CHAPTER 8- TOLONG AKU INDRAWAN

10.6K 560 45
                                    

Kakiku tersadung batu sebesar penumbuk yang menghalang jalan. Aku terjelopok menyembah ke bumi. Habis satu tubuhku basah terkena lumpur hitam kerana petang tadi ketika aku tidur, hujan lebat turun.

Aku terus memusing badan menghadap ke arah pontianak yang sudah terbang ke hadapanku. Lumpur yang penuh di badan dan tercalit di muka tidak aku endahkan lagi. Di hadapanku ini adalah malapetaka yang lebih besar dari sekadar lumpur. Pontianak itu berhenti betul-betul di hadapanku sambil tersengih lebar menampakkan giginya yang bertaring dan penuh dengan darah merah pekat. Air liurnya jatuh menjejeh ke bumi dari balik taring-taringnya.

"Tolong... Lepaskan aku..." rayuku perlahan. Air mata tidak henti berjujuran.

Satu tubuhku menggeletar bukan main. Itu bukan kali pertama aku berhadapan dengan makhluk ini. Aku tahu apa yang dia mahu. Darahku! Dia mahu sedut darahku!

Tapi pertama kali aku jumpa dia pada waktu tengah malam. Takkanlah siang-siang begini pun dia boleh muncul? Bukankah menurut kata orang, hantu muncul pada waktu malam sahaja? Ishhh... Salah timing hantu ni.

"Darah kau..." jari telunjuknya mencalit darah yang mengalir dilenganku kerana terjatuh tadi. Lantas jari itu dimasukkan ke dalam mulutnya. Dia memejam mata rapat dan menggeleng-gelengkan kepala.

"Sedap! Hehehe..." sambungnya lagi. Aku separuh ternganga. Berbaur perasaan takut dan seram menjadi satu. Nafasku rasa tersekat di kerongkongan.

"Tolong! Tolonggg!!! Tolonggg!!!" jeritku kuat. Si pontianak tertawa melihat aku yang menangis ketakutan.

"Hahahaha. Siapa yang hendak menolong kau di sini? Siapa?! Di sini cuma ada aku dan kau sahaja. Hahahaha..." pontianak itu mengilai lagi.

Kali ini aku gagahi diri untuk bangun dan lari dari situ. Tapi malangnya kakiku ditarik olehnya dan dia tertawa suka apabila aku cuba menggapai akar-akar kayu di tanah.

"Kau nak pergi mana hah?!"

Tiba-tiba pontianak itu naik marah. Wajahnya menyinga, matanya membulat dan nampak jelas taringnya apabila dia membuka mulut. Aku menjerit sakit apabila kakiku dicengkam oleh kuku-kukunya yang tajam dan panjang. Dia terus menarik rambutku kuat hingga aku mendongak ke atas.

"Kau fikir kau boleh lepas?"

Pakk!! Satu tamparan mengena ke pipiku. Aku tercampak semula ke bawah.

"Kau betul-betul buat aku marah! Menyusahkan aku! Mana kau sembunyi? Cakap!"

Aku terdiam seribu bahasa sambil menahan kesakitan. Perlukah aku beritahu yang aku sembunyi di rumah Indrawan? Nanti tidak pasal-pasal, keselamatan Indrawan pula yang menjadi taruhan.

Tiba-tiba ingatanku teringat pada Indrawan. Dia mana dia? Aku benar-benar perlukan dia. Hanya dia yang aku kenal di sini. Aku tiada sesiapa kecuali dia.

Indrawan, tolonglah aku. Tolong...

"Cakap! Mana kau sembunyi selama ni! Cakap!" rambutku ditarik lagi dan tubuhku dicakar-cakar menggunakan kukunya. Aku mengaduh kesakitan setiap kali kukunya menusuk ke dalam kulit tubuhku.

"Aku tak sembunyi kat mana-mana..." kataku perlahan.

"Tipu! Berani kau tipu aku!"

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now