CHAPTER 9- TERIMA KASIH

10.6K 538 22
                                    

Aku masih terkulai layu di dalam pelukannya. Belakang tubuhku disandarkan kepada dadanya yang kekar itu. Aku tak mampu bergerak walau sedikit. Aku terlalu lemah. Indrawan terus membuka lilitan kain pada pinggangnya dan mengoyaknya menjadi beberapa bahagian. Dia cepat-cepat membalut leher dan kepalaku yang berdarah teruk.

"Indra..." aku menoleh ke belakang, melihat wajahnya. Dia berhenti melilit kepalaku dan melihat wajahku.

"Terima kasih..." ucapku lemah.

"Kau diam-diam sahaja. Makin banyak kau bercakap, bergerak, makin banyak darah akan keluar," katanya dingin sambil sambung melilit kain pada luka dikepalaku. Aku tersenyum pahit melihatnya.

🐝🐝🐝🐝

Indrawan berlari laju meredah hutan tebal. Aku yang berada di belakangnya sesekali mengaduh sakit saat dia melompat apabila akar dan kayu-kayu kering menghalang jalannya. Seluruh badanku terlalu sakit dan aku tak mampu untuk berjalan sendiri. Hendak atau tidak, Indrawan terpaksa mendukung aku di belakangnya.

"Beratlah kau ni. Macam bawak gajah!" kata Indrawan selamba. Aku terus menjeling tajam ke arahnya. Satu saat tak menyakitkan hati, memang tak sah! Aku bermonolog dalam hati.

"Hei, cakap baik sikit. Berat saya baru 50kg."

"Aku rasa bawak badak sumbu pun tak seseksa macam bawak kau!"

Tak guna! Tadi samakan aku dengan gajah. Kali ini badak sumbu pula! Ha, habis semua binatang di hutan dia samakan dengan aku.

Tapi kerana aku saat itu terlalu lemah dan tak larat untuk bertikam lidah, aku diamkan sahaja kata-katanya itu. Lagipun, takut juga kalau aku menjawab, tidak pasal-pasal ditinggalnya aku di tengah-tengah hutan ini.

Macam aku pernah beritahu, lelaki ini berbahaya.

"Kau buat apa di situ tadi? Selamat aku terdengar suara kau. Kalau tak, memang selamat dah  kau dalam perut dia," kata Indrawan. Dia berhenti berlari dan mula berjalan.
Nafasnya tercungap-cungap menandakan dia benar-benar letih. Berat sangatkah aku ini sampai dia tercungap macam itu sekali?

"Tadi saya pergi kat halaman menara. Lepastu saya nampak ada seekor burung ni terjatuh masa dia terbang. Saya pun nak selamatkan dialah. Tiba-tiba pontianak tu datang dan kejar saya sampai sini," terangku panjang lebar.

"Kau keluar dari rumah?"

"Erm.. Saya cuma nak tengok kawasan menara. Semalam saya sampai kat rumah awak, saya tak nampak pun apa-apa. Semua gelap. Dah siang baru nampak yang menara awak sebenarnya memang cantik. Lepas tu siap ada landskap anggerik liar lagi. Pandai awak tanam pokok," aku memujinya melambung-lambung. Dengan harapan supaya dia tidak naik marah.

"Kan aku dah pesan jangan keluar rumah. Walau apapun terjadi, jangan keluar dari rumah. Tak kiralah kalau ribut berlaku, gempa bumi atau kiamat sekalipun, duduk diam saja di rumah! Kau masih tak faham lagi?!" tengkingnya kuat. Aku mengetap bibir rapat-rapat, menahan amarah yang meluap-luap. Pandai-pandai dia sahaja menokok-nambah. Bila masanya dia cakap kalau ribut, gempa bumi, ataupun kiamat sekalipun, duduk sahaja di rumah. Bila? Bila? Ada bukti?

"Lepastu..."

Tapp!!!

"Aduhh!!"

"Eh. Sorry, sorry. Tertarik," ujarku lalu membetulkan rambutnya yang sengaja aku tarik dari belakang sebentar tadi. Geram sangat! Mulutnya tak berhenti bercakap macam burung kakak tua. Sebelum dia membebel lagi, baik aku diamkan dia. Sudahlah aku sedang menahan sakit lagi tadi. Selepas itu terpaksa dengar bebelannya pula. Buat panas telinga sahaja!

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now