16. Sisi gelap

481 25 0
                                    

-Pasar bawah tanah-

Lorong Pasar Bawah Tanah sempit, kotor dan gelap. Bagi pelanggan yang kunjung buat kali pertama pasti akan tersandung berkali-kali. Ramai peniaga haram cuma menfokuskan cahaya pada barang niaga mereka. Lebih gemar menyembunyikan wajah daripada tontonan, bahkan tubuh mereka juga disembunyikan dibawah bayang-bayang kegelapan seolah-olah pakaian yang dipakai tidak cukup untuk membantu menyembunyikan identiti mereka

Jam tangan berdetik lagi, jarum pendek menghala ke nombor 2. Sudah menjejak sepertiga malam. Daniel tersenyum kemudian matanya menyapa Marvin, memberi maksud tertentu. Malam itu cuma mereka berdua. Lebih selamat bergerak dalam julah yang sedikit walaupun dia lebih suka untuk tidak melibatkan sahabat-sahabatnya.

Jalan di situ bukan lagi sesuatu yang asing bagi mereka. Daniel kebiasaannya gemar membeli daripada peniaga yang berbeza, meluaskan kenalan dalam pasaran gelap. Tetapi jika melibat posyen, hanya seorang sahaja yang akan dia cari, peniaga kegemarannya.

Dalam kesuraman cahaya dari sihir pentagram, seorang lelaki bingkas bangun meninggal barang niaganya apabila melihat kelibat mereka. Marvin menyiku Daniel apabila matanya menangkap telatah lelaki itu, sesungguh Marvin mengenali lelaki itu

Tercetus ketawa kecil Daniel dan Marvin dibuatnya.

"Trimple, Trimple, tak guna melarikan diri." Sekelip mata sahaja Daniel sudah berdiri dibelakang Trimple menyebabkan dia tersentak. Trimple menoleh kebelakang melihat wajah Daniel yang tersenyum, betapa dia menyampah dengan riak muka Daniel yang begitu.

"Aku tak tahu apa tujuan kau cari aku, tetapi aku tak nak berurusan dengan kau lagi" Trimple meneguk botol arak yang setia menemaninya.

Daniel tenang mendengar pernyataannya, "Kau sentiasa bercakap mengikut perasaan Trimple. Kau tahu kau tak boleh"

Trimple mendengus, hakikat mengerunkan yang harus dia terima. Semenjak dia terlibat dengan sisi gelap Daniel, tiada jalan pulang baginya, menyesal pun tak berguna. Hidupnya telah terikat dengan Daniel selama-lamanya. Bagaimanalah dia boleh tertipu dengan wajah naif Daniel lima tahun yang lepas.

"Apa yang kau mahu?" akhirnya Trimple mengalah. Marvin sekadar mampu tersenyum menahan ketawanya, bukan waktu terbaik untuk ketawa.

"Kau kenal keluarga Darkline?"

Trimple mengangguk, siapa yang tidak kenal keluarga Darkline. Keluarga sumpahan, terhapus bersama dosa tidak terampun mereka. Dosa yang megorbankan nyawa-nyawa yang tidak berdosa. "Jadi?"

"Aku nak kau siasat keturunan terakhir Darkline, Roshane. Aku nak jurnal peribadi Roshane."

Tersembuk arak yang diminum oleh Trimple. "Raksasa itu dah lama mati, semua orang tahu tentang keturunan jahanam tu. Apa yang kau nak tahu lagi?"

"Kebenaran selalunya tersembunyi, seperti aku."

Memang ada benar yang diutarakan oleh Daniel. Keturunan berdarah serpihan perak yang diperkatakan telah pupus, sah bukan lagi mitos lima tahun yang lepas apabila budak lelaki yang bertubuh kecil membuat permintaan khas darinya.

"Kalau benar sekalipun, nyawa aku terancam."

Sesungguhnya Daniel lebih mengetahui risiko itu, Darkline memang tidak setanding Royalize, tetapi kehebatannya bukan sesuatu yang boleh dipermainkan. Marvin menghulurkan sebuah bungkusan hitam.

"Apa ini?"

"Cebisan jantung bloodywolf, air mata hitam mermaiden..." Marvin menyebutnya dengan berlagu-lagu.

"...posyen halimunan?" Trimple meneka, hampir tidak terkeluar suaranya. Bloodywolf, bukan sebarangan serigala yang boleh didapati dengan mudah, bahkan pasaran gelap juga terdesak memburu bloodywolf kerana ia menjanjikan pulangan yang lumayan. Dengan itu, posyen halimunan yang dihasilkan benar-benar menghilangkan kewujudan seseorang daripada pandangan, rasa dan terutamanya bau. Terasa peluh dingin mengalir di dahinya, Daniel terlalu hampir dengan kegelapan, atau memang sudah tercampak ke dalam sisi hitam dunia sihir.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now