CHAPTER 50- HUTANG LAMA

7K 507 29
                                    

Indra mengangkat Ibrahim dan meletakkannya di atas bahunya. Aku memperbetulkan kedudukan tangan Ibrahim yang bersilang di belakang Indra.

"Jom."

Kami terus berlari keluar dari ruangan di gua itu. Tapi peliknya ketika kami keluar dari ruangan itu, kami terjumpa satu ruangan besar yang lain yang sebelum ni tak pernah ada pun.

Aku dan Indra berpandangan seketika dan masing-masing menunjukkan wajah hairan.

"Mungkin memang ada ruang ni tapi kita tak perasan..." ucap Indra lalu menuju ke hujung ruang yang lain. Aku yang masih hairan cuma mengikutnya dari belakang.

Sesampai di hujung ruang itu, kami memasuki ruang yang lain pula. Padahal gua ini taklah sebesar mana. Selalunya, selepas keluar dari ruangan tempat Ibrahim itu, akan ada satu lorong ke ruangan lain dan terus akan berjumpa dengan pintu gua. Ini tidak, selepas keluar dan lalu satu lorong, akan masuk ke ruangan lain dan akan lalu ke lorong lain.

Kami cuba berfikiran positif dan terus berlari ke hujung ruangan. Nahh, jumpa lagi ruang lain! Dah kenapa tiba-tiba gua ni jadik besar gedabak?

Kami berlari sekali lagi. Tapi yang aku perasan, semakin kami berlari dari satu ruangan ke ruangan yang lain, ruangan itu menjadi lebih besar berbanding sebelum. Kami terpaksa berlari lebih jauh untuk sampi ke hujung ruang.

"Indra. Kita dah lalu ruangan ni," ucapku sambil menyentuh lengannya. Indra berhenti melangkah dan menoleh.

"Tengok tu," sambungku lagi sambil menunjuk ke arah sebuah tempayan di satu sudut. Aku perasan sejak keluar dari ruangan tempat Ibrahim, tempayan yang sama sahaja ada di sudut itu. Dan di situ cuma hanya ada sebuah tempayan saja.

"Kita dah sesat ni."

"Sesat?"

"Aku rasa petapa tu tahu aku ada di sini. Dia tahu yang kita nak keluar dari sini."

Aku menekup mulut, sukar hendak percaya akan kenyataan itu. Jantungku serta-merta berdetak kencang. Terasa bibirku menggeletar dan hawa dingin terus naik ke muka. Takkanlah dia dah ada kat sini? Padahal dia baru keluar dari sini kot. Takkanlah cepat sangat dia balik?

Tangan Indra menyentuh sebelah tanganku yang sudah dingin. Kedua matanya merenung ke mataku, seakan memberi sedikit ketenangan untukku. Mungkin dia dapat rasakan ketakutan yang aku rasa.

"Jangan takut. Aku ada..." bisiknya perlahan.

Aku merenung kembali kedua matanya itu. Kedua tangannya aku genggam erat. Mengharapkan segala kekuatan yang ada dalam dirinya, aku juga dapat.

Satu demi satu kata-kata si petapa itu muncul di fikiranku. Memproses segala kemungkinan yang akan terjadi. Aku betul-betul takut saat ini. Aku tahu bagaimana kemarahan si petapa itu. Aku tak rasa dia akan lepaskan kami. Kalau sesuatu terjadi pada Indra.. aahhhh!! Semua ni salah aku!

"Kalau apa-apa jadi, tolong pergi..." ucapku perlahan.

"Tak..."

"Saya janji akan hidup sampai bila-bila."

"Asha..."

"Dan kalau awak sayang saya, tolonglah hidup selama yang mungkin."

"Sekejap, apa maksud kau yang kau akan hidup sampai bila-bila?"

Aku terdiam. Kelopak mata aku tutup rapat dan aku menarik nafas panjang sebelum menghembuskannya perlahan-lahan.

"Dia... nak ambil saya..."

"Dia nak korbankan kau?"

Aku menggelengkan kepala.

"Dia nak ambil saya... sebagai isteri dia."

Indra tersentak. Lama dia berdiam diri. Mungkin cuba untuk memahami apa yang aku katakan pada dia.

"Isteri?"

"YA. ISTERI AKU!"

Kami berdua terus menoleh ke arah suara garau itu. Nafasku ibarat tersekat saat melihat sosok Mustafa, si petapa itu yang berdiri betul-betul di hujung ruang. Aku terus memegang erat lengan Indra dan menyorok disisinya.

Sorot mata Mustafa merenung tajam tanganku yang mendakap erat lengan Indra. Wajahnya menyinga dan kedua telapak tangannya digenggam erat. Tiba-tiba datang satu deruan angin kuat menghempas diri kami. Aku terus berlindung di balik tubuh kekar Indra, memeluk dadanya dari hadapan.

"ARGHHHHHHHHH!!!!!" jerit Mustafa kuat. Nafasnya berombak-ombak. Mustafa semakin marah.

Indra segera menurunkan Ibrahim ke bawah dan menyandarnya di tepi dinding gua.

"Jaga dia," ucap Indra. Aku terus menarik tangannya apabila dia cepat-cepat bangun.

"Indra, jangan!" Ucapku perlahan. Indra menoleh ke arahku dan bahuku dipegang.

"Usah risau," ucapnya sambil tersenyum.

"Tolonglahh... jangan. Kalau apa- apa jadi kat awak macam mana?" aku menarik lagi tangannya sambil menggelengkan kepala.

"Takkan apa-apa jadi pada aku. Kau lupakah yang aku ada keris dan rantai hikmat? Takkanlah aku boleh mati begitu saja?"

Aku terus menangis saat itu juga. Tak sanggup rasanya untuk melihat semua ini.

"Lagipun dia ada hutang lama dengan aku. Dia harus bayar harini juga. Dia dah bunuh ibu bapaku depan mata aku..." ucapnya lagi. Matanya memandang tajam ke arah Mustafa yang masih berdiri di hujung.

"Dan dia nak ambil kau. Takkan aku izinkan dia ambil kau," sambungnya lagi sambil tersenyum padaku.

Perlahan-lahan dia menarik tangannya dari genggamanku. Aku semakin teresak-esak menangis. Aku terus menangis dan bersimpuh di sisi Ibrahim.

Dalam hati aku hanya berdoa supaya Indra selamat.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now