31. Janji

257 23 0
                                    

"Bloodywolf?" Daniel termangu sebentar, berfikir. Dahinya berkerut. "Tahun lepas?" Justin mengangguk. Daniel kembali berfikir.

Sememangnya tahun lepas dia diserang dan itu tiada siapa yang tahu. Dia berada di hutan Featherave bagi menjalankan upacara memerangkap hantu. Dalam perjalanan pulang dia tiba-tiba diserang oleh serigala, dia tidak kenal akan spesies yang menyerangnya dek pokok yang tumbuh merimbun menutup cahaya bulan. Dia cedera di lengan, mempertahankan diri dari serangan yang tiba-tiba.

Namun, dia tidak berhadapan dengan binatang itu dan dia menggunakan darahnya yang mengalir untuk memindahkan dirinya ke kawasan paling hampir dengan bangunan Akademi, melindungi dirinya dengan sistem keselamatan Featherave.

"Kenapa dengan bloodywolf?" soal Daniel.

"Ia serang Damia."

Daniel terkejut. Dia tidak tahu langsung tentang perkhabaran tersebut. "Apa maksud kamu?"

"Bloodywolf adalah binatang liar, tetapi bloodywolf hari itu spesifikasi menyerang Damia." terang Justin. "Ia bertuan."

Justin berdiri berhadapan dengan Daniel. Menentang matanya.

"Ada kesan darah perak pada gigi."

Masuk akal lah kenapa Justin tiba-tiba mencurigainya pada hari itu. Justin tidak tahu dia juga diserang oleh binatang itu namun dia berjaya beredar ke lokasi selamat. Pastinya Justin membawa Damia di luar kawasan selamat.

"Ia serang aku." ujar Daniel. "Bloodywolf bertuan memburu atas bau dan darah. Siapa yang ada sample kami?" Daniel berdiri dari kerusinya.

Dia menepuk dahinya. Kenapa dia terlepas pandang tentang perkara itu? Dia sangkakan dia diserang kerana berada di luar zon selamat. "Okka?"

Daniel menggeleng. "Dia yatim piatu." Dia sudah melakukan siasatan latar belakang Okka. Okka ialah yatim piatu yang tinggal di rumah kebajikan dunia tanpa magik. Masuk ke Featherave dengan cara yang sama dengan Justin.

"Mungkin dia ada rakan subahat"

Daniel terduduk. "Aku tak pernah faham dengan motif dia." Kalau Okka mengekor sahaja, dia boleh buat andaian, tetapi kalau sudah niat membunuh, apa pula motifnya. Mungkin cuma mengikut arahan?

"Aku mahu kau jaga Puteri. Kalau betul Okka antara dalang, Puteri dalam bahaya." Daniel memberi arahan. "Aku akan minta adik Sconne jaga Puteri sewaktu ketiadaan kau."

Justin mengangguk sebelum meninggalkan Daniel.

Daniel membuka almari rahsia yang diciptanya di bilik rasminya. Buku Sejarah Dunia Yang tidak Kelihatan menjadi pilihannya. Buku setebal itu tidak begitu menceritakan tentang keluarga-keluarga luarbiasa. Banyak muka suratnya telah dihapuskan. Itu bukan sebab utama dia mendapatkan buku itu.

Dalam buku mantera tinggalan arwah datuknya banyak tercatat sihir-sihir kuno dan terlarang. Namun datuknya, sentiasa meninggalkan satu dua bahan dengan menggantikannya dengan teka-teki. Dan upacara sihir yang bakal dilakukannya, bahan tersembunyi terletak pada buku sejarah itu.

Dia membuka buku mentera itu lagi...

'Penyimpan ilmu terdahulu menyimpan rahsia utama yang wujud namun tidak kelihatan. Tersimpan ditempat utama, dan rahsianya terbuka ditempat rahsia, tempat istimewa bagi keluarga rahsia.'

Daniel ketawa kecil. Adakala teka-teki datuknya sangat merapu. Namun dalam merapu datuknya, hanya dia dan ayah memahaminya. Ayah sering kali berkata buku adalah harta berharga kerana ia penyimpan khazanah tidak ternilai, ilmu. Jadi dengan mudah sahaja di dapat meneka benda yang perlu dicarinya.

Tajuk bukunya pula, berdasarkan ingatannya pada ayahnya. Rahsia paling utama adalah rahsia kewujudan keluarga mereka. Jadi pasti buku yang berkaitan dengan sejarah keluarga-keluarga sihir, dan buku ditangannya adalah buku yang paling berusia antara buku-buku sejarah yang wujud dan pasti buku ini tercatat tentang perihal keluarganya tetapi malangnya banyak muka surat yang telah dihapus dan itu termasuklah bab keluarganya.

Lokasinya...Ayahnya adalah graduan Featherave yang sangat obses dengan akademi itu dan ironinya sememangnya itu perkara biasa sekiranya korang adalah pemilik akademi tersebut.

Kali ini dia yakin dapat menyelesaikan bait-bait terakhir teka teki itu.

Dia menarik helaian pertama.

"Revelera..." helaian mula terbuka sendiri. sehinggalah...

Daniel membaca mukasurat yang terbuka, Sebelum ini tiada huruf bold pada muka surat itu namun tidak kali itu.

Daniel ketawa kecil... Dia menepuk dahinya. Dia tak pernah menyangka bahan terakhir sudah ada dalam genggamannya.

Sehelai kertas kosong ditarik dari atas mejanya. Dia mencoret sesuatu sebelum menggulung kertas tersebut. Daniel membaca mentera dan menyihir kertas tersebut.

"Snow"

Snow terbang ke pangkuan Daniel. Daniel menarik tongkatnya, dia menghayun tongkatnya menghala snow, bulu snow bergemerlapan sebelum berubah warna dari putik keperakan kepada hitam. Daniel menyangkut surat tadi di beg suit Snow.

"Surat untuk Trimple ya." Snow mengiau, Daniel membelai Snow, dan memberi snek kepada Snow.

Pisau pembuka surat yang terletak tidak jauh diambil, hujung ibu jarinya dikelar. Daniel membuka pintu portal ke dunia di mana Trimple berada. Snow tahu apa yang perlu dilakukan, dia terbang melalui pintu portal tersebut.

Daniel meninggalkan bilik rasminya dan menuju ke bilik asramanya. Biar penat mana pun dia, dia seboleh-bolehnya akan pulang ke situ untuk menghilangkan kerisauan sahabat-sahabatnya. Kalau tidak habislah dia mendengar leteren Marvin keesokannya.

+_+

"Yeah!" Zeanz bersorak. Dia menari kegembiraan, sengaja ingin menyakitkan hati Damia yang tewas dengannya. Catur adalah kehebatannya. Mencabarnya bermain itu cuma mengundang kekalahan sendiri.

"Lain kali kita main kad uno" kata Damia geram. "Masa tu baru kau sedar tinggi mana langit"

Zeanz ketawa mengejek. Dasar orang yang dah kalah memang begitu. Tak puas hati.

"Tak kesah, yang aku kesah set snek Lokki untuk seminggu sebelum minggu depan." ujar Zeanz, dia berdiri meregangkan badannya. Zeanz tersenyum melihat gerangan yang menghampiri mereka diam-diam.

Damia yang masih tidak berpuas hati, menyusun semula set chess. Dia mahu lawan sekali lagi.

"Lain kali pinjam set magik." komen Zeanz.

Damia menjeling. "Kau ni pergi mana pula?"

Zeanz menjungkit bahunya. Dia melambai sebelum berlalu pergi untuk naik kebiliknya.

Damia baru hendak memanggilnya, terkelu seketika. Dirinya dipeluk dari belakang. Bahunya terasa berat. Damia tersenyum. Tahu gerangan siapa yang bermanja dengannya. Hanya Justin sahaja yang sering berbuat demikian.

"Abang macam mana?"

"Baik" Justin mengambil masa sebelum menjawabnya. Dia malas memikir tentang Daniel tika itu. Perkara yang berkaitan dengan urusannya dengan Daniel memenatkannya buat masa itu.

"Just macam mana?" Damia meraih wajah Justin. Dia berhadapan dengannya. Justin kini sangat melekat dengannya. Jelas kepenatan pada wajah pucat itu. Mata justin yang sememangnya amat gelap tampak tidak bersinar.

Justin mengeluh. Dia meraih Damia ke dalam pelukannya. Dia sangat sayangkan Damia. Damia adalah insan yang sangat mengambil berat tentang keadaannya. Layanannya sentiasa menyenangkan dirinya.

Kalau dilihat dari zahirnya, Damia hanya gadis biasa yang menongkah dewasa. Tetapi realiti memeritkan daripada yang disangka. Gadis itu diburu tanpa dia sendiri menyedarinya. Daniel sudah berpesan, jangan ada satu pun urusan mereka sampai dipengetahuan Damia. Bimbang gadis itu akan kerisauan.

"Mia..." Damia mengangkat wajahnya."Janji jangan dekat dengan Okka."

"Eh?" Damia hendak bertanya lanjut tetapi pelukan Justin bertambah erat dan tubuhnya mengigil.

"Janji dengan Just, Mia?" suara Justin juga jelas bergetaran, bahkan hampir kedengaran merayu.

Tiba-tiba Damia terasa dirinya diselubungi kesedihan yang amat. Matanya berair entah mengapa.

"Mia janji."

Kali ini airmatanya mengalir membasahi baju Justin. Dirinya terasa lega. Aneh.




ROYALIZEWhere stories live. Discover now