50. Berkongsi

103 7 1
                                    

-Bumbung Bangunan Akademi Featherave-

Senja di Akademi pada hari itu kelihatan menyeramkan dengan awan tebal yang menyelubungi langit. Semua pelajar telah diarahkan untuk berada dalam bangunan. Bimbang dengan cuaca yang berubah tiba-tiba.

Justin meninjau persekitaran Featherave dari menara tertinggi di bangunan Akademik. Dia diberitahu oleh pengetua bahawa kali terakhir Damia dilihat adalah di sekitar tasik utama.

Gilliard muncul dan dia mula menghampiri Justin. "Aku ingin berbicara."

"Bicara sesuatu yang aku ingin dengar, kalau tidak jangan diganggu aku," jawab Justin. Hatinya masih marah dengan kecuaian Gilliard dalam menjaga keturunannya.

Gilliard terdiam sebentar. Lelaki dihadapannya adalah kelahiran semula William. Dia sudah lama mengenali William bahkan acap kali bertempur dek kesukaan William mencari pasal dengannya. Tetapi lelaki itu tidak seperti William yang dikenali, hanya keangkuhan yang sama namun berbeza. Ada kemanusiaan disebalik tingkahnya.

"Kamu pemegang kuasa Goldsilv. Goldsilv bukan hanya gabungan kuasa Goldenic dan Silverillica, ia ada kelebihan yang lain. Hanya perlu melihat dengan kedua-duanya dengan sepenuh daya. Mungkin kamu akan nampak sesuatu" Gilliard berkata sebelum mengorak langkah meninggalkan Justin.

Setelah pasti dirinya berseorangan, Justin memikirkan kembali kata-kata Gilliard. "Melihat dengan kedua-duanya?"

Simbol goldenic dan silverillica mula membentuk pada anak matanya. Terasa kuasa sihirnya melonjak tinggi. Dia mengfokuskan tenaga sihirnya pada organ penglihatannya. Tekanan kuat mula membebankan penglihatannya. Namun sesuatu mula kelihatan. Benang benang halus mula kelihatandan ada sebahagian masuk ke matanya tetapi tidak sedikit pun menyekatinya. Semakin dia fokus, semakin jelas kelihatan benang tersebut dan dia menyedari benang-benang halus itu mempunyai warna-warna berbeza.

"Oh?" Justin mengelar kan pangkal jarinya. Ada sesuatu yang perlu diuji. "Ini..."

-Malam, Bilik Waris Daniel di Akademi Featherave-

Sekitar jam 3 pagi, Daniel akhirnya sedar. Kudratnya terlalu lemah, kesakitan pada setiap sendinya membantaskan pergerakannya. Kelopak mata diangkat, pertama yang dilihatnya adalah Trimple.

Trimple bersandar malas pada tiang katilnya, lelaki itu sibuk melayani sesuatu pada telefon pintar miliknya, mata Trimple beralih daripada gadjet untuk memandang sesuatu yang terletak pada sisi Daniel. Terdapat perubahan pada bacaan magimeter Daniel.

"Bodoh" gumam Trimple menyedari Daniel merenungnya. Sebaik sahaja Daniel sedar tadi, dia sedar magimeter naik sedikit. Magik tidak stabil Daniel adalah berpunca daripada perbuatan Daniel sendiri. Upacara magik lama yang dijalankan dahulu kembali memberi kesan. Bodoh yang tidak sudah, omel Trimple.

Trimple membantu Daniel untuk duduk. Daniel bersandar pada papan katilnya. Dia dapat melihat sahabat-sahabatnya tidur merata di biliknya. Sconne lena di atas sofa. Si kembar pula terbaring di atas hamparan karpet. Bertuahnya  dia memiliki sahabat seperti mereka.

"Makan ubat ni," Trimple menyerahkan beberapa jenis pil. Daniel menyambutnya dan menelan pil itu tanpa banyak soal. Segelas air yang dihulurkan, diminum.

"Bodoh tu simpan sikit. Kalau kau tak kawal diri, apa yang kau lakukan cuma akan memakan diri sendiri." Trimple berkata sambil dia memeriksa Daniel. Tubuh badan dan kuasa sihir harus wujud secara harmoni, dia hanya tahu serba sedikit cukup untuk menyelamatkan dirinya dan kini kemahirannya menjadi kegunaan Daniel. Setelah berpuas hati, dia meninggalkan Daniel.

Setelah Trimple hilang disebalik pintu, Daniel mencabut IV tiub di lengannya, kapas yang terletak di meja katilnya diambil bagi menghentikan darah yang mengalir keluar. Kehadiran Trimple agak mengejutkannya. Siapa agaknya yang membuat keputusan untuk memanggil Trimple?

"Bagaimana keadaan senior?" Justin membuka bicara sebaik sahaja dia tiba di bilik Daniel. Walaupun keyakinan dan keangkuhannya datang bersama dengan memori William, Daniel masih seseorang yang pernah dia puja sebelum kehadiran Damia.

Daniel mendongak, tanda tanya melanda benak fikirannya. "Adakah kehadiran Trimple di sini berpunca daripada kau?"

"Hanya Trimple yang boleh memantau kerana hanya dia yang terlibat dengan penyebab kondisi ini" Jawab Justin. Kondisi yang disebabkan pemisahan nyawa yang dilakukan Daniel suatu ketika dahulu. Sesuatu yang Daniel rahsiakan daripada semua kecuali dirinya dan Trimple.

Daniel mengangguk faham. Keputusan yang bijak. Tiada siapa lagi yang perlu tahu penyebabnya. "Serahkan medium sihir aku, kita harus mencari Damia" pinta Daniel, tidak bertangguh mahu menyelamatkan puterinya.

Justin menggeleng. Tongkat dan kertas pentagram Daniel telah disembunyikan semasa Daniel tidak sedarkan diri.

"Kita punya matlamat yang sama. Damia harus dicari dengan perancangan yang rasional. Keadaan magik senior yang tidak stabil harus dipulihkan terlebih dahulu sebelum pencarian bermula." Panjang lebar penjelasan Justin. "Kalau emosi mengaburi akal, tiada apa yang boleh dicapai"

Daniel mendengus. Sukar untuk dia menerima namun itulah kebenaran. Dia masih dapat rasakan rohnya ditarik-tarik, kuasa magik bercelaru termasuklah kuasa silverilicanya.

Justin menghampiri Daniel. Wajah pucta Daniel di renung sayu. "Bagaimana dengan keadaan jiwa? Adakah pedihnya datang daripada Damia?"

Daniel mengeluh seraya menggelengkan kepalanya. Dia mampu berkongsi kesakitan Damia tetapi rasa sakit dan letihnya kini terangnya berpunca daripada emosinya sendiri. Dia bersyukur, itu menandakan puterinya masih dalam keadaan selamat.

Justin pantas sahaja memahami keadaan Damia.Dia bersyukur untuk itu.

"Bagaimana dengan kau?" soal Daniel. Andai dia berkongsi reaksi fizikal dengan Damia, Justin pula berkongsi emosi dengan Damia.

Justin berkalih daripada terus bertentang mata dengan Daniel. Terasa kering tekaknya. Persoalan Daniel mengundang sebak didada.

Perasaan Damia sekali lagi menjalar kepadanya dek ketabahannya tergugat. Tangannya mengurut dadanya, "Hati terasa pedih..." Tangannya beralih ke pangkal leher, mencekik lehernya seketika sebelum melepaskannya."Kesedihannya yang menyesakkan nafas, mengguriskan jiwa. Bila ditambah dengan kepedihan sendiri... terasa diri..." Justin tidak mampu menghampirkan kata-katanya sendiri. Menafsir perasaan Damia yang jauh daripadanya mengundang duka yang menyakitkan.

Justin terduduk di lantai. Air matanya yang pada mulanya bertakung dibibir matanya, mula mengalir deras di pipi. Damia yang menyayanginya, seorang insan yang sentiasa menggembirakannya, mengutamakannya sesudah Daniel. Kepedihan dan kesedihan yang dia rasai jua milik Damia. Apa dayanya apabila dia mengenangkan Damia kini dilanda kesedihan yang teramat dan dia tidak berada di situ. Dia berjanji untuk melindungi Damia tetapi dia gagal.

"A...aku...gagal" Justin rebah ke lantai, dia memeluk tubuhnya, menangisi atas apa yang terjadi. Ketakutannya mula membisik ke dalam diri merobohkan benteng perasaannya.

Daniel membiarkan Justin dengan perasaannya. Dia tidak mampu untuk menenangkan lelaki itu kerana dirinya juga dalam kesedihan. Mereka sama-sama menyayangi Damia sepenuh jiwa, jadi rasa sedih dan perit kehilangan itu pasti akan terasa.

"Kita akan jumpa Puterinya" ujar Daniel, lebih kepada untuk memotivasikan dirinya. "Pasti!"

ROYALIZEWhere stories live. Discover now