19. Hari pertama pesta

376 22 1
                                    

Sconne mengosok matanya, pedih dek keadaan bilik yang terang benderang. Qui Lee, teman sepasukannya sekadar memeluk tubuh memerhatinya sedari tadi. meluat juga dengan semangat bebas Sconne.

Sconne mendongak, wajahnya jelas menunjukkan raut tanda soalnya.

"Bangun! Booth perlukan jurujual!" Lantang suara Qui Lee sambil dia menarik Sconne ke tandas. Sconne hanya membiarkan tubuhnya diheret, tiada tenaga untuk menolak.

Dia menarik berus gigi Sconne dan tolong mengosok gigi Sconne. Wajah Sconne juga turut dicucinya.

"Angkat tangan" Sconne menurut arahan Qui Lee. Qui Lee menanggalkan baju Sconne, tubuh Sconne ditunduk, dia mencuci rambut dan belakang tubuh Sconne. Membiarkan sahaja Sconne mengelupur kesejukan. Dasar budak tak boleh bangun pagi. Itu ajelah cara untuk menyedarkannya.

Selesai sahaja sesi menyegarkan otak Sconne, Qui Lee melemparkan tuala ke arah Sconne. "Kau siap cepat. Jumpa kau di booth dalam masa 30 minit".

Sconne tersenyum sumbing melihat Qui Lee beransur pergi. Qui Lee adalah teman baiknya di Redane, dan Qui Lee juga merangkap sebagai pengasuh tidak rasminya.

"Ah!" Sconne menepuk dahinya. "Hari ni hari terakhir" senyuman dibibirnya menghilang. Kepalanya kembali bingung.

****

"Kenapa dengan Sconne hari ni?"

"Sconne sakit ke?"

"Qui Lee! Awak patut bagi Sconne rehat!"

Lamunan Sconne terhenti dek tujahan kata-kata prihatin daripada peminat-peminatnya yang tidak henti-henti. Lantas dia menghiasi wajahnya dengan senyuman.

Qui Lee yang sibuk menyediakan air cuma menyeringa, jelas jengkel dengan peminat Sconne yang tak tahu apa-apa. Mulutnya tak henti mengomel sendiri.

"Jangan marahkan Lee Lee. Kasihan Lee Lee" ujar Sconne seraya meraih Qui Lee dan mendagu pada bahunya. Peminat Sconne layu, terjampi dengan perilaku dan kata-kata kasanovanya.

Qui Lee menolak wajah Sconne jauh daripadanya. Kalau dilayan makin melalut drama cinta terlarang rekaan Sconne, gemar sangat berdrama. Tangannya kembali membuat air yang dipinta pelanggan. Harapkan

"Mana Tomo?"

"Pergi minum"

"Ai, kenapa nak minum jauh-jauh. Bukan kita jual air ke?"

Qui Lee mengetuk kepala Sconne. Sconne mengeluh kesakitan, kepalanya digosok, merosak stail rambutnya. Baru sahaja dia nak buka mulut, jelingan tajam Qui Lee menyentap amarahnya pergi. Gerun, Qui Lee lebih menakutkan daripada emaknya sendiri.

"Kita jual air, tak jual darah" jawab Qui Lee, dia menggelengkan kepala. Sconne dikurniakan otak yang cerdas namun kadang-kadang Qui Lee tertanya-tanya samaada kurniaan itu sudah ditarik balik.

Sconne menumbuk tangannya, mengerti. Tomo adalah keturunan vampire. Sumpahan pengikat telah dilonggarkan sejak awal pagi tadi. Dia mencuit telinganya, senyuman segaris terukir. Patutlah macam jelas semacam pendengarannya.

"Dia ada terkam sapa-sapa ke tadi?"

Qui Lee membuntang matanya. "Kau tanya siapa? Engkaulah manusia yang dia terkam pagi tadi, nasib aku ada"

Sconne mengurut belakang tengkuknya. Dia mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu kejadian tersebut. Jelas dia tidur mati pagi tadi. "Aku ingatkan dia suka minum darah perempuan"

"Itu suka, yang kes engkau tu tak ada pilihan" bidas Qui Lee.

"Vampire boleh minum darah lelaki juga eh?" Sconne terpinga sebentar.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now