45. Dela

79 4 1
                                    

Malam bertemu malam, Justin gelisah menunggu sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Dia tahu pengembaraan bersama Daniel kali ini mengenai dirinya. Dia sendiri tahu memiliki darah vampire tulen adalah sesuatu yang jarang berlaku. Malam itu kali pertama dia bertemu dengan vampire tulen yang lain.

Aromanya berbeza, dia yang berdarah tulen tahu perbezaan vampire sepertinya daripada yang lain. Seperti dia yang menyedari keistimewaan darah Daniel pada kali pertama mereka bertemu. Pertemuan itu juga yang menerbitkan kedahagaannya terhadap darah walaupun selama hidupnya dia tidak pernah mendambakan.

"Apa yang kau fikirkan Justin?" Soal Daniel, menyedarkan Justin daripada lamunannya.

Justin menoleh ke arah Daniel yang duduk bersahaja dengan buku milik tuan rumah. Dia tahu Daniel sentiasa berurusan dengan tuan rumah tetapi tidak dia. Dia tidak mempercayai Tuan Michealis.

"Adakah ini sesuatu yang perlu dilakukan?" Soal Justin.

"Ya. Tiada satu pun perkara yang aku lakukan adalah tindakan yang tak bererti. Kebenaran tentang kewujudan kau mungkin dapat menyelesaikan banyak persoalan," jawab Daniel tanpa sebarang penjelasan lain.

Memiliki darah vampire tulen pun sudah cukup misteri, inikan pula darah Goldsilv. Justin mengeluarkan batu memori pemberian Damia, hasil kerja Damia di kelas posyen. Setiap kali dia menyeru memori dari batu itu, kenangan mereka berdua berpiknik di tepi tasik. Kenangan yang menyenangkan, yang mengubat kerinduannya.

"Adakah ini semua demi Damia?" Soalnya lagi. Meminta kepastian yang membenarkan setiap tindakan Daniel.

"Sentiasa demi Puteri"

Kedua-dua lelaki yang meletakkan Damia teratas lebih daripada diri sendiri. Kasih sayang yang tiada tanding. Demi dunia tanpa ketakutan dan kegelisahan, dunia yang Damia boleh hidup aman.

Tok! Tok! Pintu bilik dibuka. Dela masuk walau tanpa keizinan. Lelaki itu memang begitu. Rasa hormat cuma kepada tuan Michaelis, dan tidak ada selainnya.

"Tuan Michaelis minta berkumpul di bilik kerja beliau. Sila ikuti saya."

Tanpa menunggu respon tetamu tuannya, Dela bergerak ke bilik yang dinyatakan, sekaligus menunjuk arah buat mereka.

Daniel dan Justin melangkah tanpa banyak soal.

-

Bilik itu lain daripada bilik yang pernah Daniel dan Justin lewati. Bersepah dengan timbunan buku yang tidak bersusun hampir disetiap sudut, tiada wajah kemewahan di ruangan tersebut. Semua perabotnya juga nampak agak lusuh.

Tuan Michaelis berdiri di sebalik timbunan buku. Masih leka membaca buku tebal yang agak berusia. Hanya memandang sekilas, cukup untuk menandakan dia sedar kehadiran yang lain.

"Dela sediakan ruangan ritual, kami akan ke sana sebentar lagi" ujar Tuan Michaelis setelah seketika kemudian.

Dela berlalu pergi ke satu ruang yang hanya ditutupi dengan tirai tebal.

"Ritual?" Soal Daniel pendek.

Tuan Michealis mengangguk. "Saya akan lakukan ritual kuno. Ritual yang mungkin boleh memperjelaskan asal usul dia."

Beliau menunjuk ke arah Justin dan terus menghampiri. Aroma ini masih mengganggu perasaannya.

Pandangan Justin tidak putus daripada terus memerhati lelaki itu. Bimbang jika dia mengalihkan pandangannya, dirinya akan diserang.

"Mari" Tuan Michaelis menuju ruangan ritual yang disebutkannya tadi.

-

Ruangan itu luas tidak berperabot. Hanya lukisan medan petagram terletak di tengah-tengah ruangan.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now