37. Penulenan

212 16 1
                                    

Justin membuka pintu bilik waris pertama featherave, dalam kata lain bilik Daniel. Dia mendapat arahan daripada Daniel untuk mendapatkan journal Moreal Goldsilv keluar dari Featherave. Daniel sebagai pewaris Goldsilv terikat dengan peraturan khas waris Featherave yang tidak membenarkannya membawa keluar tinggalan waris terdahuli, tetapi peraturan itu tidak dapat dijalankan je atas dia. Dia bukan pewaris sah Goldsilv walaupun dia memiliki keistimewaan keluarga tersebut. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia mendapat kelebihan itu.

Bilik itu dipenuhi dengan buku dan peralatan posyen. Daniel banyak menghabiskan masanya bereksperimen dengan sihir di tahun akhirnya. Bersedia bagi menghadapi dunia luar. Pendapat Justin, Daniel bersiap sedia untuk menghadapi musuh mereka di luar. Ya, musuh Damia, musuhnya jua.

Jejari Justin meneliti buku di atas meja. Moreal...

"Justin!"

Justin mengangkat wajahnya. Dia menyeringa. Benci dengan kelibat lelaki itu.

"Apa khabar?" Lelaki yang berkot putih duduk di katil Daniel dengan selamba. Senyumannya melebar apabila Justin berganjak menjauhinya.

"Justin, Justin" mesra sekali suara itu menegur. "Kenapa dingin sangat. Ini bukan kali pertama kita bertemu di sini."

Dahi Justin mengerut. Dia tidak pernah suka kan lelaki itu.

Lelaki berkot putih itu meleparkan sebuah fail kepada Justin. "Serahkan kepada Daniel. Beritahu kepadanya, Profesor Steveness yang sampaikan"

Mudah sahaja lelaki itu menjual nama pengetua.

"Lagi satu," lelaki itu menghampiri Justin. Justin menapak ke belakang. "Jangan berundur." Tegurnya.

Justin mendengus. Dia menoleh ke arah lain.

Lelaki itu menyentuh wajah Justin dengan lembut. Anak mata Justin direnung lama.

"Mata yang lebih pekat dari kegelapan malam. Kulit yang pucat seolah tak berdegup." Tangannya beralih ke dada Justin. Berdetik namun tak sepantas manusia. "Tidak ada satu pun memiliki ciri Goldsilv."

Justin menepis tangan lelaki itu. Senyuman masih dibibir lelaku itu, cuma tidak lagi kelihatan mesra.

"Bagaiman kuasa Goldsilv berada ditanganmu?" Dia menyoal walaupun tahu Justin tiada jawapannya. "Beredar."

Justin menarik fail dengan mudah dia menyelinap journal moreal bersama.

-

Tiada yang lebih membahagiakan selain kelas dibatalkan. Kelas teori sihir tongkat antara kelas yang sering memberi tugasan. Nampak gayanya minggu ini tiada latihan.

Tongkat sunshine ditujah ke langit. Berbaring disamping Damia tanpa membuat apa-apa mengusik hati nakalnya.

Damia menggeleng. Dapat merasakan Sunshine cuba mengutarakan sesuatu yang tidak baik. "Tak, tak boleh"

Sunshine ketawa. "Aku tak cakap apa-apa pun"

"Tak perlu beritahu, aku tahu, jawapannya masih tak boleh" ujar Damia. Kali terakhir Sunshine menerangkan perkara yang bermain difikirannya, mereka terperangkap dalam paip kumbahan. Ingin mencari ular alasannya, terpengaruh sangat dengan buku. Nasib baiklah Justin memang hebat dalam mencarinya.

"Lor, aku nak cakap aku boleh seru si
Zeanz je" rajuk Sunshine.

"Sejak bila kau belajar sihir seru ni?"

"Itulah kau, kau tak tahu betapa komitednya aku dalam melakukan jenayah." Bangga Sunshine dengan aktiviti melanggar peraturannya. Banyak sihir diluar pembelajaran dibelajarnya demi menyempurnakan projek nakalnya.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now