59.Manipulasi

32 5 0
                                    

-Bilik Hana-

Suasana bilik yang suram, Damia merenung jauh melihat benang-benang emas yang berterbangan di udara. Hana pula masih tidur walaupun hari sudah menjelang lewat petang.

Sekali-sekala Damia mengikat benang-benang emas pada Hana. Sebelum Okka beredar, dia sudah berpesan untuk tidak mengikat dalam jumlah yang banyak, cukup sekadar untuk menstabilkan Hana. Benang emas yang berlebihan cuma akan memudaratkan Hana, katanya.

"Ugh..." Hana berkerut menahan sakit. Otot-otot nya terasa tegang dek terlalu lama berbaring. Dia membuka matanya perlahan-lahan, biliknya malap hanya bergantung pada lampu tidur. "Pukul berapa sekarang?"

Damia berpaling ke arah jam dinding, ditilik lama kerana bilik yang hampir diseliputi kegelapan. "6, 15 minit petang."

"Sudah 6 petang?" Hana segera bangun namun tubuhnya lemah membantutkan niatnya. Sudah mahu makan malam, dia terlepas makan tengahari. "Damia belum makan kan? Nanti saya..."

Damia menolak tubuh Hana yang sedaya upaya untuk bangun. "Rehat" Damia berkata dalam nada tegas. "Okka sudah bawakan makanan. Itu makanan untuk Hana" Damia menunjuk bubur yang sudah sejuk terletak di tepi katil. Bahagiannya juga sudah dijamah ketika Hana masih tidur.

Di istana tempat kediaman mereka tidak ada orang lain selain dia, Okka dan kini Damia. Itupun pergerakan Damia terhad. Bahkan tidak berdaya menggunakan kuasa magik. Oleh itu tugas-tugas harian seperti memasak, mencuci dan mengemas semua dibuat sendiri.

"Kita makan ya?" ajak Damia.

Walaupun kebanyakkan waktu Hana mengjengkelkannya. Ada masanya tidak, terutamanya semenjak gadis itu kerap jatuh sakit. Dia bersimpati dengan gadis itu.

Hana mengangguk. dia perlu kumpulkan tenaga kalau dia mahu berjumpa dengan Daniel lagi. Benang yang diberikan pasti akan habis digunakan. Dia tidak tahu kebolehan Justindalam menggunakan kuasa goldsilv dan dia tidak boleh menganggaknya hanya melalui penceritaan Daniel sahaja.

Damia membantu Hana bersandar pada kepala katil. Bubur diraih, dia menyudu bubur dan disuakan pada bibir Hana. "Makan"

Hana tersenyum sebelum dia menurut arahan Damia.

Sebenarnya dia masih tidak memahami berat perbuatan Okka terhadap Damia. Sukar baginya memahami sebab itu merupakan kali pertama dia berhadap dengan perkara sebegitu. Daniel juga seringkali berusaha menyakinkan bahawa perbuatan Okka adalah salah. Dia tidak pasti akan perkara itu cuma dia yakin satu perkara sahaja. Dia tidak mahu berpisah dengan Okka seperti mana Damia berpisah dengan Daniel. Okka adalah segalanya.

Okka sentiasa lebih kelihatan terluka setiap kali dia berhadapan dengan kesakitan. Sentiasa meminta maaf atas sesuatu yang jelas bukan salahnya. Kalau ada satu peluang untuk membebaskan Okka daripada bebanan itu, dia akan meraihnya. Tambahan pula dia boleh menyatukan Daniel dan Damia semula. Sambil menyelam minum air.

"Damia, belajar manipulasi benang emas," ujar Hana. "Manipulasi benang yang disekitar. Biarkan suci daripada benang yang melalui teras."

Hana melihat rantai kaki yang terletak di tepi katil. "Saya akan minta Okka gantikan rantai kaki dengan benda lain. Damia tolong belajar."

"Kenapa?"

Hana tersenyum. "Sebab ini peluang kita, Damia."

---------------

"Semula" Daniel memberi arahan dengan tegas.

Justin tanpa membantah mencuba lagi. Benang emas Damia cuba diikat dengan benang yang berterbangan disekitarnya tanpa perlu menyentuhnya. Namun tanpa dia sedar benang emas daripada badannya mula bertindak seperti yang Justin inginkan.

"Berhenti! Jangan biarkan benang emas goldsilv kau menyentuh benang Damia" Daniel yang memerhati Justin berlatih perasan akan perihal itu.

Setiap kali benang emas Justin menyentuh benang Damia, benang itu terhurai dan menghilang.

"Kau bukan sekadar goldsilv, kau vampire tulen." Daniel menekan bahu Justin dengan kuat. Mahu menyakiti lelaki itu.  Perasaannya jengkelnya terlalu membuak-buak membuatkan dia menolak Justin sehingga remaja lelaki itu terduduk.

Daniel menumbuk dinding yang berhampiran dengannya. Marahnya dia. "Bodoh!"

Justin membiarkan dirinya terduduk di atas lantai. Daniel lebih beremosi daripada dirinya untuk dia membalas perbuatan Daniel.

"Jangan berlagak kau sama seperti kami!" lantang suara Daniel. "kita langsung tak serupa. Tak akan serupa!"

Daniel menarik nafas panjang. Dia cuba untuk menahan dirinya daripada membelasah Justin. Dia nampak potensi pada diri Justin tetapi tidak Justin. Apa gunanya kalau hanya dia mengakui.

"Jangan berlagak seolah-olah sisi vampire kau adalah satu kekurangan sebab ia tak, Justin. Itu satu kelebihan. Kenapa kau tak sedar lagi?"

Justin menunduk pandangannya, memandang lantai. Dia tidak tahu sama ada untuk mengiya atau menidakkan kata-kata Daniel. Dia sendiri tidak pasti kebenarannya.

Ya, Daniel tidak faham kenapa Justin tidak menerima kewujudan dirinya sebagai vampire sepenuhnya. Dia tahu sepanjang Justin hidup sebagai William, tiada kebaikan yang boleh dilihat sebagai keturunan itu. Tetapi itu bukan sebab keturunan, tengoklah Sebastian, Michaelis. Ya, Michaelis mungkin tidak dapat disifatkan sebagai baik tetapi dia juga bukanlah jahat.

"Bukan kuasa yang buat William jahat. Itu semua disebab kehidupan kau yang terdahulu memang jahat. Tanpa kuasa vampire tulen, atau magik sekalipun, kalau dah jahat memang akan jahat."

Andailah dia sendiri mempunyai kuasa untuk memanipulasi benang, tidak lah sekecewa sekarang. Dia tidak suka perasaan tidak berdaya seperti ini.

Daniel duduk di sofa berhampir, tubuhnya bersanda longlai. Dia penat dengan semuanya. Dia memejamkan matanya. Enggan melihat benang emas buat masa sekarang.

"Memori masa lalu kau sudah kembali. Sekarang kau lebih tahu akan kuasa yang ada pada kau"

Justin duduk termenung, memikirkan hujah Daniel. Kuasa vampire? Vampire istimewa sebab derianya bukan sihir.Sebagai William, apa yang akan dia lakukan dalam keadaan sebegitu?

"Selena"

Selena muncul seketika kemudian, "Ya Tuan."

ROYALIZEWhere stories live. Discover now