CHAPTER 45-PINTU KELUAR

6.9K 464 29
                                    

Aku masih duduk di sisi Ibrahim yang masih tak sedarkan diri. Tepi dahinya berkeringat. Aku sentuh lagi dahinya. Masih panas. Langsung tak berubah sejak semalam. Sekali lagi aku ambil tuala yang sudah kering di dahinya lalu aku basahkan dan letak semula di dahinya.

"Oi," tegur Mustafa dari belakang. Aku terus menoleh kepadanya.

"Aku keluar sekejap. Aku nak cari bahan untuk persiapan perkahwinan kita," sambung Mustafa lalu mata sebelah kirinya berkedip. Aku tersentak, terkejut. Dia baru saja mengenyit mata atau matanya masuk habuk. Sekejap! Dia tengah sakit mata ke?

Gila!

Desis hatiku.

"Wehh..." panggilku. Mustafa berpusing kembali.

"Ya, sayang. Kenapa?"

Aku menggulingkan mata ke atas.

"Apa sayang-sayang!"

Mustafa tersengih bila aku menjerit begitu.

"Yalah. Apa kau nak?"

"Emmm... Boleh...kau...cari ubat untuk Ibrahim?" ucapku perlahan langsung mengemam bibir.

"Apa dia sayang? Aku tak dengar?" jawabnya lalu datang menghampiri aku.

"Boleh tak kau carikan ubat untuk Ibrahim?" aku menguatkan suara sedikit.

"Haa? Apa sayang?"

Ohhh... dah tua kerepot, pekak badak pulak tu. Full package betul!

Aku menarik nafas dalam.

"Aku cakap boleh tak kau carikan ubat untuk Ibrahimlah!"

"Hahahahahahah...." Mustafa ketawa terbahak-bahak. Aku menggelengkan kepala. Rasa taajub campur pelik jumpa petapa semacam ni.

"Ohhh, kekasih kau tu?"

"Dia bukan kekasih akulah!" Jeritku lagi. Sekali lagi Mustafa tersengih.

"Hahahah baguslah. Baik. Nanti aku carikan," jawabnya lantas meninggalkan aku yang masih tayang muka annoying.

Aku melepaskan satu keluhan berat. Penatnya bercakap dengan orang macam tu. Aku tak faham apa yang dia rasa kelakar sampai dia gelak macam tu. Ermmm...

"Eh..."

Aku berlari anak mengejarnya dari belakang. Aku kena tahu ke mana dia tuju untuk keluar dari gua ni. Mungkin tu jalan keluar yang selama ni aku tak tahu.

Mustafa menuju ke satu lorong gua yang agak jauh ke dalam. Aku masih terhendap-hendap melihatnya dari belakang. Dia berjalan hingga ke hujung lorong, tapi hujung lorong gua itu hanya tertutup dengan batu berbentuk empat segi. Itu cuma jalan mati.

Mustafa menyentuh permukaan pada batu pada hujung lorong itu. Tiba-tiba batu yang berbentuk empat segi itu berpusing lalu terbuka dan kedengaran air deras yang mengalir. Dia terus keluar melalui batu yang terbuka itu. Aku membulatkan mata seakan tak percaya. Lahh, itu ke jalan keluar dari gua ni?! Puas aku cari keliling gua ni, rupanya batu tu. Aku langsung tak terfikir!

Setelah batu itu tertutup kembali, aku menunggu seketika sebelum menuju ke batu itu. Aku memegang kawasan di mana Mustafa pegang lalu aku tolak tanganku.

"Eh, kenapa tak gerak?"

Aku tolak dengan sebelah tangan pula.

"Yaaahhhh..... Kenapa tak boleh?"

Aku tolak dengan kedua tangan pula dan tolak seluat tenaga. Berkali-kali...

"Yaaahhhhh.... Bukaklahh!!!"

Kali ni aku tolak dengan belakangku pula.

"Wehhh... Bukaklahhh!!!!"

Jeritku sambil menolak batu itu lagi. Tapi batu itu tak bergerak walau sedikitpun.

"Arghhhhh!!!!" Jeritku lagi lalu aku terduduk di batu itu.

Macam mana dia tolak tadi sebenarnya? Kenapa aku buat macam apa dia buat, tapi batu ni tak bergerak langsung?

Aku berfikir lagi. Macam mana sebenarnya dia gerakkan batu ni? Aku bangun semula dan melihat kembali batu yang Mustafa tolak tadi. Permukaan batu itu licin. Tiada apa yang nampak pelik atau berbeza. Semua bahagian permukaannya sama sahaja.

Aku menekan sekali lagi batu itu. Memang tak boleh tolak. Aku cuba untuk menekan bahagian lain pula dengan sekuat tenaga. Masih juga sama. Tiba-tiba aku merasa bahagian tepi batu itu basah. Aku melihat bahagian itu. Ohh, iya. Ini bahagian yang terbuka tadi.

"Air?"

Maksudnya, di sebalik gua ini, terdapat satu kawasan lain. Air? Mungkin air terjun sebab tadi pun aku dengar bunyi sesuatu yang deras.

"Apabila kau sampai ke hutan, cari pokok yang paling besar yang berada di situ. Tak jauh pun, cuma beberapa langkah dari kawasan perkampungan."

"Apa yang ada kat pokok tu?"

"Di situlah semua jawapan yang kau mahukan. Kau akan tahu siapa kau, siapa kami, dan mengapa semua ni berlaku."

"Selepas tu?"

"Sebelum matahari terbenam, kau harus pergi ke sungai yang berdekatan di situ. Sungai itu akan menuju ke sebuah air terjun. Di balik air terjun itulah ada sebuah gua. Kau kena masuk ke dalam gua itu."

"Gua? Apa yang ada kat situ?"

"Di situlah pintu laluan antara dua dunia kita. Kau akan keluar dari dunia ni dengan syarat kau harus melalui gua itu sebelum waktu matahari terbenam."

"Kalau selepas matahari terbenam?"

"Kau cuma akan nampak gua sahaja. Kau takkan jumpa laluan ke dunia kau tu."

"PENIPU!"

Aku menggenggam tangan kuat lalu menumbuk ke permukaan batu itu. Hawa betul-betul nak aku masuk ke gua ni! Dia betul-betul nak aku mati! Apa salah aku kat dia?! Apa salah aku!!

Aku cuba ingat kembali apa yang berlaku sampaikan aku boleh berada di sini. Apa yang berlaku sebelum aku pengsan sebenarnya? Sebab kalau tak silap aku, kami masih berada di hutan dan sedang mencari air terjun ni.

"Think, Asha... Think..."

Aku memejamkan mata. Cuba untuk memutar kembali memori.

Tiba-tiba aku teringat bahawa sebelum aku pengsan, aku merasa sesuatu yang tajam menusuk ke bahu kiriku. Aku terus melihat ke bahu. Terdapat satu luka kecil seolah tercucuk duri panjang. Tapi luka itu langsung tak menyakitkan. Malah, aku tak perasan pun bahawa aku ada luka tu.

Mungkin, benda ni yang buat aku pengsan. Tapi kenapa aku sorang yang kena? Ibrahim pulak hampir separuh mati kena belasah.

Aku tak rasa ni kerja pontianak tu. Kalau pontianak tu, mesti aku sekali kena benda yang sama. Tak lain, memang Mustafa yang bawa aku ke sini!

Aku berusaha untuk menolak bahagian batu yang basah itu dengan sekuat tenaga. Tapi tetap sama. Batu itu langsung tak bergerak. Apatah lagi nak terbuka.

"Apa aku nak buat lagi ni?"

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now