63. Ya Hana

11 1 0
                                    


"Kau pasti?" Bisik Daniel kepada Evander. Pintu besi yang tertutup rapat diperhatikan.

Evander mengangkat ibu jarinya ke atas. "Positif! Dia seorang diri"

Daniel membuat kiraan mengunakan isyarat tangan.

Evander merempuh bilik tersebut sebaik sahaja semua jari Daniel dilipatkan.

-

Setiap eksperimennya menghasilkan keputusan yang gagal.

Okka menundukkan mukanya. Apa pilihan yang dia ada? Sudah acap kali dia melihat kekuatan Densho

Tiba-tiba gerak hati okka merasakan sesuatu yang tidak kena. keadaan seperti berjalan lancar, terlalu lancar. Selama dia hidup di dunia. sesuatu yang dia pelajari, jangan pernah ambik ringan dengan gerak hati.

Dia mencapai tongkatnya dan menuju keluar daripada makmalnya.

Sebelum sempat dia memulas tombol pintu. Okka terpelanting ke belakang. Tubuhnya terhempas pada peralatan makmalnya.

"Arghh!" Okka mengerang kesakitan. Pantas dia mencapai tongkat sihirnya kembali. Dia membuka sihir pelindung.

Daniel dan Evander masuk.

"Hai Okka."

Evander  melambai tangannya kepada Okka dan seraya bertukar menjadi debu dan memagari setiap ruangan itu.

"Apa yang kau lakukan?" Okka tidak pasti apa yang berlaku.

Daniel sekadar tersenyum nipis. Berbanding makmal miliknya, makmal itu serba kekurangan, namun dipenuhi dengan benda yang dia tidak ketahui.

Tangannya mencapai cecair hitam yang berada berdekatannya. Aneh.

"Aku nak dapatkan kembali puteri aku" ujar Daniel sambil matanya melilau melihat ke sekeliling makmal.

Dahi Okka berkerut. Kalau itu tujuannya, mengapa Daniel di sini? jika dia berjaya menembusi pertahanan kotanya, mustahil Daniel melakukan kesilapan remeh seperti ini dengan berada di makmalnya. Dia menggeleng.

"Tak, Tak!" Hana!

Okka meluru ke arah Daniel. Tongkat ditangannya yang pantas bertukar menjadi pisau.

Daniel menepis pisau di tangan Okka, dan menolak bahu Okka dengan kuat sehingga menyebabkan lelaki itu terjatuh.

"Dengar Okka, selagi kita hidup, selagi darah ini mengalir dengan debu emas mahupun perak, kita tak akan selamat" ujar Daniel.

"Aku tak kisah hal itu, aku hanya mahukan..." Okka bangun. Dia menembak Daniel dengan pistol yang tersemat pada poket jubahnya.

Tembakan itu mengena sipi-sipi pada bahu Daniel. Itupun dek Evander yang membantunya menepis serangan mengejut.

Wow, sesuatu yang baru. Daniel mengangkat keningnya, diluar jangkaannya. Pengguna sihir jarang menggunakan teknologi seperti itu kerana ia senjata yang remeh. Hmm... tapi ia senjata tanpa aura magik.

"Hana akan selamat. Tapi kau perlu dengar penjelasan aku."

"Hana? Dari mana kau kenal Hana?" Soal Okka. Mustahil Daniel mengetahui nama kembarnya.

Okka melepaskan lagi beberapa das tembakan. Daniel menepis hampir kesemuaanya dengan sihir dan bantuan Evander.

Okka menggosok tangannya dengan darah tersisa di badannya. Siapa empunya darah buka satu masalah, kedua-duanya boleh membantunya membuka pintu dimensi. Dia menangkap bayangan bilik Hana.

Namun Daniel lebih pantas, dia menarik tangan Okka, sebelah tangannya diletak pada pangkal leher Okka. Kakinya pantas menyakut pada kaki Okka menjadi . dengan satu tolakkan kuat dia menjatuhkan Okka. Pistol Okka di sepak sejauh yang mungkin.

Okka yang terhentak kuat membuatkan dimensi yang dibukanya tertutup. Daniel cuba menahan penggerakkan dengan menekan dada Okka dengan kakinya.

Okka menumbuk pangkal leher Daniel, menjatuhkan pertahanan Daniel. Dia lantas berguling menjauhinya.

Sekali lagi pintu dimensi di buka.

Kali ini Okka terkesima melihat Justin berada di dalam bilik adiknya.

Justin yang menyedari portal tersebut menghantar sihir kepadanya.

Okka mengelak menyebabkan pintu dimensi itu sekali lagi tertutup. Dia semakin terdesak, dia mencuba untuk membuka pintu dimensi sekali lagi. Tapi kali ini dia terbatuk darah. Dadanya terasa perit, nafasnya menjadi tak teratur. Dia bukan Silverilica yang sempurna, oleh itu dia mempunyai limitasi dalam mengunakan kuasa keturunannya.

Daniel segera mengambil senjata Okka, dengan sekali pukulan di belakang kepala, Okka rebah.

Daniel mengangkat keningnya, wajah Okka ditolak ke tepi, membiarkan darah Okka mengalir keluar, mengelakkan Okka daripada tercekik dengan darahnya sendiri.

"Patutnya kita bawa ubat pelali" komen Evander sebaik sahaja kembali ke bentuk asalnya. Berdiri di samping Daniel.

-

Pedang Justin membelah tubuh patung di hadapannya. Dia menghayunkan sekali lagi bagi memastikan patung itu tidak lagi bergerak.

Walaupun patung-patung itu kelihatan sama tapi teras kuasanya terletak berlainan bahagian. Siapa punya masa utk mengkaji mekanikal yang berlainan?

"Aku rasa betullah tempat ni" Sconne berkata sambil jarinya menunjuk peta tersebut. "Tambahan pula pertahanan hampir setiap inci. Dua ganda meningkat dari tadi."

Pergerakan mereka menjadi perlahan, bahkan sedari tadi mereka hanya mampu maju beberapa tapak dalam satu tempoh. Ada sahaja halangan.

"O, Hi!" Sapa satu seorang perempuan dengan ceria. "Kawan Daniel?"

Hana yang muncul dari balik dinding menghampiri lelaki berdua itu dengan riang. Itu kali pertama dia bersemuka secara nyata dengan orang lain selain Okka, Damia dan Tuan.

Justin mendepa tangannya, Sconne bergerak sedikit kebelakang. Masing-masing masih mengira samaada Hana merupakan halangan yang seterusnya. Atau tidak.

"O, jangan takut!"

Hana meraih tangan Sconne, pantas berjabat tangan dengannya.

"Nama saya Hana, saya adik Okka dan kawan Damia. Mmm, mungkin kawan Daniel juga." Dia berfikir sejenak. Adakah Daniel dikira sahabatnya jua? "O, bagaimana perjalanan ke sini? Merbahaya? Penuh dengan halangan? Ada bertarung dengan raksasa?"

Soal Hana bertubi-tubi dengan teruja. Kemudian matanya menangkap pandangan Sconne yang memandang ke belakangnya. Lantas dia berpaling.

"Oh, kenapa dengan Tuan Duke Jeffery? Dia bergerak?" Soal Hana melihat patung yang selama ini pegun di tempatnya berada dibelakangnya.

Justin membelah patung yang bernama Jeffery, mengambil peluang. Patung itu pegun sebaik sahaja Hana memandangnya.

"Tuan Duke!" Hana mengeluh panjang. Melihat tubuh Jefferi yang berkecai.

Baru dia sedari di lantai penuh dengan patung-patung yang sebelum ini bersusun elok dikoridor menghala ke biliknya.

"Tuan Baron, Tuan Marquis..." Hana membelek anggota bahagian yang terkulai di lantai dengan kakinya. "Tak pernah tahu mereka boleh bergerak"

Hana mengangkat bahunya. Pandangannya kembali kepada tetamu yang tiba.

"Awak siapa?"

"Saya Sconne dan ini Justin," Sconne memperkenalkan diri mereka."Kami berdua kawan Daniel."

Justin menolak bahu Sconne dengan sikunya.

"Saya kawan Daniel, ini... Mana Damia ya?" Sconne pantas menukar topik. Uina, alergi betul Justin dikait rapat dengan Daniel.

Hana sekadar tersenyum, dia kurang fasih dengan interaksi sesama manusia. Adakah itu sesuatu yang normal? Apapun...

"Marilah ke bilik saya, Damia masih belum bangun." Ujar Hana teruja pantas mengetuai perjalanan mereka ke destinasi seterusnya.

Ai ajuns la finalul capitolelor publicate.

⏰ Ultima actualizare: Feb 04 ⏰

Adaugă această povestire la Biblioteca ta pentru a primi notificări despre capitolele noi!

ROYALIZEUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum