CHAPTER 41- AKU MAHU MATI!

7.2K 490 47
                                    

POV Asha

Aku mendekati Ibrahim yang masih terbaring di atas sebuah batu besar. Matanya tertutup rapat dan nafasnya berombak tenang. Darah pada luka-lukanya telah aku bersihkan tadi. Cuma dia je yang masih tak bangun-bangun lagi.

Aku rasa sebelum kami tertangkap dan ke gua ni, mungkin Ibrahim bertarung dengan si pontianak. Sampai sekarang aku tak ingat apa-apa. Cuma bezanya dia cedera teruk tapi aku cuma luka sedikit je. Tak seteruk dia. Dengan luka besar di kepalanya, bajunya yang terkoyak teruk dan bahunya yang ada kesan cakaran yang dalam, tak pelik kalau dia tak sedar lagi. Ibrahim memang dalam keadaan parah.

Semua ni salah aku! Kalau bukan aku yang beria ajak dia, semua ni takkan terjadi. Tapi niat aku cuma satu. Aku cuma nak keluar dari sini. Aku nak selamatkan dia dari jadi korban. Aku tak terfikir yang semua ni terjadi sebaliknya pulak.

"Ibrahim..." panggilku perlahan. Tapak tangannya aku genggam. Tiada apa-apa reaksi yang dia berikan.

"Saya mintak maaf. Saya betul-betul mintak maaf.." bisikku lagi. Masih tiada apa-apa reaksi.

"Saya tak tahu nak buat apa. Tolonglah sedar. Saya tak tahu apa yang patut saya buat sekarang."

"Tolonglah..." rayuku lagi. Dahi aku letakkan pada genggaman tangannya. Air mata aku tahan sebaik mungkin.

Kata-kata si petapa tadi bermain-main di telingaku.

"Malam esok, aku akan adakan perkahwinan aku dengan kau. Kau bersiap-siaplah untuk jadi isteri aku. Jangan risau, aku akan pastikan yang kau bahagia hidup dengan aku."

"Saya tak nak kahwin dengan dia, Ibrahim. Tolonglah saya..."

Akhirnya empangan air mataku pecah. Bukan begini hidup yang aku mahukan. Aku taknak hidup dalam gua. Aku tak nak hidup selama-lamanya. Dan yang paling aku tak nak, adalah hidup dengan orang yang aku langsung tak cinta. Orang yang paling zalim pulak tu.

Indra. Kat mana Indra sekarang ni? Dia tengah cari aku atau tak? Mesti sekarang ni dia tengah marah aku sebab aku lari dari rumah. Mesti dia marah sebab aku tak percaya dia.

"Indra... Tolong selamatkan saya..."

Sekali lagi aku menangis. Aku betul-betul tak sanggup nak hadapi hari esok. 

"Apa yang kau buat tu?" tegur satu suara dari belakang. Aku lantas berpaling. Mustafa yang sedang berdiri bersandarkan pada batu gua dengan wajah masam aku kerling sekilas.

"Dia ni kekasih kaukah?"

Aku lantas mengesat air mata dan membetulkan dudukku di sisi Ibrahim.

"Bukan."

"Habis tu, kenapa menangis di tepi dia? Kau sukakan dia?"

Aku menggelengkan kepala.

Mustafa mendekatiku lantas menarik tanganku dari menggenggam tangan Ibrahim.

"Aku tak suka kau pegang tangan lelaki lain. Ingat esok perkahwinan kita. Kau akan jadi isteri aku!"

"Aku tak nak jadi isteri kau!"

"Nak tak nak, kau harus jadi isteri aku!"

"Lepaskan akulah! Aku benci kau! Aku tak hingin pun kahwin dengan kau!" ucapku sambil meronta-ronta melepaskan diri. Pergelangan tanganku terlampau sakit kerana digenggam kuat oleh Mustafa.

"Tak hingin? Kau ingat kau siapa boleh tolak aku?!"

"Lepaslah! Sakit!" semakin kuat cengkaman Mustafa di pergelangan tanganku. Aku semakin meronta-ronta.

"Lepaslah! Aku benci kau! Aku benci!"

"Hei, perempuan. Kau jangan kurang ajar dengan aku! Aku paling pantang perempuan kurang ajar!"

Pakk!!

Satu tamparan mengena ke pipi. Aku jatuh tersungkur di tepi Ibrahim. Kepalaku berpinar dan pandanganku gelap sekejap. Memang peninglah kepala aku ditampar tangan sebesar tangannya tu.

"Ingat! Aku tak suka perempuan kurang ajar dengan aku! Kalau kau nak aku layan kau baik-baik, kau kena ikut semua cakap aku! Faham!" katanya lagi sambil mencengkam daguku. Saat itu air mata telah tumpah sebanyak-banyaknya. Setelah itu wajahku ditolak ke bawah sekuatnya hampir mengena ke lantai batu sebelum dia hendak pergi.

"Mustafa... Mustafa..." panggilku. Aku cepat-cepat mengesot ke arahnya dan memeluk kakinya.

"Tolonglah..."

Mustafa memandangku dengan mata yang mencerlung. Tak nampak sedikit belas pun di matanya.

"Tolonglah...Lepaskan kami."

"Hei!" lenganku dipaut secara kasar dan aku diangkat ke atas. Aku mengaduh kesakitan.

"Lepaskan kau? Haaa? Lepaskan kau?" sekali lagi wajahku dicengkam.

"Tolonglah..."

"Kira untung aku tak korbankan kau tahu tak? Dan kira untung aku tak layan kau macam hamba. Aku tak paksa kau layan nafsu aku. Kau ni memang tak reti bersyukur, kan?"

Pakk!

Sekali lagi aku ditampar. Dan sekali lagi aku jatuh tersungkur. Pandanganku gelap. Aku betul-betul pitam saat itu. Sudah lama aku tak ditampar begitu. Kalau dulu, ya ayah tiriku yang selalu buat begitu padaku.

Dan sekarang, aku harus kahwin dengan lelaki macam ni?

Aku lagi sanggup mati!

"Kalau macam tu... Korbankanlah aku. Ambil darah aku. Aku sanggup..."desisku perlahan sambil mengesat air mata.

"Lantak kaulah! Suka hati kau nak cakap apa! Hei, kau ingat eh. Kau jangan cuba-cuba lari dari sini. Kalau kau lari, siap kau aku kerjakan!" katanya lagi. Setelah itu kepalaku dipegang kuat supaya melihat Ibrahim yang masih terbaring.

"Kau nampak kawan kau yang terbaring tu? Aku tak kan teragak-agak untuk lapah dagingnya lepas tu aku akan paksa kau makan daging dia tu. Sampai habis!" katanya lagi. Setelah itu, kepalaku ditolak ke bawah sekali lagi sebelum dia pergi dari situ.

Aku masih menunduk dan menangis. Tak sanggup rasanya nak hidup seperti ni. Kenapa nasib aku tak pernah berubah. Dari dulu sampai sekarang tetap sama. Nasib aku tetap malang!

Aku mendekati Ibrahim sebelum sambung menangis di sisinya. Tolonglah sedar Ibrahim. Aku tak kuat kalau sorang-sorang macam ni. Aku rasa aku nak mati je!

Aku menangis sepuas hati sambil duduk di sisi Ibrahim yang masih terbaring.

Kalau ikutkan hati, nak je aku lari dari gua ni, lari jauh-jauh. Kalau aku kena tangkap lepastu mati pun aku tak kesah! Wajah Ibrahim aku tenung sedalam-dalamnya. Kalau aku lari, macam mana dengan Ibrahim nanti? Mesti dia pun akan dibunuh jugak. Kalau dia terbunuh, itu ibarat aku yang membunuh dia kerana akulah penyebab dia ada di sini. 

Siapa yang boleh aku mintak tolong sekarang ni?

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now