6. Teman Baru

527 26 0
                                    

Damia mengenggam erat tangan Daniel. Mereka melalui lorong-lorong suram yang cuma diterangi dengan cahaya malap. Sepanjang perjalanan tidak seorang pun kelihatan di sepanjang koridor. Adakah sudah menjejak malam? Mungkin, jika tidak abangnya takkan menasihati sahabat-sahabatnya untuk beristirehat. mungkin disebabkan zon masa setiap dimensi berbeza.

Bila difikirkan semula baru Damia sedari. Hampir sepanjang hari dia tidak sedarkan diri. Patutlah perutnya terasa kosong dan tekaknya kering. Tadi pun perutnya cuma dialas dengan biskut coklat pemberian Justin.

Daniel dan Damia melangkah masuk ke dewan Kafeteria. Seraya itu hampir semua pelajar di dalam dewan itu melihat mereka. Segala bunyi bising agak reda. Masing-masing mula menundukkan sedikit kepala sebagai tanda menyapa. Perbuatan mereka membuatkan Damia hairan.

Segalanya kembali seperti biasa apabila Daniel mengukirkan senyuman nipis. Besarnya penghormatan mereka terhadap Daniel. Adakah kerana jawatan yang dijawatnya?

Damia mengambil kesempatan memerhati sekelilingnya. Dia boleh melihat kaum duyung berenang-renang di kolam berhampiran. Pari-pari pula terapung-apung diudara. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

"Selamat bertemu kembali Daniel dan salam perkenalan Damia," Sconne menghulurkan salamnya. Damia menyambut dengan mesra.

Budak lelaki di samping Sconne tidak langsung mengendahkan perkenalan itu. Rambutnya sama seperti Sconne, berwarna hijau. Bahkan wajahnya saling tak tumpah seperti Sconne sekadar tampak lepih muda dan keanakan.

"Zeanz, senyumlah. Nanti Dan ajar Zeanz posyen ye," Daniel menyentuh pipi Zeanz. Zeanz mengangkat wajahnya. Tercalit senyuman nipis di wajah itu. Jelas mengemari idea tersebut.

Daniel menyeluk sakunya kot bajunya. Dia mengeluarkan sebuah buku yang sebesar tapak tangan, bertajuk 'Posyen yang Tidak Diketahui Ramai'. "Hadiah kemasukan ke Featherave untuk Zeanz"

Zeanz menerimanya dengan gembira. Buku itu nampak agak kusam. Biarlah. Selalunya buku sebegitu menunjukkan nilainya.

Daniel tersenyum, Zeanz sebaya dengan Damia dan dia kenal Zeanz serba sedikit melalui Sconne, seorang genius yang mengilai ilmu jauh berbeza dengan abangnya yang kasanova. Tetapi dia pasti kedua-duanya hebat dalam posyen.

Daniel memang pandai mengambil hati sesiapa pun. Sebab itu la dia dihormati dan disanjungi di akademi Featherave. Tambahan pula dia pelajar terbaik dalam tahunnya. Selain merupakan salah seorang ahli Majlis Pelajar.

Sconne meramas rambut Zeanz yang panjang hingga ke bahu. Adiknya sudah sesat dalam dunia bukunya "Dan, ada benda aku nak bincangkan dengan kau. Kalau kau tak kisah?"

"aku tak kisah," Daniel mengerti apa yang Sconne sampaikan.

"Damia tak kisah?" soal Sconne prihatin. Damia menggeleng.

****

Sudah hampir setengah jam, Damia dan Zeanz duduk makan bersama. Tak sepatah perkataan pun keluar dari mulut Zeanz. Damia memerhati gelagat Zeanz. Zeanz ialah dari golongan elf dan Zeanz amat sopan sebagai lelaki.

Tanpa sedar, Damia menyentuh rambut Zeanz yang menarik. Tindakannya membuatkan Zeanz tergamam. Pandangannya mencerun ke arah Damia. "rambut awak sangat cantik."

Wajah Zeanz merona merah. Segan dipuji oleh orang yang baru dikenalinya "umm...er..terima"

Belum sempat Zeanz menghabiskan ayatnya. Seorang pari-pari menarik tangan Damia dari terus menyentuh rambut Zeanz. Pari-pari itu mencekak pinggangnya. Geram.

"Zeanz, awak dah pandai main dengan perempuan!" jeritnya lantang menyebabkan mereka menjadi tumpuan seketika.

"Sunshine, kau jangan cakap yang bukan-bukan," Zeanz bengang dengan tuduhan Sunshine. Sunshine ialah kawan baiknya semasa kecil. Keluarga Sunshine bertugas di dunianya sebagai duta. Dia berpisah dengan Sunshine bila ayahnya, Spark bersara dan kembali ke dunia asal mereka.

"Dan jangan buat perangai." Tambah Zeanz sebelum kembali membaca buku baru miliknya.

Mata Sunshine bergenang. Tanpa segan silu dia memeluk Damia. Damia terpinga-pinga. Terasa aneh dengan dipeluk seolah-olah mereka sudah lama berkenalan. Zeanz pula seperti kelihatan tidak mahu memujuk Sunshine.

"Apa awak buat dengan Zeanz?" Tajam nada Sunshine bertanya yang masih memeluk Damia.

Meremang bulu roma Damia mendengar nada yang bila-bila masa sahaja boleh menengkingnya. "Er...saya rasa rambut dia cantik..." jawab Damia agak tergagap

Damia terkejut sekali lagi apabila Sunshine menggenggam tangannya. "Awak pun bersetuju?" ujar Sunshine dengan teruja. "Saya memang tahu rambut dia sangat cantik untuk seorang lelaki" Mata Sunshine bersinar-sinar hilang rajuknya.

Sunshine memandang Zeanz dengan penuh keterujaan dan seolah-olah membayangkan sesuatu. "Saya selalu berharap dia akan pakai baju perempuan. Awak tak rasa ke dia akan jadi begitu cantik dengan berpakaian begitu?"

Cekap tangan Zeanz membaling roti ke arah Sunshine. Namun dengan pantas juga Sunshine menangkapnya.

"Sebab tu la aku tak nak pujuk kau. Kau akan buat aku marah lagi" Kata Zeanz geram.

Sunshine memeluk leher Zeanz. Zeanz tidak mengendahkannya langsung. Dagunya diletak atas bahu Zeanz dengan manja. Zeanz menolak kepalanya kasar namun Sunshine tak menyerah kalah.

"Maaf" ujar Sunshine perlahan. Zeanz masih tak menghiraukannya. "Kau marah, buatkan kau makin comel." Sunshine terkekeh-kekeh

Zeanz menghadiahkan ketukan di kepala Sunshine. Sunshine mengosok kepalanya yang sakit kerana Zeanz.

Damia ketawa. Senang dengan karenah mereka.

"Kenapa baju kita putih berwarna putih?" soal Damia tiba-tiba. "baju orang lain berwana merah, ungu, hijau, dan biru" Kata Damia melalui pemerhatiannya.

Sunshine dan Zeanz sekadar mampu turut sama memerhati.

-

"Jangan mengarut boleh tak Sconne" ujar Daniel dalam senyumnya.

Sconne mengangkat bahunya. "Tiap kali kau minta sesuatu mesti sesuatu yang betul-betul limited edition."

"Kalau tak limited edition, aku tak minta. Tambahan pula aku bukan minta percuma kan? Aku bayar" Balas Daniel. Difikirkan perandai Sconne, mengundang ketawa Daniel "Aku tahu, kau cuma ambil dari simpanan keluarga."

Sconne tersengih. "Aku berjimat kawan."

"Pihak mana yang berjimat ni, kawan?" Soal Daniel dengan mata menjuling ke atas.

"Yang pasti bukan kau" jawab Sconne dan kemudiannya ketawa mengekeh.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now