23. Vampire

391 29 1
                                    

Bilik yang mereka sewa di Bandar Grimmydust, dunia pari-pari, tidaklah semewah dan sebesar mana. Cuma terdapat Sebuah katil bersaiz queen dan sebuah sofa dua tempat duduk. Sepadan dengan harganya yang murah. Lagipun kalau diikutkan, bajet untuk tugasan luar bukanlah banyak mana pun. Tugasan luar bukan sahaja menguji kepakaran sihir pelajar bahkan kemahiran hidup.

Kembar Cornerludge meletakkan kertas sihir pada setiap permukaan bilik mereka. Agak memakan masa kerana mantera yang digunakan agak panjang dan tidak boleh dilakukan serentak. Daniel turut menghulurkan bantuan walaupun ditegah.

Sihir yang dilakukan adalah sihir perlindung dan penyenyap.

Sebaik sahaja selesai, Daniel duduk disofa sementara kembar Cornerludge menghempas badan mereka di sebelah menyebelah Sconne.

"Bagaiman Vampire sekarang ada jangka hayat manusia biasa?" soal Sconne tiba-tiba setelah berdiam diri sekian lama. Persoalanya menarik minat Marvin dan Marviel. Lantas mereka bertiga duduk memandang Daniel yang yang sibuk membaca.

"Bukan semua dah tahu?" balas Daniel menyedari perhatian yang diberi ke atasnya.

Sconne mengerang. Dongeng Vampire disumpah oleh puteri Dunia tersorok semua orang tahu ia sekadar dongeng. Walaupun ada juga mempercayai sebagai kisah sebenar. "Aku dah tak tahu yang mana satu dongeng dan yang mana satu tidak."

Hakikat yang dihadapi Sconne dan kembar Cornerludge. Jika dahulu, keturunan Daniel duma dongeng semata-mata dalam hidup mereka.

Daniel tersenyum, dia meletakkan bukunya ke tepi. "Dongeng tak akan wujud tanpa ada kesahihannya walaupun sedikit."

"Maksudnya?" Soal Marviel.

"Tuan Michaelis mempunyai dua orang abang dia atasnya, William dan Sebastian. Generasi vampire yang ada sekarang, semuanya merupakan keturuan Sebastian." Ujar Daniel. "Tak semua orang dambakan kehidupan abadi seperti Sebastian."

"Huh, bagaimana kau tahu?"

"Sebab tertulis dalam sejarah Goldsilv" jawab Daniel. "Perjanjian antara Gilliard Goldsilv dan Sebastian."

_+-+__

Sebastian memasuki kediaman Goldsilv. Jika dahulu, dia menapak dengan penuh kemegahan dan kebanggaan namun tidak pada hari itu. Baju yang sentiasa suci dari kekotoran kini berlumuran darah. Tiada satu ruang pun pada badannya terselamat dari percikan darah orang yang dibunuhnya. Hatinya tekad.

"Sebastian?" sapa Gilliard melihat kedatangan Sebastian. Dia menguntum senyuman walaupun keadaan Sebastian mengerikan. "Siapa?"

"William" jawab Sebastian, memahami maksud persoalan Gilliard.

Gilliard mengangkat keningnya. Menjangka perkara itu akan terjadi. William gemar menguji kesabaran Sebastian. Akhirnya dia menerima padahnya. Gilliard menjemput Sebastian duduk.

"Perkhabaran yang di bawa?" soal Gilliard tenang.

"Perundingan." Ringkas sahaja jawapan Sebastian mengundang senyuman Gilliard.

Ah, sangat menghiburkan apabila antara keturunan yang terhebat menawarkan perundingan. "Tiada masalah. Apa kehendak yang cuba diketengahkan?" Nampak sedikit Sebastian tergagap untuk memberi usulnya. "Sebastian, kau faham bagaimana darah Goldsilv berfungsi. Mustahil impian kau tercapai kalau aku tak mengetahui apa yang kau cuba capaikan"

"Aku inginkan kehidupan seperti manusia biasa." Ujar Sebastian. "Perubahan mengikut usia dan..."

"...Akhirnya mati?" potong Gilliard. "Kau inginkan kematian? Kenapa Sebastian?" Sebastian membisu. "Ah, kekasih hatimu enggan hidup sebagai vampire ya? Mengidamkan kehidupan berkeluarga?"

ROYALIZEWhere stories live. Discover now