8. Profesor

516 24 0
                                    

-Akademi Featherave, koridor Akademik-

Damia menarik tangan Justin ke dewan Windyrave untuk sarapan pagi. Justin enggan bersarapan, Damia pula memaksanya dan pastinya tak akan mengalah.

"Tak nak. Damia sarapanlah dengan Myra" Justin cuba menolak perlawaan Damia.

"Damia dah suruh Myra makan dulu. Just mesti sarapan." Damia tetap dengan pendiriannya, sikap keras kepalanya serupa dengan abangnya, tidak mungkin dia mengalah. Justin terpaksa akur walaupun dia tua setahun dari Damia. Namun pastinya dia enggan menjamah apa-apa pun.

Daniel ketawa kecil. Damia pantas menoleh. Abangnya sedang duduk bersantai di penghadang koridor.

"Puteri macam mak orang je" Daniel mencium dahi Damia sebagai ucapan selamat pagi. Mereka berbeza pasukan jadi lokasi kediaman juga berbeza, jadi hanya ditempatkan seperti itu mereka dapat bersemuka.

"Mana ada! Just ni yang tak nak sarapan. Degil." Damia membela diri. Justin tertunduk.

Daniel mengangkat wajah Justin dengan jari telunjuknya. Daniel tahu, Justin sedang mengawal dirinya. Manakan tidak, dia dan Damia adalah tarikan kuat untuk Justin. "macam mana nak jaga puteri. Kalau Just tak makan."

Damia termangu. Tidak mengerti apa yang disampaikan oleh abangnya. "Buat apa nak jaga Damia? Damia dah besarlah" Dia mencekak pinggangnya. Hanya kerana tubuhnya kecil tidak bermakna dia budak kecil lagi.

"Mari sarapan" Justin berkata.

Damia memandang Justin aneh. Hairan dengan perubahan Justin yang mendadak. Walaupun begitu Damia mengangguk dan mengikuti langkah Justin.

Daniel menekup mukanya dengan sebelah tangannya, dia ketawa lagi selepas bayangan Damia dan Justin menghilang. Daniel melihat ke langit biru.

"Justin, Justin, Justin."

Berulangkali nama itu disebut dengan geli hati.

-Kelas Damia-

"Saya guru homeroom kamu semua, Profesor Benjamin. Selamat berkenalan" Profesor yang berusia lewat 20-an itu melihat semua pelajarnya. Dalam kelasnya terdapat 5 orang pelajar dari pasukan Redane, Violetta, Blueray dan Greeniz. Seimbang.

Profesor Benjamin meneliti senarai nama. Satu nama menarik perhatiannya. Damia Royalize? Adik Daniel Royalize berada dalam kelasnya.

"kamu semua dah kenal antara satu sama lain bukan?" soal Profesor Benjamin

"Sudah!" semua menjawab dengan serentak.

"Kalau begitu, tanpa membuang masa kita teruskan dengan pelantikan presiden kelas dan timbalan presiden kelas. Ada sesiapa yang nak mencalonkan diri atau orang lain untuk jawatan presiden?" seperti yang profesor Benjamin jangka. Semua pelajarnya masih kekok amtara satu sama lain. Dia tersengih.

"Trisha," Trisha menoleh ke arah Damia. "Aku calonkan Zeanz ya?"

Trisha dari pasukan Redane mengangguk dengan senyuman yang tak lekang dibibir. Dia tahu Damia dan Zeanz memang berkawan tetapi tidak sehaluan.

Damia bangun. Profesor Benjamin menumpukan pandangan kepada Damia.

"Saya cadangkan Zeanz Carlido, profesor."

Professor Benjamin mengangguk. Menerima percalonan.

"Baik, saya nak Zeanz Carlido bangun."

Zeanz bangun dengan terpaksanya. Pandangannya mencerun ke arah Damia yang duduk di seberang mejanya. Damia dan Trisha tersengih-sengih melihat reaksi tidak puas hati Zeanz.

"Ada sesiapa yang nak calonkan lagi?" semua diam. "Jika saya lantik Zeanz jadi presiden ada yang membantah tidak?" Zeanz baru hendak mengangkat tangannya.

"Kecuali calon" Pintas profesor Benjamin terlebih dahulj.

Damia dan Trisha semakin geli hati melihat wajah kecewa Zeanz yang cuba disorokkan. Zeanz menjeling tajam kepada mereka. Tunggu ajelah.

Profesor Benjamin yang menyedari gelagat mereka tersenyum.

"Tiada tentangan oleh itu saya isytiharkan Zeanz Carlido Sebagai presiden kelas." Semua bersorak, lebih-lebih lagi Damia dan Trisha. Rata-rata enggan memegang amanah tersebut.

Zeanz pula mengurut pelipisnya sambil memejam mata. Terasa pening pula. Musibah, musibah. Mesti Sunshine yang mengajar Damia mengusiknya. Silap dia membenarkan persahabatan itu.

"Zeanz, sebagai penghormatan, awak boleh pilih sesiapa pun untuk menjadi timbalan awak.." Profesor Benjamin menjeling ke arah pelajar yang mencalonkan Zeanz. Aura perang terasa sampai ke sini. "Walapun dia membantah" tambahnya lagi, sengaja memberi kelebihan kepada ketua kelasnya.

Damia menelan air liur. Pandangan Zeanz bertukar menjadi pandangan sinis. Peluh dingin mula mengalir di dahinya.

"Damia Royalize, profesor" laju sahaja Zeanz menjawab. Penuh yakin dan tidak langsung teragak-agak.

Seraya Damia menekup wajahnya ke atas meja, dia mengerang pasrah. Trisha ketawa. Zeanz pula dengan senyuman kejamnya.

Pucuk dicita ulam mendatang. "Damia bangun," Profesor Benjamin memang berminat dengan keluarga Royalize sejak kali pertama dia mengenali dan mengajar Daniel lagi.

Damia bangun. Senyuman manis terukir.

Wajah itu semesra Daniel. Seiras, bezanya warna rambut mereka dan jua mata.

****

"Zeanz bawa semua rakan kamu ke dewan utama Featherave. Jangan lewat, nanti mengamuk Snivel," gurau profesor Benjamin. Snivel seorang Presiden Majlis Pelajar yang cukup terkenal dengan ketegasannya dalam kalangan pelajar mahupun juga guru-guru. Ketegasannya selalunya menakutkan pelajar yang lebih muda, hakikatnya ada juga rakan sebayanya yang turut gerun dengannya

Profesor Benjamin mengeluarkan kertas pentagram dari beg, lantas dilayangkan di udara. Dia menyeru satu sumpahan. Cahaya terang keluar daripada kertas pentagram justeru membentuk satu pari-pari kecil.

"itu tiny fairy, makhluk dalam dunia pari-pari," terang Julia kepada rakan-rakannya dari dunia lain.

"Dan tiny fairy merupakan makhluk yang amat pandai dalam menunjuk arah. Sozi bawa mereka ke Dewan utama, Zeanz ketuai kumpulan dan Damia tolong saya."

Semua ahli homeroom Profesor Benjamin mengikut langkah Zeanz. Cuma Damia seorang sahaja yang tinggal membantu Profesor Benjamin.

"awak adik Daniel?" Soal Profesor Benjamin, sengaja memulakan bicara. Perjalanan ke bilik guru terasa jauh.

Damia memaling wajahnya melihat Profesor Benjamin. Dia tersenyum sebelum mengangguk. "Profesor kenal abang saya?"

"Sudah tentu, abang Damia kan pelajar terbaik."

"Terima kasih kerana memuji saya Profesor," Daniel muncul tiba-tiba dari belakang. Kehadiran tidak langsung disedari dari tadi. Profesor Benjamin cuma tersenyum. Lain pula dengan Daniel, riak wajahnya tidak dapat mengambarkan sebarang perasaan.

Damia membiarkan abangnya mengambil semua barang profesor daripadanya.

"Biar saya bantu profesor. Lagipun saya perlu berjumpa dengan profesor Xyan di bilik guru."

Profesor Benjamin berfikir sebentar. "Bagus juga tu."

Tepat pada masanya, Sozi telah kembali kepada Profesor Benjamin.

"Sozi tunjukkan arah ke Dewan untuk Damia." Sozi dengan hormat membongkokkan badannya sebagai tanda dia akan melaksanakan arahan.

"Terima kasih dan selamat tinggal cikgu, abang." Damia segera mengejar Sozi yang terbang laju.

Profesor Benjamin melihat kepergian Damia. Tetapi dari ekor matanya. Dia dapat melihat Daniel merenung tajam ke arahnya.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now