24. Kembali ke Featherave

327 22 0
                                    

Meja Kiran berterabur dengan kertas-kerta kerja, laporan yang belum disahkan. Dia bukanlah orang yang pandai merancang masanya. Habis semua tugasannya sebagai pelajar dan presiden Majlis Pelajar tunggang langgang. Manakan pula nak siapkan tugasan luar, pada masa yang sama nak atur hari bulan purnama.

"Ni semua salah kau, Dan!" Omel Kiran cuba menyusun kerjanya, entah yang mana sudah, yang mana belum dibuatnya. Nampak benar dia serabut. Cuma mereka berdua berada di bilik Majlis Pelajar. "Kalau kau tak menolak jawatan presiden, taklah hidup aku jadi macam ni"

Daniel ketawa mendengar omelan Kiran yang hampir mahu menangis. "Kenapa kau tak tolak?"

"Kau tahu aku ni mana reti nak menolak permintaan Pengetua. Lagi-lagi di utusnya cik setiausaha kita pujuk aku."Jawab Kiran. "Mana jiwa aku nak menolak kalau Egia sanggup datang ke dunia aku?"

Daniel menarik Kiran daripada kerusinya. Di kemaskan baju uniform Kiran yang berserabut. "Macam ni lah, aku tolong siapkan kerja kau. Kau pergi habiskan posyen kumpulan kau dulu."

Kiran memaut bahu Daniel. Matanya mengambarkan kegembiraan yang cukup jelas. "Kau biar betul Dan?" Daniel mengangguk yakin. "Betul kau boleh tolong siapkan benda ni?"

Daniel menolak kepala Kiran ke belakang. Mamat tersebut terlalu dekat dengannya. "Aku calon pertama jawatan presiden, yang kini merangkap naib presiden. Cuba beritahu bahagian mana yang tak boleh dipercayai?"

Spontan Kiran mengucup pipi Daniel, membuatkan Daniel menyeringa ngeri, di tolaknya lelaki tu jauh daripadanya. Pantas dia mengambil tempat duduk Kiran. Menyambung kerja Kiran yang tergendala.

"Dan"

Daniel mengangkat wajahnya.

"Jangan berani nak duduk berdua dengan Egia." Kiran mememberi amaran. Dia menunjukkan buku limanya kepada Daniel. Daniel kan jejaka idaman wanita, karang tersangkut pula si Egia. Bukan nak cakap dia tak kacak! Kacak! Bezanya dia tak reti melayan perempuan macam Daniel.

"Ya, aku tahu" jawab Daniel. Sesungguhnya dia tahu kegilaan Kiran terhadap setiausaha tahun enam itu.

"Dan"

"Apa lagi tuan Presiden?" Daniel mengukir senyuman, memandang Kiran dengan mesra. Agak jengkel pula dipanggil berkali-kali.

"Adik kau dengan Justin bergaduh seminggu dua lepas" Ujar Kiran mengambil beg sandangnya. Perkhabaran Kiran, mengundang tanda tanya Daniel, tidak pernah dibuat Damia mengamuk dengan Justin. "Habis terbang kerusi meja. Yang paling tak boleh nak belah. Adik kau pakai sihir yang diharamkan akademi. Kejadah abang majlis pelajar mengajar benda tak baik dengan adik" perli Kiran.

Daniel tersengih. Tahu benar dia dari mana Damia belajar kalau bukan daripada kawan-kawannya dari kawan adiknya sendiri. Sunshine memang dah masuk senarai hitam, tak kesahlah Majlis Disiplin Pelajar atau Majlis Pelajar. "Terima kasih sebab bagi tahu"

Akhirnya Kiran meninggalkannya berseorangan. Dia sudah biasa melakukan kerja tersebut. Sebab tahun-tahun sebelumnya, dia juga rajin menolong majlis tertinggi menyiapkan kerja.

Snow terbang melayang masuk ke dalam bilik Majlis pelajar. Ia hinggap di bahu Daniel. Dengan manja mengeselkan kepalanya di pipi Daniel. Daniel ketawa kecil, rindunya Snow padanya.

"Ah" Daniel mengangkat Snow dan meletakkan di ribanya. Tangannya membelai bulu gebu Snow yang lembut. "Patutkah kita berjumpa dengan Chiwan lepas ni?"

Sebaik sahaja tiba di Akademi, dia menghantar posyen yang telah siap dan segera ke situ. Itupun setelah Egia menasihatinya untuk melihat keadaan Kiran. Tidak ada kesempatan untuk bertemu dengan Damia.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now