48. Rintihan

97 5 0
                                    

Justin dan Tuan Michaelis duduk di ruang tamu tanpa ada sesiapa yang mahu memulakan bicara. Dela menghidangkan minum petang buat mereka berdua. Aroma teh ros yang bercampur dengan sedikit darah memenuhi ruangan itu. Mengetahui tiada manusia lagi bersama mereka, itu adalah hidangan yang bersesuaian. Air minuman kegemaran tuan Michaelis.

"Michaelis"

Tuan Michaelis mengangkat wajahnya. Justin dilihat agak tidak senang duduk. Dia tidak menyahut, tangannya mencapai cawan teh miliknya. Aromanya dihidu sebelum dia meminum seteguk dua.

"Walaupun aku bukan lagi William yang dikenali..." Justin masih berusaha menyusun ayatnya. Berharap apa yang cuba disampaikan dapat diterima dengan baik "Aku minta maaf"

Tuan Michaelis berpaling, dia berasa janggal seketika, sesuatu yang tidak pernah diduga.

"Aku tahu banyak yang aku lakukan ke atas kau adalah sesuatu yang tak terampun" ujar Justin. "Tetapi aku.."

"Sebastian..." Tuan Michaelis memintas menoktahkan bicara Justin.

Persoalan William di akhir kehidupannya telah terjawab dengan memorinya sebagai Justin. Sebastian telah mengorbankan kehidupan abadinya. Dia telah menukarkannya dengan Gilliard Goldsilv atau yang kini dikenali sebagai Profesor  Benjamin.

"Sebastian tak pernah menyesal apa yang dia lakukan ke atas kau" ujar Tuan Michaelis. Sesungguhnya dia sentiasa melawati Sebastian sepanjang hayat abangnya itu, jadi sedikit sebanyak dia mengenali dan memahami Sebastian.

"Aku..."

"Namun dia berterima kasih kepada kau, kerana akhirnya dia berani mengejar kebahagiaannya" Tuan Michaelis tidak membiarkan Justin menyampuk. "Dia tinggalkan Evander agar suatu hari nanti kau berada disini. Dia tak mampu maafkan kau sepanjang hayatnya tetapi dia berhutang dengankan kau ke atas kebahagiaannya. Evander ditinggalkan di dunia cukup membuktikan dia tidak lagi berdendam"

Tuan Michaelis yakin Arabella telah bertemu dengan Evander, kalau tidak bagaimana William dapat ditemui.

"Peristiwa itu telah berlalu terlalu lama. Aku sudah tidak lagi peduli tetapi aku terima kemaafanmu. Hanya sebagai penutup kisah lalu" ujar Tuan Michaelis senada.

Tanpa menunggu bicara Justin, Tuan Michaelis bangun untuk kembali ke kamar. Hari itu telah berlalu terlalu panjang.

Mata Justin cuma mengekori langkah adiknya, tidak pasti apa yang perlu dilakukan. Beberapa hari lalu baru dia mengingati kembali dosa-dosanya yang lepas. Dia menyesal namun dia tidak dapat mengubah masa lampau.

"Tuan Michaelis marah tapi dia bukan pendendam. Andai tuan ingin bertemu lagi, Dela yakin Tuan Michaelis tidak akan menghalang" ujar Dela. Dia hanya berkata demi kebaikan tuannya.

"Terima kasih, Dela" Justin menarik senyuman segaris. Walaupun janggal kerana memilik seorang adik secara tiba-tiba, namun keluarga tetap keluarga. Mungkin hubungan mereka tidak akan seperti hubungan Daniel dan Damia, sekurang-kurangnya dia berharap hubungan mereka lebih baik daripada kehidupan dahulunya.

"Kalau begitu saya pulang dahulu" ujar Justin seraya bangun dari kerusinya. "Selena!"

Selena muncul untuk sedia untuk berkhidmat. Justin menghampirinya dan tanpa perlu berkata, mereka berdua hilang daripada pandangan.

Dela hanya memandang kosong dan tanpa bicara mengemas ruangan tersebut. Akhirnya rumah kembali sepi tanpa tetamu.

-

Siling tinggi dengan ukiran bunga yang sudah hancur sebahagiannya, dindingnya juga mempunyai ukiran motif yang sama dan juga sama usangnya dan tidak ada satu tingkap pun. Sumber cahaya hanya datang daripada jamung api. Itupun hanya pada sudut bilik, tidak cukup menerangi kegelapan. Ada sebuah sangkar di tengah dewan tersebut, di lantai terconteng satu pentagram yang sangat besar sehingga turut memenuhi dinding.

Damia tersedar daripada pengsannya. Dia tergapai-gapai, penglihatannya belum kembali sepenuhnya. Lantainya empuk, tangannya tercapai batang besi. Bila dirinya kembali fokus, dia sedar dirinya terkurung di dalam sangkar.

"Dekat mana ni?" soal Damia dalam gigil. Terasa ketakutan mula menyapa dirinya.

Jeriji besi dipegang, Damia mula mengfokuskan tenaga sihir ke tangannya cuba memusnahkan kurungannya.

Tiada apa berlaku. Kuasanya tidak dapat dibangkitkan walaupun sedikit pun.

Damia mencuba sekali lagi. "Musnah!"

Kuasa magik pun tidak dapat dirasai. Dia diamuk perasan gelisah. Jeriji besi di tumbuk berulang kali. Dia tidak berhenti menyalahkan Okka atas keberadaan dirinya dan juga menyalahkan diri atas kecuaian ini.

"Lepaskan aku!" jerit Damia. Dia mencuba lagi. Tetapi apakan daya, kekuatannya tidak cukup kuat memusnahkan baik pun merosakkan kurungan tersebut. Dia meraung lagi minta dilepaskan namun hanya gema yang membalas.

"lepaskan aku... Just..." pinta Damia dalam menahan sedunya. "Just" Dia merintih memanggil Justin. Andailah Justin bersamanya...

"Siapa Just?" Kedengaran suara perempuan bertanya.

Damia menoleh. Dalam kesuraman dia mencari gerangan yang bersuara. Kelihatan susuk seseorang yang duduk di sudut gelap ruangan itu.

"Siapa itu?" Soal Damia menjarakkan dirinya daripada perempuan tersebut walaupun jeriji besi telah menjadi pengantaraan. Namun itu tidak meruntuhkan kebimbangannya.

"Saya?" Suaranya kedengaran teruja. Susuk itu bangun dan mula melangkah menghampiri. "Saya Hana. Awak siapa?"

Seorang remaja perempuan yang umurnya tidak jauh berbeza Damia memandang dengan penuh keterujaan. Dia tidak pernah berkesempatan untuk berbual dengan sesiapa apatah lagi yang hampir seusianya. Sepanjang ketibaan Damia, dia asyik meneliti raut wajah yang persis dirinya.

Damia pernah mendengar nama tersebut. "Adik Okka?"

Hana ketawa geli hati. "Adik? Ceh, apa lah sangat beza 5 minit je." Dia kemudian duduk bersebelahan dengan kurungan Damia. "Saya kembar Okka. Awak siapa?"

Damia mengerut dahinya. Hana mempunyai perwatakan riang, tidak seperti Okka yang sentiasa berlagak tenang. "Tolong saya, Hana. Lepaskan saya" Damia merayu.

Senyuman Hana mengendur, dia mengeluh panjang. "Maafkan saya. Saya tak dapat nak tolong. Hanya Okka yang ada kunci kurungan ini"

Hana melihat sekeliling. Kurungan ini tidak pernah digunakan oleh Okka. Dia perasan juga perbezaan kurungan ini berbanding kurungan yang terdapat di istana mereka.

"Awak ada kuasa Goldsilv?" soal Hana. "Saya ada kuasa goldsilv, dekat dewan ni selalunya kuasa goldsilv tidak dapat digunakan. "

Damia memandang Hana hairan. "Selalunya?"

"Okka cakap tiada sihir yang dapat mengekang kuasa goldsilv selamanya" Hana menerangkan lagi.

Kerutan di dahi Damia terbentuk. Bicara Hana menghairankannya. "Kenapa awak beritahu saya semua ini?"

Hana tersenyum lebar. "Sebab awak lain. Ini kali pertama Okka susah hati" Hana berkata. Sepanjang dia hidup bersama Okka, kembarnya sentiasa memberi wajah serius apabila melakukan tugasnya. Okka yang tiba dengan Damia tadi, Okka yang berbeza. Dia membaringkan Damia dengan selembut-lembut yang boleh, diselimut rapi.

Damia mencemuh. Alasan yang tidak munasabah. "Kalau betul susah hati, kenapa saya diculik?"

Hana mengerut dahinya hairan, "Maksudnya?". Dia tidak nampak salah Okka.

Reaksi Hana menjadikan Damia dingin. Dia menarik selimut dan berbaring dengan kaki yang dilipat dekat pada dadanya. Air matanya perlahan-lahan menitis. Dia tidak perduli lagi dengan kehadiran Hana. Dia mahukan abangnya dan Justin, terlalu mahu kembali kepada mereka sehingga dadanya terasa sakit.

Hana memerhati dengan penuh tanda tanya. Tidak memahami tapi tidak pula dia menyoal. Sekurang-kurangnya dia faham gadis itu tengah dilanda kesedihan.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now