13. Aku takkan lupa...

513 26 0
                                    

Sconne menggigit epal yang diperolehinya daripada dapur besar akademi sambil berbaring diatas katil salah seorang saudara kembar Cornerludge yang juga merangkap sahabat karibnya.

"Aku balik ingatkan nak berehat tetapi ada pelajar redane yang tersesat tengah bersantai atas katil aku" ujar Marvin sarkastik sebaik sahaja menjejak masuk ke bilik mereka. Marviel cuma ketawa dan begitu jua Sconne yang selamba buat muka tidak bersalah.

"Aku tidak ada masalah selagi dia pilih katil kau," balas Marviel yang mengundang tamparan Marvin di belakang badannya. Dia mengadu sakit sebelum rebah di samping Sconne sengaja menambahkan geram saudaranya.

Marvin menghalau kedua-duanya dengan agak kasar iaitu dengan mengunakan sihir terapung sebelum menghempaskan mereka ke atas lantai."Sconne, kau memang tunggu aku lapor dekat Snivel bahawa kau selalu pecah masuk asrama orang lain."

Sconne berubah riak gerun. ya, memang Snivel amat ditakuti walaupun sekadar menyebut namanya cukup membuat meremang bulu roma."Kau jangan Vin, aku tak nak." dia pantas mengemas semula katil Marvin. Marvin sekadar tersenyum puas.

"Kau kenapa datang lewat-lewat malam ni? tak de perempuan nak layan kau ke?" soal Marviel cukup jelas dengan perangai kasanova Sconne.

"Bukan takde perempuan, ramai sangat. Tapi bosanlah kalau asyik nak berkepit je, tak ada aktiviti yang mencabar langsung" rungutnya.

"Mungkin kita perlu buat sesuatu yang menghiburkan."

Marviel melompat ke arah Marvin, bahkan Sconne berganjak kebelakang angkara terkejut dengan cadangan tiba-tiba dari seseorang bukan dari kalangan mereja

"Sejak bila kau ada dekat sini?" Soal Marvin.

Daniel tersenyum sebelum menarik kerusi untuk duduk menghadap mereka.

"Sejak Marvin apungkan korang. nasib baik aku tak terlepas peluang menyaksikan kejadian tadi" Sconne dan Marviel mengerang malu. Marvin pula dengan ketawa jahatnya. "Apa pun, nak buat sesuatu yang menghiburkan?"

"seperti?" Sconne meminta cadangan.

"kenakan Snivel" cadang Marviel.

Sconne mengerang, raut wajahnya jelas menolak idea tersebut. "Lepas tu kita kena kaw-kaw dari Snivel, tak nak aku," pintas Sconne cepat. "Snivel tu nama je hybrid manusia, tak ada kemanusiaan langsung."

"Aku tak kisah selagi kita kenakan orang, sekurang-kurangnya ada juga orang untuk diketawakan," tambah Marvin. Siapa bukanlah perkara yang penting baginya kerana bahagian yang menyeronokkan adalah pelaksanaan dan hasil.

"Kalau begitu aku teringin nak kenakan cik Asza" Sconne masih ingat bagaimana cik Asza melempar dia dengan meja lipat. sebabnya? biarlah dia pendam sendiri.

Mereka saling memandang sebelum tersenyum penuh makna.

+-+-+-+-+-+-+-+-

Buku-buku berterbangan tak tentu arah begitu juga hantu-hantu yang marah, terkejut, bingung mengapa mereka boleh terkurung di dalam perpustakaan. perpustakaan yang sepatutnya sunyi menjadi begitu meriah, dengan jeritan sir Baron yang kemarahan, pelajar yang mengelak dari serangan casper yang merasakan ia menghiburkan, bahkan ada juga buku yang disihir. Cik Asza dan pembantu perpustakaan berlari ke sana ke sini, menangkap semula buku sekaligus cuba menamatkan kekacauan.

Sconne dan kembar Cornerlugde ketawa terbahak-bahak. bukan senang hendak menghasilkan perangkap agung untuk bahan ketawa sepanjang tahun. Daniel telah menggunakan kepakarannya mengumpan semua hantu-hantu di Featherave untuk berhimpun di perpustakaan besar Featherave. Itu merupakan tugas yang sukar, nak pastikan semua termakan umpan tanpa diketahui dan cuma Daniel sahaja yang pakar tentangnya. Bagaimana dia melakukannya, tiada antara mereka yang tahu.

Sconne pula bertugas untuk menyihir sebahagian besar buku-buku diperpustakaan untuk menyerang sesiapa sahaja (kecuali mereka). saudara kembar pula bertanggungjawab menyihirkan dinding, lantai serta siling untuk memerangkap hantu-hantu daripada terlepas keluar.

Kerjasama mereka memang menghasilkan hasil yang lumayan. Namun sering disalahgunakan.

"Aku takkan lupa perkara ni," ujar Sconne puas berjaya mengenakan Cik Asza yang membalingnya dengan buku angkara dia memikat pelajar perempuan dalam perpustakaan. Tapi salah dia juga. Eh, tak! salah Daniel yang mengheret dia ke perpustakaan. Kalau ikutkan personalitinya, dia takkan jejak perpustakaan atas kemahuannya sendiri.

"kita patut rakam" ujar Sconne masih kagum dengan usaha mereka.

"Daniel mana ya?" soal Marvin menyedari Daniel masih jua tak muncul setelah melaksanakan bahagiannya.

"Aku di sini," sekali lagi mereka terkejut dengan kehadirannya yang tiba-tiba.

"Cuba beri petanda sikit kemunculan kau ni. Lama-lama boleh mati terkejut aku," Sconne mengerut melihat lengan Daniel berbalut. bahu sebelahnya memikul beg yang kelihatan sangat berat. hidungnya menangkap bau herba yang cukup dia ketahui. "Ni bau herba Bacussia Serein. Kau luka teruk ke? macam mana kau boleh luka ni?"

Herba Bacussia serein sejenis herba untuk mengubat luka parah kebiasaannya. Ia memang mujarab dan selalunya ubat yang mujarab selalunya pedih. dan Sconne cukup tahu betapa pedihnya sebab mereka daripada keluarga penyembuh.

Daniel mengeleng,"Aku cuma nak cepat sembuh, bimbang kalau adik aku ternampak."

Sahabat-sahabatnya masih tidak berpuas hati dengan jawapannya, namun tidak bertanya lanjut. daniel cuma akan jawab apa yang perlu dikongsikan.

"Dahlah, cukup buat muka troll. baik kita selesaikan jejak jenayah ni."

"Kau balik berehat, biar kami yang buat"

"aku boleh buatlah, bukannya parah pun" Ujar Daniel. Lukanya akan cepat sembuh selepas disapu herba tersebut, lebih-lebih lagi dengan kelebihan darahnya.

"Balik je, kita jumpa dekat asrama ya?" Marviel menolak Daniel kepintu keluar. Akhirnya Daniel mengalah."Terima kasih ya kawan"

Mereka mengangguk sebelum turut serta membantu cik Asza. Bukannya sukar mengembalikan kepada asal. sebab mereka yang hasilkan, dan mereka terlalu cerdik untuk disyaki jika berjaya menyelesaikan dalam masa yang sebentar.

+-+-+-+-+-+-+-+-+-

Kegelapan malam diterangi bulan, tetapi hutan featherave tetap gelap kerana cahanya dilindungi pohon-pohon yang tumbuh tinggi. Damia mengikut justin dari belakang. Tangannya dipegang erat agar dia tidak tersesat dalam hutan gelap featherave. bingung juga damia, tidak tahu ke mana justin mahu membawanya pergi, tetapi dia gembira. sekurang-kurangnya justin semakin suka menemaninya.

"Just nak bawa Damia pergi mana?"

Justin berhenti sebelum berpaling melihat Damia."Damia ikut Just, nanti Damia tahu." katanya sebelum meneruskan perjalanan. Kemanalah agaknya?

ROYALIZEWhere stories live. Discover now