5. Kapal Memoir Feather

610 28 0
                                    

-Kapal Memoir Feather, kabin-

Damia tersedar dari lena. Dia masih terasa mamai. Matanya dibuka perlahan-lahan cuba membiasakan diri dengan cahaya yang terang. Tubuhnya terhuyung-hayang. Dia menekan pelipisnya. Terasa tubuh sakit hampir di setiap bahagian tubuhnya. Dia menggeleng-geleng kepalanya cuba mengembalikan kesedarannya, cuba untuk terus berada di alam realiti.

"Kau dah sedar?" Seorang budak lelaki menegurnya. Bila mata mereka bertaut, "aku Justin".

Damia mengangguk, tiada kata yang mampu diucapkan pada masa itu. Cuma matanya tak mampu lari dari terus memandang Justin. Wajah Justin pucat seperti tak berdarah. Sama juga dengan bibirnya. Tetapi rambut dan anak matanya mempunyai warna yang menarik. Warna hitam yang amat pekat. Lebih gelap dari hitam.

Justin yang sedar dirinya diteliti menoleh ke luar jendela. Dia tidak menegur. Bibirnya kekal tanpa senyuman tidak langsung muncul diraut wajah yang tenang itu.

"Abang?" itu yang pertama terpacul dibibir Damia. Fikirannya kembali berfungsi sepenuhnya.

"Daniel masih meronda." Jawab Justin tanpa menoleh.

Dalam bilik kecil itu, cuma ada mereka berdua dan kerusi merah yang empuk. Damia tahu dia kini tidak lagi berada di kediaman Corneludge. Dia tidak ingat apa yang terjadi. Bagaimana dia boleh berada di situ? Tetapi dia tidak berasa sangsi. Justin mengenali abangnya, jadi sudah tentu abangnya mempercayai Justin sehingga membiarkan dia bersama dengan Justin bersendirian.

"Biskut?" Justin menghulur sekeping biskut kepadanya.

Damia menerima dengan teragak-agak. Namun tidak dia menolak. Biskut coklat kegemarannya! Mustahil dia mampu menolak.

"Terima kasih" ujar Damia perlahan lantas mengukir senyuman manis. Senang hatinya. Matanya menatap renungan Justin.

Jelas kelihatan wajah Justin menyerbu merah. Damia ketawa kecil. Justin segera mengalihkan pandangan. Cuba menutup rasa malunya.

"Kita di mana ya?" soal Damia lagi setelah dia mengigit sedikit biskutnya. Terasa tenaga kembali ke tubuhnya.

"Kabin kapal."

Ringkas sahaja jawapan Justin. Damia menghampiri jendela. Dia melihat pemandangan di luar. Damia tergamam.

Kapal ini bukan belayar di lautan tetapi di udara. Damia cuma mampu melihat langit biru dan awan gebu yang putih.

"Inilah kelebihan Kapal Memoir Feather" Seseorang berbisik di telinga Damia seperti mampu mambaca fikirannya.

Damia tersentak, terkejut dengan sapaan itu. Dia berpaling hanya untuk menyedari Marvin dan Marviel tersenyum lebar di sisinya. Mereka memeluk Damia erat, geram dengan kecomelan Damia.

"Hai, Justin," Sapa Marvin. Cuma disambut dengan anggukan dingin oleh Justin.

"Rindu kami?"soal Marvin beralih kepada Damia.

Damia mengangguk. "Ceritalah lagi pasal kapal Memoir Feather" Pintanya dengan teruja.

"Mm... Kapal ni banyak keistimewaannya. Kapal ni boleh menembusi pelbagai Dimensi. Sebab pelajar Featherave bukan sahaja berasal dari 1 dimensi."

"Ada yang datang dari dimensi Fantasi. Macam yang Damia perhati kita belayar di langit, sebab kapal ni akan ambil pelajar dari dunia pari-pari" Tambah Marviel.

"Akedemi Featherave merupakan akedemi yang pertama dan tertua yang menggabungkan pelajar daripada pelbagai dimensi"

"Sekaligus merupakan punca wujudnya hubungan kerjasama antara dimensi."

Damia mmengerutkan dahinya. Hairan dengan kenyataan tersebut.

"Kenapa tiada orang yang tahu tentang akedemi featherave dekat tempat Damia?" Damia meluahkan persoalan yang bermain difikirannya. Dia hanya tahu kewujudan Featherave pada malam sebelum mereka bertolak ke Behando Town.

Marvin mengosok ubun-ubun rambut Damia. "Tak semua orang dapat menerima kerjasama ni. Orang tempat Damia cuma segelintir je mempunyai kuasa untuk mempelajari sihir. Oleh itu bagi yang tak mampu tu, ada yang cemburu dan bertindak sembrono"

Ya, memiliki sesuatu yang lain daripada orang lain sentiasa mengundang kedengkian.

"Demi mengekalkan keamanan tempat Damia, kerjasama ini dirahsiakan daripada umum" ujar Marvin.

"Dan sudah setentunya pemilihan daripada orang-orang tempat Damia adalah dipilih secara teliti" Marviel pantas menambah.

"Damia dan Abang Damia merupakan orang yang terpilih la kiranya. Wah!" Damia mula berasa kagum.

Kedua-dua si kembar itu mangangguk, berbangga menjadi penyampai maklumat kepada Damia. Atau kerana bangga mempunyai pengetahuan mengenai akedemi mereka.

"Kalau macam tu, akademi Featherave terletak di dunia mana?"

Persoalan Damia membuat pasangan kembar itu mengaru kepala yang tidak gatal. Mereka juga tidak jelas di mana kedudukan akademi sebenarnya, atau lebih tepat mereka tidak ambil berat pun secara umumnya tentang Featherave.

"Tiada sesiapa yang tahu kedudukan Featherave" Sampuk Daniel yang baru masuk ke kabin itu. Dia menarik Damia untuk duduk di antara dia dan Justin.

"Korang dah belajar di Featherave dekat nak 6 tahun dan korang masih belum tahu tentang tu?" soal Daniel mengangkat wajahnya memandang wajah sahabat-sahabatnya yang tersipi malu. Mereka sekadar gelak kosong.

"Siapa kesah Featherave dekat mana!" jawab Marviel cuba membela diri. "Cukuplah kami tahu hanya kapal memoir je boleh bawa kita ke Featherave."

"Ingatkan ada alamat tepat" Gumam Marvin sekadar cukup dipedengarannya.

Daniel tersenyum, faham sangat dengan perangai sahabat-sahabatnya. Dia memeriksa keadaan Damia. Bimbang jika posyen Leuvander memberi kesan sampingan yang lain. Setelah berpuas hati dengan pemeriksaan kecil yang dilakukan. Dia bersandar melepaskan penat.

Akhirnya dia dapat berehat setelah berjam-jam bertugas sebagai ahli Majlis Pelajar. Tugasnya kini diambil alih oleh rakan sejawatan dari dunia pari-pari.

"Hai dan terima kasih Justin" Sapaan lembut Daniel membuat wajah Justin sedikit kemerahan. Damia yang perasan akan perubahan itu ketawa kecil.

"Kapal Memoir Feather sahaja yang tahu kedudukan Akademi Featherave. Ini menjadikan sistem keselamatan Featherave antara yang paling kukuh dalam kebanyakan sekolah. Sebab tiada siapa yang tahu ia dimana."

Si kembar Cornerludge menyeringai. Tahu bahawa pengetahuan mereka terbatas jika dibandingkan dengan Daniel. Daniel gemar membaca sedangkan mereka tengok muka depan buku pun boleh tertidur.

"Kapal dijangka berlabuh esok pagi, tak nak tidur dulu ke?" Daniel mengakhiri perbualan mereka hari itu. "Korang perlukan tenaga nak menghadap Snivel esok."

Kembar Cornerludge mengangguk setuju. Sangat-sangat memerlukan tenaga.

"Baik kita rehat, esok pasti hari yang sibuk."

Marvin bangun menghampiri pintu. Dia menekan butang merah yang terdapat di situ.

Sekelip mata, ruang kabin itu dipenuhi dengan kelipan cahaya yang menyilau. Apabila cahaya mula menghilang. Kabin itu berubah menjadi sebuah bilik tidur mewah yang menempatkan 4 buah katil. Ya, limitasi satu kabin 4 orang.

Damia melihat kagum. Justin tidak berganjak. Mata Justin tidak mampu beralih daripada Damia. Daniel yang perasan sekadar tersenyum kecil.

Marviel bangkit dari kerusi cuba menghadiahkan ciuman di pipi Damia tetapi ditolak kasar oleh Daniel. Dia ketawa kecil dan menuju ke arah katil yang terdekat sebelum terbaring kepenatan.

"Selamat malam semua." Sekejap saja Marviel terlelap.

Daniel menarik Damia ke luar dari bilik. "Kami pergi Kafeteria dulu." Ujarnya sebelum meninggalkan bilik

Marvin yang baru terasa lesu melambai ke arah Damia sebelum menutup pintu.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now