14.Biar saya uruskan...

520 29 0
                                    

-Tasik Kecil Featherave-

Damia terpegun, perjalanan yang memakan masa hampir sejam benar-benar terbalas. Selain tasik berdekatan dengan bangunan akademi, rupanya ada satu lagi tasik yang lebih kecil.

Justin membantu Damia mendaki batu yang paling besar sebelum duduk menghadap tasik. Damia terlalu terpegun sehingga dia terlambat sedar bahawa dia diperhati Justin dari tadi. Apabila dia menangkap Justin memandangnya, Justin pantas sahaja melihat ke tengah tasik.

"Just tengok apa?" soal Damia, dia tahu soalannya akan membuat Justin malu.

Wajah Justin merona merah. Dia segera menunjukkan jam tangannya. "Tengok jam, berapa saat lagi nak tengah malam."

"Ada apa dengan tengah malam?"

Justin meletakkan jari telunjuk dibibirnya, meminta Damia untuk berdiam diri sebelum jarinya menunjuk ke arah tasik.

Tiba-tiba ribuan mungkin juta serangga bercahaya berterbangan di atas permukaaan tasik. pergerakannya umpama tarian yang mempersonakan, tambahan pula, cahayanya yang berwarna warni membuatkannya seperti bintang-bintang di langit yang berkelipan. bunyi dengungan seolah-olah nyanyian yang menidurkan dek terlalu mendamaikan.

Damia terpukau, tangannya menutup mulutnya kerana terlalu terpikat. Matanya langsung tidak dapat dialihkan, terpaku untuk terus memerhati.

"Itulah midnight fireflies. Cuma muncul tepat-tepat tengah malam setiap sehari sebelum bulan mengambang." ujar Justin.

Damia memeluk Justin. Justin kaku. Sesungguh itu antara hadiah istimewa yang pernah dia dapat. "Terima kasih Just"

"Er...sama-sama"

Bulu roma Justin meremang. Justin dapati ada keanehan, midnight fireflies sudah berterbangan pergi. terlalu awal. Dia segera meletakan Damia dia belakangnya. Damia terpinga-pinga. Justin memerhati sekeliling. hutan yang gelap tidak membataskan penglihatannya dan derianya.

Dia boleh dengar jejak halus yang seolah-olah menunggu masa menyerang mereka.

Sebelum sempat dia menghasilkan apa-apa sumpahan. Seekor makhluk yang besar dan berbulu, mungkin serigala, menyerang mereka. Dia segera menghasilkan pentagram penghalang. Damia di belakangnya benar ketakutan, dia dapat rasakan tangannya Damia yang memegang belakang badannya mengigil.

Sebelah tangannya lagi menghasil pentagram. Pentagram itu membalut tongkatnya, tongkatnya berubah bentuk menjadi sebilah pedang.

"Damia jangan pergi mana-mana. tunggu sini" Damia mengangguk, tidak lagi mampu bersuara.

Justin menguatkan pentagram penghalangnya mengakibatkan serigala itu terpelanting beberapa kaki ke belakang. tidak menunggu binatang itu bangun, Justin melakukan serangan dengan pedangnya. tetapi serigala itu bangun, tidak menyerangnya tetapi menghala ke arah Damia.

Terasa darah di dalam tubuhnya mengalir pantas. dia dikuasai kemarahan, tidak akan ada sesuatu pun yang boleh mencederakan Damia selagi dia masih ada. Dengan kelajuan yang jauh daripada kebiasaan. Dia melompat kebelakang serigala dan menghunus pedangnya tepat-tepat pada jantung serigala. Tidak berpuas, dia menikam serigala itu berulang kali.

Damia menyentuh Justin dengan jari-jemarinya yang menggigil. Justin tersedar. dia segera meletakkan damia dalam pelukkannya. dia mengusap rambut Damia.

"Jangan takut, Just ada." bisiknya cuba memujuk. damia mengangguk.

Setelah pasti Damia dah berasa selamat. Justin memeriksa serigala itu. dia tahu serigala itu bukan daripada spesies biasa. Ini bloodywolf, serigala yang berbahaya. Dia bertuan, sebab itu dia cuma menyerang orang yang terperinci.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now