28. Serangan

320 24 2
                                    

Tap, tap, tap...

Marviel mengetuk meja dengan jari-jarinya. Matanya Melihat ke luar jendela. Malam yang terang dan juga merupakan Malam Bulan Mengambang. Dia mengeluh. Saudara kembarnya masih lagi lepak dengan Sconne. Masing-masing ambil peluang lepak bersama pari-pari.

Dia pula jelas tidak berminat nak menurut selera buaya mereka berdua.

Dia mengalih pandangannya ke arah Daniel dan mengeluh lagi. Dia perhati sahaja Daniel bersiap, memakai jaket jubah hitamnya. Pakaian yang biasa dipakainya apabila dia menguruskan hal peribadi.

Marviel tahu rancangan Daniel. Dia mengeluh lagi.

Daniel mencuri pandang ke arah temannya. Dia tahu Marviel kebosanan dan dari tingkahnya dia tahu niat sebenarnya apabila mengeluh dua tiga kali. Ya, mengeluh dengan kuat agar dia mendengarnya.

"Nak ikut, tukar baju"

Sekelip mata Marviel bangun dan membuka almari bajunya. Jelas terpancar kegembiraan di wajahnya.

Daniel tersengih melihat tingkah sahabatnya. Mahu ikut namun tak mahu beritahu dia. Ish, mengada-ngada macam perempuan.

+_=

Marviel mengerut dahinya. Tetapi dia masih mengikut langkah Daniel. Dia musykil namun dia diamkan sahaja.

Daniel menarik tirai dengan tangannya...

"Hebat!" Ujar Marviel kagum. "Sejak bila kau tahu ada jalan ni?"

Daniel menyekeh kepala Marviel, "agak-agakla nak bersuara". Tahu la jalan yang mereka gunakan adalah jalan yang jarang digunakan oleh pelajar.

Semenjak Daniel mewarisi pusaka Goldsilv. Pintu-pintu rahsia Featherave telah terbuka untuknya, ia tidak memerlukan kunci khas. Darah Goldsilv yang mengalir dalam dirinya adalah kunci. Sepastinya dia mengambil kesempatan itu untuk mengkaji Featherave lebih mendalam.

Dia terlalu sibuk sehingga tidak kesempatan untuk menceritakan kepada kawan-kawannya.

Nasiblah kalau Marviel terpaksa mengalaminya dahulu sebelum memahaminya.

"Lain kali aku cerita" Daniel menepuk bahu temannya. Jelas sangat mamat itu memikirkan pelbagai soalan.

+_=

Pertemuan kali itu diadakan jauh di dalam hutan. Daniel tidak mahu ambil risiko orang mengetahui dia menggunakan keistimewaannya dilembah pasar gelap.

"Nah"

Daniel mencapai botol posyen yang dihulurkan. Cecair berwarna merah terang itu sangat memukaukan. Asalnya dia sendiri mampu membuatnya, tetapi lebih mudah dan pantas jika Trimple membuatnya.

Trimple senang mendapatkan bahannya dan dia juga merupakan genius dalam bidang tersebut. Ironi bagi genius bergelumang dengan dunia gelap.

"Aku akan datang pada bulan purnama seterusnya"

Trimple mengangguk. Dia faham. Daniel kembali untuk memberi upahnya. Dia faham bagaimana darah emas berfungsi.

Daniel mengambil beg pouch yang sudah diisi dengan bekalan darahnya. Beg itu kemudiannya diserahkan kepada Trimple. Trimple tanpa teragak-agak mengambilnya. Jelas itu adalah bekalan keselamatan untuknya.

"Sedia?" soal Daniel.

Trimple punggah beg galasnya. Dia perlu ke demensi lain. Jubah halimunan yang baru dibuatnya dipakaikan dibadan. Membuatkan kepalanya kelihatan terapung-apung.

Kali itu, perjalanan Trimple adalah untuk mencari tinggalan Roshane. Dia perlu menyeberang kedunia sihir yang terletak bertentangan dengan lembah itu. Lebih mudah menggunakan keistimewaan Daniel. Pastinya tidak perlu melalui kastam yang melecehkan terutamanya dengan dia yang membawa banyak benda haram.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now