57. Sentuhan

28 4 0
                                    

-Siang- Pejabat Pengetua-

Daniel berbaring di sofa, kepalanya terasa berat kesan pertemuan dia dengan Hana. berada di alam mimpi dalam keadaan sedar sangat menggunakan stamina. Sakit-sakit di seluruh badan tapi tidak membebankan seperti kali pertama dia berjumpa dengan Hana.

Rupa paras Hana yang persis Damia dan Okka menyakinkan Daniel bahawa mereka memang sekeluarga. Tapi itu tidak cukup untuk menyakinkan dia untuk mempercayai Hana seratus-peratus. Sedangkan Okka, kembar Hana, lagi mengkhianati Royalize. Dia marah tapi dia lebih marah kerana dia memahami tindakan Okka. Walapun berat untuk dia mengakui, jika dia berada di tempat Okka, dia mungkin mengikut jejak yang sama.

Hana tersenyum. "Okka sayangkan Damia. tetapi kalau dia perlu  memilih antara saya dan Damia, awak juga tahu akan jawapannya." Hana  menarik tangannya. "Tapi jangan bimbang. Sebab ini lah saya berada di  sini. Tolong saya untuk berikan dia pilihan ketiga."

Ya, Hana juga tahu akannya dan Daniel tahu apa yang dimaksudkan Hana dengan pilihan ketiga. Tetapi  dia tiada cara, sedangkan untuk menyelamatkan Damia pun dia masih  memerah otaknya, inikan pula untuk untuk menjayakan pilihan ketiga. Dia juga tidak pasti berapa dalam kebergantungan Noblesse terhadap Darkline.

Mereka tidak dapat berbincang lebih lanjut. Semakin lama Hana bersamanya di sana. Kompleksi wajah Hana semakin pucat dan begitu juga kesedarannya.

"Apa yang bermain difikiran senior?" soal Justin, dia menyertai  Daniel di ruangan itu. Memilih untuk duduk di sofa bertentangan, agar  mudah dia melihat riak wajah mahupun reaksi Daniel.

"Hana" jawab Daniel sepatah.

Justin mengangkat keningnya. Nama baru, adakah seseorang yang dia kenali? "Siapa Hana?"

Daniel tidak menjawab. Bahkan soalan itu hanya lintas di pendengarannya tanpa diproses ertinya. Terlalu banyak perkara bermain di mindanya buat masa ini. Dia kemudiannya duduk dan menghempas badannya pada bahagian sandar sofa. Mata biru langitnya memandang Justin.

"Kau boleh nampak benang emas?"

Justin merenung Daniel seketika, dari mana lelaki itu mengetahuinya? Sedangkan dia baru-baru ini mengetahuinya perihal itu. Dia mengangguk, "Ya".

Daniel mengeluh, pandangan dialih keluar jendela. Langit kelihatan cerah. Benang-benang kuasa, dia ada mendengarnya sekali dua tetapi dia tidak memahami sifatnya.

"Aku tak nampak" mendatar suara Daniel. Hana mengatakan ada rantai  emas yang mengikat dia dan Puterinya tapi dia tidak nampak apa yang  dikatakan. Adakah rantai itu rantai yang mengikat rohnya yang terpisah? adakah sama dengan benang-benang kuasa?

"Sebab kamu bukan Goldsilv, Daniel" Gilliard memberi jawapan. Dia berada di situ kerana mereka  perlu berkumpul bagi membincangkan hasil daripada pencarian masing  dalam menyelamatkan Damia. "Hanya Goldsilv yang mampu."

Daniel mengeluh. Dia perlu melihatnya untuk memahaminya.

"Tapi tak bermakna kamu tidak boleh melihat benang itu terus. Kamu hanya perlu meminta Justin untuk menunjukkan kepada kamu."

"Apa maksudnya?"

"Kamu tahu ikatan antara darah emas dan perak, ia satu hubungan yang  erat yang membuatkan kamu sanggup lakukan apa pun untuk pelihara  hubungan itu bukan?" Soal Gilliard sekadar untuk membuka minda  keturunannya itu. "Bahkan bagi goldsilv, hubungan itu lebih mendalam.  Cukup mendalam sehingga mampu berkongsi kelebihannya.Bukan sesuatu yang  tetap, namun mencukupi walau untuk seketika"

"Justin!"

Justin menjungkit bahunya, bagaimana dia memberi kalau dia tidak tahu caranya.

Gilliard menarik senyuman segaris. Lega melihat Daniel lebih bersemangat setelah sekian lama kelihatan sugul dan muram. Gilliard meminta Justin untuk duduk bersebelahan Daniel.

"Sebab kamu belum biasa melihat benang-benang kuasa. Kamu belum mampu mengawalnya dengan stabil" Gilliard menerangkan tindakannnya. "Baik, sekarang pegang tangan"

"No!" pantas kedua-duanya membantah.

Bagi Justin, Daniel adalah seorang yang... dia tidak mahu sentuh walaupun apa pun terjadi.

Daniel pula berpendapat obsesi Justin kepada Damia menjijikkannya untuk menyentuh lelaki itu. Bahkan toleransinya pada Justin kerana Puteri perlukan dia dan Justin antara yang mampu menjaga Puterinya.

Gilliard menarik nafas panjang. "Ini perlu, Justin belum biasa melihat benang kuasa. Apatah lagi memandu kamu untuk melihatnya. Kalau kesilapan berlaku, kamu boleh buta. Mata kamu tidak dapat menahan beban kuasa. Kalau masih tak nak, tak apa. Justin cuma perlu berlatih. tapi ia akan memakan masa"

Daniel menarik muncungnya. Jengkel apabila menyedari dia tidak mempunyai ruang untuk memilih. "Kenapa perlu bersentuh?"

"Ia macam segerakkan pengaliran kuasa Daniel dan Justin. Kalau Daniel terbeban, tubuh Justin secara automatik akan sedar dan mengurangkan bebannya tanpa Justin sendiri menyedarinya. Seperti yang sekian maklum, kita adalah keturunan yang menjaga antara satu sama lain" Panjang lebar jawapan Gilliard.

Justin membuka tapak tangannya, memberi pilihan untuk Daniel. Sifat kekeluargaan Goldsilv sudah sekian lama dia ketahui, dan itu adalah sesuatu yang menjengkelkannya satu ketika dahulu semasa dia masih bergelar William.

Daniel meletakkan tangannya dalam tangan Justin. Dia melontar pandangannya ke tepi, bengang pula dia tengok Justin yang sekarang.

"Argh!" Daniel menyentap tangannya dari pegangan Justin dan menutup matanya. Matanya terasa pedih yang teramat. Badannya bergoyang ke depan dan belakang cuma menahan kesakitannya. Banyak sumpah-seranah dihamburnya.

Benang-benang yang kelihatan di mata Justin seraya terputus di saat Daniel menjerit kesakitan. Dia termangu.

"Ini kenapa kamu berdua perlu bersentuhan. Supaya Justin boleh menarik kuasa yang dipinjamkan dengan serta-merta" ujar Gilliard. "Setiap saat itu penting."

Gilliard beralih kepada Justin. "Justin, kalau boleh fokus pada satu jenis benang kuasa. Terlalu banyak benang yang dilihat boleh menjadi beban buat Daniel."

Daniel menarik nafas dalam mendengar kata-kata Gilliard, terasa kemarahannya memuncak. Gilliard boleh sahaja memberitahu perihal itu sebelum Justin melakukannya. Dia menjeling marah Gilliard dengan matanya yang merah.

Gilliard mengangkat sebelah keningnya. Dia faham maksud pandangan itu tapi dia tahu itu satu tindakan yang perlu. "Awak perlu tahu kesannya jika tidak ikut langkah-langkah keselamatan yang saya sarankan"

Daniel dan kedegilannya bukan sesuatu yang boleh dibawa berbincang. Kalau tidak dibuat begitu, Daniel mungkin cacat sebelum sempat Damia diselamatkan.

"Cuba sekali lagi" pinta Gilliard. Dia perlu memantau jika mahu membiarkan daniel dan Justin melakukan perkara itu dibelakangnya.

Justin menarik tangan Daniel. Dia juga jelas dengan kedegilan Daniel tetapi lelaki itu bukan seseorang yang membuat keputusan tanpa rasional. Kedegilannya sentiasa bertempat.

Daniel sekadar membiarkan, sebelah tangannya masih menekup sebelah matanya.

Justin membuka pandangannya. Dia melihat benang-benang merah pucat yang mengisi bilik itu.

Daniel kagum seketika sebelum dia menarik tangannya lagi. sekali lagi matanya rasa dicucuk-cucuk sesuatu. Tidak sepedih tadi tapi matanya sudah sedia sakit jadi tidak.

"Untuk Daniel melihat dengan lebih baik. Justin perlu biasakan diri dengan benang-benang kuasa" ujar Gilliard. Dia tahu Justin sudah memahami secara konsep apa yang perlu dilakukannya. "Kalau boleh sentuh dan mengalihkan satu, dua benang itu lagi baik."

Justin tersenyum sumbing. Ini semua atasnya. Dia tidak tahu kenapa Daniel mahukan melihat benang emas, tetapi dia akan jayakan jua kehendak Daniel. Sebab dia dan Daniel serupa. Semuanya demi Damia.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now