7. Pemilihan

547 32 0
                                    

Semua pelajar berkumpul di atas kapal mengikut tahun masing-masing. Rata-ratanya masih lagi mengantuk kerana baru awal subuh telah dibangunkan kerana kapal Memoir Feather telah berlabuh di pelabuhan Feather.

Snivel presiden Majlis pelajar yang berketurunan Vampire berdiri megah di barisan pengawas. Raut wajahnya yang tampan kelihatan tegas. Sekaligus, membuatkan barisan pelajar terdiam sepi. Tidak kurang juga yang memandang dengan penuh berminat tertarik dengan wajahnya dan tubuhnya yang seperti model.

"Selamat pagi semua. Kita sudah tiba di akademi Featherave. Oleh itu, jaga tingkah laku anda!" lantang suara Snivel memberi ucapan. Bagi pelajar yang sudah lama belajar di Akademi Featherave, tahu bahawa kata-kata itu berbaur ugutan.

Ahli-ahli Majlis pelajar mula menjalankan tugas. Mereka mengepalai barisan pelajar untuk pergi ke dewan Besar Windyrave. Pengawas pula mengawasi pembarisan, memastikan tiada pelajar yang tercicir.

Setelah cuma pelajar tahun satu yang tinggal di atas kapal. Snivel memberi peringatan. "Acara Pemilihan akan menjadi pembuka majlis awal tahun akedemi kita. Pastikan awak semua diam sepanjang acara tersebut berlangsung."

Snivel mengangkat tangkatnya tinggi. Ahli-ahli majlis yang lain maju kehadapan. Mereka mula melukis sesuatu di udara. Seraya membentuk medan sihir.

Snivel menurunkan semula tangannya. Lantas pentagram-pentagram yang dilukis mula melayang, tepat-tepat dihadapan wajah setiap pelajar tahun satu. Masing-masing tergamam.

"Apa ni?" namun suara Damia tidak kedengaran. Dia lihat sekeliling, ada pelajar yang menekan tekaknya cuba untuk bersuara. Tidak kurang juga yang terpaku tidak mengerti.

"Kami letakkan sihir senyap. Maaf, saya tak nak sesiapa pun yang merosakkan majlis ini." Snivel tidak sedikit pun meletakkan sebarang kepercayaan kepada ketaatan pelajar tahun pertama untuk menurut arahan. Seolah-olah Snivel dapat melihat 'kami tak akan diam' tertulis di dahi mereka.

-Akademi Featherave. Dewan Windyrave-

Snivel mengetuai barisan pelajar-pelajar tahun pertama untuk masuk ke dewan Windyrave. Snivel mengarahkan pelajar-pelajar tahun pertama berhenti ditengah-tengah dewan. Membiarkan mereka menjadi tumpuan pelajar-pelajar tahun lain.

Snivel dengan megah duduk bersama di meja barisan guru. Sememangnya jawatan Presiden Majlis pelajar hampir sama taraf dengan guru kerana sebagai presiden, snivel juga dilantik sebagai ahli majlis lembaga pengarah.

Pengetua Featherave, Profesor Steveness berdiri dan maju tampil ke hadapan. Lelaki berusia itu segak berpakaian dalam suit kelabunya. Rambutnya yang memutih dipotong pendek dan disikat kebelakang.

"Selamat datang dan selamat kembali ke Akademi Featherave. Musim persekolahan sudah tiba kembali. Seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis pembahagian rumah untuk pelajar tahun satu sebagai acara pembuka majlis" Penuh hemah Profesor Steveness berucap. Semua ahli dewan memberi tumpuan sepenuhnya.

"Violetta, Greeniz, Redane, dan Blueray, inilah rumah pasukan yang telah memeriahkan Akedemi ini sejak dari penumbuhannya lagi. Pembahagiannya adil, kerana faktor pembahagian adalah amat-amat rahsia."

Pelajar tahun pertama yang masih baru saling memandang antara satu sama lain. Tidak tahu apa yang akan terjadi. Hal ini kerana, proses pembahagian seperti yang dinyatakan tadi, adalah rahsia. Tidak seorang pun pelajar senior atau bekas pelajar yang mernceritakan proses pembahagian itu di luar akedemi. Itulah keistimewaan Featherave. Apa yang rahsia tetap rahsia.

"Mari kita mulakan upacara pembahagian. Mars 3 neptune 4!" Pelajar lain bersorak girang selepas pengetua mengucap kata-kata seruan. Tidak sabar mengetahui pelajar baru rumah pasukan masing-masing. Tambahan pula magik yang dihasilkan sentiasa mengujakan.

Cahaya mula menyelubungi tubuh pelajar tahun pertama. Cahaya itu cuma berada di linkungan pentagram yang terukir dilantai di mana pelajar tahun pertama berdiri di atasnya.

Damia melihat warna bajunya berubah. Dari warna putih bertukar kepada warna ungu lembut dan berjalur ungu yang lebih gelap. Serta-merta Damia Tahu maksudnya, dia mengguman, "violetta"

Damia segera duduk di meja rumah pasukan Violetta apabila semua pelajar setahun dengannya berbuat begitu.

Zeanz juga berada satu pasukan dengannya. Sunshine pula berada di rumah pasukan Redane. Damia mengeluh, alangkah baik kiranya Sunshine sepasukan dengannya. Tidaklah dia berasa kekok. Sukar bagi dia bergaul dengan Zeanz. Budak lelaki itu sibuk dengan buku barunya.

"Ambil ni," Damia menoleh ke sisinya. Justin menghulurkan gula batu kepadanya. "Ini akan buat awak lebih lega."

Damia tidak mengambil gula-gula yang dihulurkan. Dia menarik lengan baju Justin dengan senyuman yang melebar, jelas ketidak keselesaannya tadi hilang. Justin terpinga-pinga. "Saya lega awak ada."

Wajah Justin menyerbu merah. Dia mengalih pandangannya ke meja makan.

"Abang rumah apa ya?" Mata Damia melilau mencari kelibat abangnya. Matanya tertancap pada abangnya yang duduk di meja majlis pelajar.

"Rumah Blueray." Rendah nada Justin. Segan.

Mendengar jawapan Justin mengalih perhatian Damia. Damia merenung Justin tidak berkelip.

"Awak malu dengan saya ke?" soal Damia mendekatkan wajahnya hampir dengan Justin.

Justin menggeleng sebelum menjarakkan dirinya daripada Damia. Damia menarik lengan baju Justin tidak membenarkan lelaki itu larinya. Dia ketawa riang. Penafian Justin mengelikan hatinya bila ia sudah jelas dimatanya. Nampaknya berada dalam pasukan Violetta pasti akan memberi pengelaman yang menarik.

Daniel yang duduk di meja pengawas memerhati gelagat adiknya dan Justin. Mata biru laut itu tampak begitu tenang.

"Jaga Puteri baik-baik Justin." bisik Daniel sebelum meneguk Roseberg, air kegemarannya.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now