29. Marviel Menunggu

297 26 1
                                    

Satu, dua, tiga... "Yeah!" Marviel melonjak gembira, dengan tiga serangan dia dapat mengalahkan pihak lawannya. Semenjak kejadian hari itu, dia duduk di bilik itu sahaja. Tuan Pengetua tidak membenarkan dia keluar dari situ selagi Daniel tidak sedarkan diri. Dia terpaksa menghiburkan dirinya dengan teknologi permainan yang sememangnya ada disitu, sesuatu yang agak menghiburkan walaupun kurang aktiviti fizikal.

Kejadian hari itu adalah yang pertama kalinya bagi Daniel pulang dengan kecederaan yang agak parah. Nasib baik bilik baru Daniel terletak tidak jauh dengan ruang peribadi pengetua. Pengetualah yang merawat Daniel.

Dia bisa memberi bantuan kecemasan tetapi untuk kecedaraan ringan. Selalunya bab yang berkaitan dengan kesihatan, penyakit, kecederaan diserah bulat-bulat pada Sconne. Lagipun jejaka itu sememangnya dilahirkan dengan bakat penyembuh.

* imbas

Profesor Steveness mencuci tangannya sebaik sahaja selesai membalut luka-luka Daniel. Sebentar tadi dia dikejutkan dengan suara Marviel dari bilik Goldsilv dan itu yang membawanya ke dalam situasi tersebut.

Nasib sahaja dia pantas tiba di situ. Menghentikan pendarahan yang dia tahu tiada pengganti.

"Profesor, Daniel?"

"Kecederaan nya tidak terlalu teruk, cuma banyak kehilangan darah. Apa-apa pun biar dia rehat buat sementara waktu ni"

Marviel menarik nafas lega. Akhirnya dia dapat duduk setelah dari tadi kegelisahan dalam membantu Profesor Steveness.

Ya, banyak persoalan yang muncul difikirannya, tetapi bukan untuk dia bertanya dan Marviel bukanlah orang yang tepat. Biar Daniel sendiri yang mengkhabarkan kepadanya. Melihat personaliti Daniel, perkara itu mungkin mengambil masa.

"Saya tak nak awak keluar dari bilik ni selagi Daniel tak sedarkan diri. Jaga dia" Tambah Profesor Steveness. Dengan sebelah tangan dia membentuk pentagram penyeru. Sekelip mata seekor tikus belanda yang sebesar kucing muncul dalam petak petagram.

"Ini Puffy, segala keperluan awak akan dihantar melalui Puffy."

*

"Puffy!" Marviel melonjak turun dari kerusinya menyambut kedatangan tikus belanda itu. Troli makanan yang ditarik oleh puffy menggunakan tali dilepaskan. Marviel memeluk erat Puffy. Itu sahaja teman bermain di bilik itu. Jika nak harapkan snow, binatang itu terlalu dingin dengannya dan ia cuma duduk di samping Daniel. Bila diusik, dia yang abis dicekau.

"Rindu Viel?" soal Marviel dengan suara yang dibuat-buat. "Puffy rindu Viel?" Marviel mengucup pipi gebu Puffy. "Rindu?! Puffy! puffy! Puffy!" Puffy memang nama sepadan untuknya. Dia menggesel pipinya pada pipi gebu puffy

Puffy terlepas dari pelukan Marviel dek kepalanya tiba-tiba dibaling dengan sesuatu. Marviel menoleh hanya untuk melihat Daniel memandangnya dengan geli.

"Kau tak boleh jadi lebih jijik dari itu ke?"

"Daniel!" Marviel melonjak ke atas katil dan memeluk Daniel. Daniel mengaduh sakit. Dia memukul Marviel cuba melepaskan diri.

"Geli aku!" Jerit Daniel, meremang bulu romanya dengan karenah Marviel.

Marviel enggan mengalah, dia cuba memeluk Daniel walaupun ditolak kasar.

+_=

"Pelik" ujar Sconne. "Pengetua bagi tugasan luar dengan Dan dan Viel memang pelik" Sconne sekadar menggulang kata Marvin. Sekadar mengiyakan sahaja.

"Itu tak pelik sangat. Yang menjadikannya terlebih pelik ialah Viel... Sconne, Viel, muka terakhir yang pengetua boleh harapkan. Penjenayah sekolah yang pengetua kita sedia tahu." Balas Marvin dengan dramatik. "Yang lagi pelik tahap dewa ni, apasal Viel tak beritahu aku. Dia tak beritahu aku"

ROYALIZEWhere stories live. Discover now