik oleh sesuatu dan masuk ke dalam satu alam yang berbeza.

Rajin-rajinlah vote. Saya akan update double or triple lagi kalau cukup 1000 vote hihi💖💖💖💖

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now