CHAPTER 35- SANGGUL PERAK

7.4K 490 29
                                    

"Apabila kau sampai ke hutan, cari pokok yang paling besar yang berada di situ. Tak jauh pun, cuma beberapa langkah dari kawasan perkampungan."

"Apa yang ada kat pokok tu?"

"Di situlah semua jawapan yang kau mahukan. Kau akan tahu siapa kau, siapa kami, dan mengapa semua ni berlaku."

"Selepas tu?"

"Sebelum matahari terbenam, kau harus pergi ke sungai yang berdekatan di situ. Sungai itu akan menuju ke sebuah air terjun. Di balik air terjun itulah ada sebuah gua. Kau kena masuk ke dalam gua itu."

"Gua? Apa yang ada kat situ?"

"Di situlah pintu laluan antara dua dunia kita. Kau akan keluar dari dunia ni dengan syarat kau harus melalui gua itu sebelum waktu matahari terbenam."

"Kalau selepas matahari terbenam?"

"Kau cuma akan nampak gua sahaja. Kau takkan jumpa laluan ke dunia kau tu."

Terngiang-ngiang pesanan Hawa di telingaku. Aku melilau mencari arah yang patut aku ambil. Menurut kata Hawa, sungai tu berdekatan dengan sini. Tapi mana sungai tu? Bunyi air pun tak kedengaran.

"Apa yang patut kita buat sekarang?" soalan Ibrahim memecahkan suasana sunyi dari tadi. Aku terus memandangnya.

"Kita kena cari sungai. Dan sungai tu akan menuju ke air terjun. Dekat air terjun tu ada gua dan kat situlah laluan ke dunia kita."

"Sungai?"

"Ha. Awak mesti tahu. Awak dah lama kat sini."

"Ada... Tapi sungai tu..."

"Kenapa?"

"Betul ke kau ni? Siapa sebenarnya yang bagitahu semua ni pada kau?" berkerut dahi Ibrahim tatkala dia memandang tepat ke mataku.

"Emm... Hawalah. Kan saya ada bagitahu tadi. Kenapa?"

"Dan kau percaya dia?"

"Kenapa tak? Lagipun betulkan apa yang dia cakap tentang pokok ni. Selama ni saya nak keluar dari tempat ni tapi Indra tak habis-habis cakap yang dia tak tahu macam mana nak keluar dari sini. Berhari-hari saya tunggu kat sini, dia cakap nak tunggu orang tu tunjuk jalanlah, nak tunggu orang nilah. Tapi awak tahu tak sebenarnya, semua bunian yang ada kat sini, semuanya tahu jalan keluar masuk ke dunia kita tau."

"Kalau Hawa saja perangkap kita macam mana?"

"Kenapa pulak dia nak perangkap kita?"

"Untuk pengetahuan kau, selama aku duduk di kampung ni dan selama aku kenal Hawa. Iyalah, walaupun aku bukanlah rapat mana. Tapi dia tu macam ada sesuatu yang kau takkan boleh faham tentang dia. Kau tak boleh baca minda dia. Kau takkan tahu niat dia baik atau tak dengan kau," terang Ibrahim. Aku mengerut dahi, tak faham dengan apa yang dia terangkan.

"Awak nak cakap... yang dia tu jahat?"

"Bukan aku mahu kata yang dia tu jahat. Tapi kau tak rasa pelik ke? Kenapa dia tiba-tiba bagitahu kau semua ni?"

Aku memicit-micit kepalaku yang terasa pening dengan soalan Ibrahim. Apa sebenarnya yang dia ni nak sampaikan?

"Dan lagi satu kau tahu tak sungai tu sungai apa? Sungai tu..."

"Kejap. Sebenarnya saya pelik satu benda tentang awak ni tau," sambungku.

"Apa dia?"

"Sebelum ni awak memang tak pernah terfikir nak keluar dari sini ke?"

Ibrahim terdiam.

"Awak sebenarnya tak nak keluar dari sini, kan?"

"Asha..."

"Sebab awak dah jatuh cinta dengan bunian, so awak tak terfikir pun nak keluar dari sini. Betul tak?"

"Sekejap! Ya, memang aku jatuh cinta. Aku dah nak kahwin dah, Asha. Tapi tu soal lain. Soal dia sekarang ni, betul ke yang si Hawa tu tak menipu kau? Kau tak kenal tau dia tu macam mana. Yang aku tahu sekarang ni, semua orang dalam kampung ni, masing-masing ada agenda masing-masing."

Aku mengeluh perlahan. Terasa pening kepala aku nak memikirkan semua ni.

Tadi dia nampak betul-betul ikhlas bagitahu aku semua ni. Cara dia betul-betul nak tolong aku. Takkanlah dia nak menipu aku? Untuk apa? Walaupun sebelum ni dia memang tak suka aku, tapi tak ada alasan kan untuk dia tipu aku ataupun perangkap aku.

"Ya, Bunga tipu aku! Selepas aku kahwin dengan dia, aku pun akan dikorbankan sama macam perempuan yang kita mimpikan tu. Sama macam Indra, orang yang selamatkan kau. Dan tak mustahil, selepas aku dikorbankan, kau pulak yang akan menyusul. Orang yang kita percaya pun kita tak boleh nak percaya, inikan pulak orang lain? Lagi satu, kau tak tanya ke kalau kita keluar dari sini nanti, aku dan kau akan pergi ke zaman mana satu? Zaman kau ke atau zaman aku? Ke zaman akan datang?"

................

POV Indrawan.

"Mana dia pergi ni tak balik-balik lagi?" aku bermonolog seorang diri. Tadi apabila aku balik ke rumah, Asha sudah tiada di dalam biliknya. Apabila aku tanya ke Mak Indang, Mak Indang ingat Asha bersama aku. Padahal awal pagi lagi aku dah keluar dan tinggalkan Asha sendiri di rumah.

Hampir setengah jam aku menunggu Asha sambil bersila di hadapan tangga rumah. Sanggul perak bertahtakan delima merah yang baru aku beli ketika singgah di pasar sewaktu perjalanan balik tadi aku belek-belek kekemasannya. Cantik. Ada corak bunga-bunga. Sesuai sangat Asha pakai sanggul ni sebab rambut dia pun panjang.

Tapi kalau dia tanya kenapa aku belikan untuknya sanggul ni, apa aku nak jawab? Dan bagaimana aku nak beri padanya?

"Tadi masa aku pulang ke rumah, aku ternampak sanggul ni di tepi jalan. Aku rasa orang buanglah kot. Sebabkan aku teringatkan rambut kau yang serabai tu, aku ambillah. Nah! Kau tu anak dara kenalah kemas sikit!" aku mencampak sanggul itu ke hadapan seolah-olah mencampaknya ke arah Asha. Keletak! Kedengaran bunyi sanggul itu mendarat ke lantai papan.

"Macam kasar sangat..." aku menggumam sendiri.

Aku cuba sekali lagi.

"Aku serabutlah tengok rambut kau yang menggerbang tu. Kalau pontianak yang gigit leher kau tu tengok rambut kau macam ni pun dia keliru kaukah atau diakah yang sebenarnya pontianak. Nah! Pakai sanggul ni biar kemas sikit!" sekali lagi aku mencampak sanggul itu ke hadapan.

"Macam kasar jugak. Susahlah macam ni..." aku menggaru-garu kepala yang sebenarnya tak gatal pun. Aku ketawa kecil sendiri. Teringat akan wajahnya yang akan cemberut bila aku berkata begitu.

Haih, tak ubah macam orang gila aku jadinya...

Teringat aku akan Asha. Asha, perempuan berambut ikal dan panjang hingga ke pinggang itu memang suka mengikat tinggi-tinggi rambutnya dan melepaskannya begitu. Hobi waktu singgangnya adalah menggulung-gulung rambut sambil berkhayal. Ada masa rambutnya menjadi kerinting dan bergumpal-gumpal.

Sanggul itu kembali aku lihat dan aku belek. Cantik! Tak sabar aku nak beri padanya.

"Hish! Kat mana dia ni tak balik-balik!"

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now