CHAPTER 59-BALIK KE KAMPUNG BUNIAN

6.6K 404 10
                                    

Aku menghulurkan tangan kanan kepadanya.

"Kau percaya dengan aku, kan?"

Asha merenung tanganku lama. Sekali lagi dia memandang ke dalam mataku lantas mengangguk perlahan dan tersenyum. Tangan kirinya lantas mencapai tangan kananku.

Kami meninggalkan gua itu dan menuju pulang ke kampung. Aku berada di hadapan, Asha di tengah dan Ibrahim di belakang. Tak pernah sekali Asha melepaskan tanganku dan aku pegang erat-erat jari-jemari Asha sepanjang perjalanan pulang.

Malam itu, perjalanan kami ditemani oleh obor yang dipegang olehku dan juga Ibrahim. Aku tak mahu berlama-lama dalam gua itu. Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku jika kami berlama-lama di situ.  Dan aku ambil keputusan untuk pulang malam ni juga.

Aku sempat melihat ke jasad si petapa semasa hendak mengambil kembali keris itu. Tubuhnya mereput dan membusuk. Bau hanyir dan busuk keluar dari tubuhnya. Wajahnya tampak terlalu tua, memang seperti orang yang sudah berumur ratusan tahun. Yang tinggal hanyalah tulang dan kulitnya yang berkedut seribu itu berwarna gelap seperti terbakar. Walaupun dia sudah mati, aku tetap merasa tak selamat untuk lama-lama di situ.

Aku tahu Ibrahim punya banyak persoalan untuk dia tanyakan pada aku. Tapi dia hanya diam dan mengikut kami pulang. Sesekali kami berhenti seketika kerana letih dan selepas itu kami berjalan lagi. Selamatlah aku memang hafal jalan hutan, kalau tak memang boleh sesat.

Sesampai di kampung, kelihatan seluruh rumah sudah tutup dan suasana sangat sunyi. Memanglah, sekarang sudah tengah malam. Pastu semua orang sudah tidur. Kami terus menuju ke rumah Pak Ghazal.

Dari jauh kelihatan hanya rumah Pak Ghazal yang terang-benderang. Mereka masih belum tidurkah? Apabila sampai di perkarangan rumah Pak Ghazal, kelihatan beberapa orang pemuda duduk beranda rumah bersama dengan Pak Ghazal.

"Assalamualaikum..." ucapku dari bawah.

"Waalaikumussalam. Ya Allah, Indra!"

Pak Ghazal terus menuruni tangga dan mendapatkanku. Aku terus ditarik ke dalam pelukannya.

"Syukurnya kau selamat! Aku betul-betul fikir kau dah mati! Ya Allah, syukurlah kau masih hidup sampai sekarang!" Ucap Pak Ghazal. Terdengar esakan dari suara tua milik Pak Ghazal. Aku menepuk-nepuk belakang tubuhnya perlahan.

"Ya. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku. Dan aku masih hidup sampai sekarang," balasku. Pak Ghazal mula merenggangkan tubuhnya dariku.

"Aku usaha untuk kumpulkan orang kampung, untuk selamatkan kau. Tapi, tiada siapa yang berani untuk pergi ke sana. Hanya mereka ini saja yang berani untuk mencari kau ke sana," ucap Pak Ghazal perlahan. Aku memandang ke arah beberapa orang pemuda yang sedang berdiri di belakang Pak Ghazal. Mereka tersenyum melihatku dan aku membalas senyumannya.

"Aku ingat, malam ni kami hendak ke sana. Sepatutnya dari semalam lagi kami iringi kau ke gua itu."

"Betul tu, Indra. Aku mintak maaf sebab tak datang cari kau awal-awal."

"Betul tu. Aku pun mintak maaf. Kau tak patut berhadapan dengan petapa itu sendiri."

"Tak mengapa. Apa yang penting, semua dah selamat. Pak usah risau. Dan kalian semua pun tak perlu risau," jawabku.

"Kau berjaya bunuh petapa itu? Bagaimana kau bunuh dia?" Soal Pak Ghazal lagi. Aku lantas melihat Asha. Wajahnya tampak berubah dan bibirnya menggeletar.

Aku rasa... dia takut dengan perkataan bunuh.

"Nantilah aku ceritakan semuanya. Sekarang ni, beri kami berehat dahulu," ucapku pada Pak Ghazal. Pak Ghazal terdiam seketika dan selepas itu dia mengangguk dan mengiringi kami naik ke atas.

"Indra?"

"Mak Indang..." aku tersenyum dan menyambut tubuh Mak Indang ke pelukan. Dia menangis-nangis di dadaku.

"Lama benar kau pergi. Sampai aku kau dah mati, Indra."

"Mak Indang usahlah sedih. Aku selamat dan kami semua selamat."

"Asha... Asha tak apa-apa kan, nak?" Soal Mak Indang. Tubuh Asha dirangkulnya. Mereka berdua berpelukan. Terdengar esakan dari keduanya.

"Maafkan Asha. Asha tak patut lari dari kampung. Asha dah buat masalah pada semua orang."

"Asha tak ada salah apa-apa pun, nak. Sebenarnya kami semua yang salah. Kami tak patut berbuat begini kepada kau."

Mak Indang menjarakkan tubuhnya dari Asha. Dia mengelus lembut rambut Asha dan mengelap air matanya.

"Ayuh, nak. Kita masuk dalam dulu. Mesti semua sudah letih," ucap Mak Indang. Asha hanya mengangguk dan menaiki tangga.

Di ruang tamu, aku menceritakan segalanya kepada Pak Ghazal. Asha sudah masuk ke dalam dan ditemani oleh Mak Indang. Ibrahim hanya mendengar ceritaku. Pak Ghazal benar-benar terkejut apabila mendapat tahu bahawa yang membunuh petapa itu bukanlah aku tetapi Asha.

"Benarkah apa yang kau cakapkan ni?"

"Ya, pak. Kelemahan dia bukan sekadar keris itu, tapi kelemahan utamanya adalah manusia. Dari darah manusia dia mendapat kuasa, tapi dari manusia itu jugalah dia bertemu ajalnya. Aku juga terkejut apabila melihat Asha berjaya membunuh dia."

"Tapi kenapa Asha nampak takut?"

"Entahlah. Tapi mungkin ada sesuatu yang berlaku di masa silamnya. Dia kata bersungguh-sungguh bukan dia yang membunuh. Dan dia menangis teruk tadi. Aku harap siapapun antara kita tak bercakap apapun tentang kematian petapa itu di hadapan dia. Aku takut keadaannya bertambah buruk nanti."

"Aku betul-betul rasa bersalah. Aku rasa, kita semua ni betul-betul pengecut!" Luah Pak Ghazal. Dia membuka songkok dikepalanya dan diletakkan di atas meja. Pak Ghazal mengeluh panjang.

"Kita tak seharusnya mengaitkan semuanya ini dengan manusia. Kita dah lama berlaku zalim dengan manusia. Seorang demi seorang kita korbankan untuk petapa itu. Dan akhirnya, manusia juga yang selamatkan kita."

"Jadi memang betullah semua yang Asha katakan itu?" Celah Ibrahim. Wajahnya tampak tegang. Aku tahu, pasti dia marah. Sangat-sangat marah.

Pak Ghazal menyentuh bahu Ibrahim.

"Maafkan kami. Tolong maafkan kami. Kami tahu, kami memang salah. Apa yang kami lakukan kepada kalian memang satu kesalahan yang besar. Apa yang kami buat semata-mata untuk kepentingan kami sendiri," ucap Pak Ghazal perlahan. Ibrahim terus bangun dan berdiri.

"Aku nak keluar dari sini! Aku nak balik ke dunia aku semula. Aku dah ada anak bini! Aku nak jumpa mereka!"

Aku terus berdiri dan menenangkannya.

"Kami akan bawa kau pulang. Kau tak usah risau."

"Ya, kami akan bawa kau pulang. Kau akan jumpa semula sama anak bini kau," ucap Pak Ghazal pula. Ibrahim tersengih sinis.

"Bagaimana caranya? Padahal aku dan Asha sendiri datang dari dua waktu yang berbeza. Kau nak pulangkan kami ke zaman mana satu? Zaman aku atau zaman dia?"

Aku terdiam.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now