32. Kelas Posyen

290 30 1
                                    

Kelas posyen Profesor Benjamin sentiasa menyeronokkan. Profesor Benjamin bijak menarik perhatian pelajarnya.

"Carlido, PPTA (Posyen Penilaian Tahun Akhir) lepas, senior kamu terpaksa siat kulit buaya Morgin. Kamu baru siat kulit katak" komen Profesor Benjamin setelah sekian lama melihat Zeanz terkial-kial dan kegelian menyiapkan bahan tersebut.

"Profesor!" Mata Zeanz membuntang. "Mereka ada ahli lain yang boleh tolong siat, dan ini bukan PPTA"

"Bagaimana kalau kamu seorang je yang boleh buat?"

"Percayalah Profesor, saya takkan pilih orang macam Damia dalam group saya."

"Hei, mulut! Nampak sangat tak sayang nyawa" jerkah Damia. Mereka berdua mula berlawan kata.

Profesor Benjamin ketawa begitu jua dengan rakan sekelas mereka yang lain. Setelah tawanya reda sedikit, Profesor Benjamin mengambil pisau dari tangan Zeanz.

"Kamu dua berhenti. Carlido duduk." Ujar Profesor Benjamin dengan tawa yang masih bersisa. Dia menyambung kerja Zeanz. "PPTA memang kamu takkan ada masalah nak lari dari ini, tapi kalau kamu terlibat dalam bidang posyen tak kira perubatan atau tidak. Kerja kamu akan bermula dari ini."

Profesor Benjamin menunjuk kepada pelajar-pelajarnya kulit katak yang selesai disiatnya. Dia memasukkan kulit itu ke dalam kawah. Asap tebal keluar dari kawah tersebut.

"Bila menggunakan kulit untuk bahan posyen, sebaik-baiknya kita gunakan kulit yang segar untuk dapat posyen yang berkualiti." terang Profesor Benjamin.

Profesor Benjamin memotong hemlock, "Ah!" Dia teringat sesuatu. Tangan yang memegang pisau terangkat dari papan pemotong.

"Royalize, bila kamu bertekak pastikan pihak lawan tak memegang senjata. Kalau tak kamu yang dalam bahaya."

"Profesor!" Damia dan Zeanz memanggilnya serentak.

"Baru sekarang profesor nak tegur."

Dia ketawa ditegur pelajarnya. "Saya kan dah tua, biasalah kalau lupa sekali sekala."

"Profesor tak patut lupa..."

"Profesor patut kurangkan minum semut..."

"Profesor..."

Profesor ini, profesor itu. Profesor Benjamin sekadar mengaru kepalanya yang tak gatal, tersengih. Terhibur pula dileter oleh pelajarnya yang mengambil berat.

"Berapa umur Profesor?" soal Trisha.

Dia mengerut seketika dan menekan pelipisnya. "1437 mungkin"

Trisha tersengih. "I love you forever ya Profesor."

"Gatal. Dasar bujang terlajak" komen Zeanz.

Damia mengangguk setuju, "bujang lapok buasalah tu".

Profesor Benjamin ketawa, namun dia mengetuk kedua-dua kepala pelajarnya itu.

"Tahanan lepas kelas ya" ujar Profesor Benjamin bersahaja. "Habis siapkan posyen tak perlu cuci kawah, saya ada pembantu hari ni yang baik hati nak tolong kamu semua kecuali presiden dan naib presiden"

Sekali lagi kelas riuh dengan sorakan dan gelak ketawa. Jelas hanya dua insan sahaja yang bermuram durja dalam kelas tersebut.

+_=

nom nom... Profesor Benjamin menikmati smoked salmon salad sandwish yang dibuat oleh pekerja dewan makan dan di hantar khas ke makmalnya. Sambil itu dia membaca buku yang di pinjam dari perpustakaan.

"Kamu tahu, saya tak faham kenapa Bella boleh suka Edward. Macam..." Dia mengigit sandwishnya dan mengunyah dengan mata yang masih melekat pada buku ditangannya. "Mungkin sebab bling bling. Mm...Entah, tak faham."

ROYALIZEWhere stories live. Discover now